Kecelakaan boleh menimpa bila-bila masa, di mana jua. Lebih malang, nahas berlaku disebabkan kecuaian pihak lain.
Saban hari, ada saja kemalangan jalan raya akibat terlanggar haiwan ternakan. Namun, jarang pula kita dengar kisah merekaĀ yang mengalami sendiri pengalaman seumpama itu.
Dimuat naik pentadbir akaun Twitter Info Kuala Langat semalam, rakaman seekor lembu terpelanting dilanggar kereta dipercayai berlaku di daerah itu mendorong warga maya berkongsi pengalaman membabitkan haiwan itu termasuk kes yang membawa kematian. Ā
āAdik aku meninggal pun sebab kerbau peliharaan orang dilepaskan macam tu je tepi jalan,ā tulis Hanis mengulas rakaman yang dikongsi lebih 5,000 kali setakat ini.
āKita tak boleh salahkan binatang yang tidak berakal, sebagai pembela, anda sepatutnya bijak memelihara binatang dan elakkan turut menjadi binatang,ā katanya lagi.
Bersetuju dengan pandangan Hanis, Syamsul Nazri pula menceritakanĀ tragedi menimpa rakan karibnya yang meninggal dunia akibat terlanggar lembu tidur di jalan raya.
āLembu patah kaki. Member aku rabak perut kena pembahagi jalan. Dah jam 6 pagi lebih baru orang perasan. Umum dekat masjid, siapa tak mengaku,ā katanya dengan nada sedih
Beliau mendakwa haiwan tersebutĀ dibiar ālepas macam tu sahajaā, namun beliau tidak pasti sama ada pemiliknya menyorok atau ia disembelih di luar kampung.
Berkongsi perkara sama, Muhammad Syaifullah mendedahkan beliau tercedera dalam insiden dengan ākenderaan tak ada insuransā
āAdoi. Dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim [buat tuntutan]?ā
Situasi sama menimpa Hajar Saadon apabila kereta abangnya yang baru dibeli terlanggar lembu yang tiba-tiba melintas jalan sehingga kenderaan tersadai berbulan-bulan lamanya.
āProduction Sparepart (pengeluaran alat ganti) pun tak jual lagi. Tersadailah juga berbulan. Alhamdulillah sekarang dah boleh digunakan semula,ā katanya.
Justeru, ramai warga maya menempelak pemilik yang tidak menambat haiwan peliharaan mereka hingga mengundang nahas.
āMacam ni lah hari-hari pergi [dan] balik kerja. Kang kalau curi, tuan tiba-tiba mai dari ceruk mana tak tau. Kalau kata eksiden, tuan hilang tinggai kentut ja. Harrey,ā kata Daia.
āCuri dua tiga ekor. Bila tuan lembu cari, ajak pergi balai sebab biar lembu-lembu berkeliaran atas jalan raya,ā kata Huda pula.
āAku anti betul dengan orang yang bela lembu lepas tu biar berkeliaran macam ni. Patah tangan weh aku langgar lembu dengan motor,ā katanya lagi.