Anwar Ibrahim menyebut “kongres barua’ selepas sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Sambil berusaha menarik perhatian Mahathir supaya melihar kearahnya, Anwar dengan jelas menyebut “Sejak lepas Kongres Barua nampak semangat lain macam” merujuk kepada Mahathir.
Ianya kemudian disambut pula oleh Mat Sabu yang tidak berpa jelas apa yang diperkatakan seperti menyebelahi Anwar Ibrahim.
Mahathir pula kelihatan tunduk seolah-olah tidak mendengari apa yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim.
Walaupun Anwar menyebut perkataan tersebut setelah selesai sidang akhbar oleh Mahathir, masih ada pemberita dan jurugambar disitu dan percakapan beliau sempat dirakam.
Mungkin ‘kongres barua’ yang dilontarkan oleh anwar ibrahim itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang telah dianjurkan baru-baru ini.
Mungkin anwar ibrahim kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir!!
Mungkin apa yang memedihkan lagi perasaannya bila melihat Azmin Ali ditonjolkan di atas pentas bersama tokoh-tokoh pemimpin lain.
Sumber
KENAPA ANWAR IBRAHIM SEBUT ‘KONGRESS BARUA’ MERUJUK KEPADA KONGRES MARUAH MELAYU BARU-BARU INI??!! INIKAH KEPERIBADIAN…
Gepostet von Khairuddin Abu Hassan am Dienstag, 8. Oktober 2019