PALEMBANG: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan 13 yang lain cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung, dekat sini, kata polis, hari ini.
Jurucakap polis tempatan, Dolly Gumara berkata, bas membawa puluhan penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam 150 meter, lalu masuk ke sungai di wilayah selatan Sumatera semalam.
“Ia merempuh pembahagi jalan sebelum terjunam ke gaung. Terdapat penumpang masih terperangkap di dalam bas,” kata Dolly sambil menambah tiada kenderaan lain yang terbabit.
Menurut Dolly, pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerah untuk mencari mangsa dan penumpang yang cedera dibawa ke hospital.
Kemalangan itu berlaku di kawasan terpencil dan curam berdekatan bandar Pagar Alam, menghalang usaha untuk menyelamatkan mangsa.
Bas malang itu meninggalkan wilayah Bengkulu menuju ke Pagar Alam dengan membawa 27 penumpang tetapi mereka yang terselamat memberitahu polis, terdapat 50 penumpang berada di dalam bas ketika kemalangan itu berlaku.
“Terdapat penumpang yang menaiki bas sepanjang perjalanan, besar kemungkinan masih ada penumpang yang hilang di sungai,” kata Dolly sambil menambah punca kemalangan sedang disiasat. – AFP
Berikut nama 13 mangsa yang terselamat :
1. Basarudin, 43 tahun, Dagang, Ds. Semarang Kec. Tanjung Serut Kota Bengkulu.
2. Hepriadi, 31 tahun, Kuli Bangunan, alamat Ds. Salak Tiga Kec. Panorama Kota Bengkulu.
3. Hasanah, 52 tahun, IRT, Ds. Tanjung Suko Kec. Indralaya Kab. OI.
4. Sukiyem, 43 Tahun, Tani, Ds. Lubuk Selandak Kec. Terambang Jaya Kota Prabumulih.
5. Aisyah Awaliah Putri, 9 Tahun, Pelajar, Jl. Salak Kota Bengkulu.
6. Ariri, 14 Tahun, Pelajar, Ds. Perajin Kab. Banyuasin.
7. Lukman, 43 Tahun, Swasta, Jl. Budi Utomo Kel. Sungai Hitam Kec. Muara Bangka Hulu Kota Bengkulu.
8. Aldi, 18 Tahun, Pelajar, Ds. Jejawi Kab. OKI.
9.Riduan, 44 tahun, Tukang Jahit, Ds. Kinono Sari Kel. Banjar Sari Kab. Enggano Bengkulu Utara.
10..Darusalam, 35 Tahun, Pandai Besi, Ds. Sakatiga Kab. OI.
11. Riki, 25 Tahun, Ds. Kemang Kec. Tebing Tinggi Kab. Empat Lawang.
12. Haris Krisyanto, 19 tahun, TOT, Ds. Alas Bangun Kec. Pinang Raya Bengkulu Utara.
13. Khadijah, 68 tahun, IRT, Perumnas Baru Blok A2 Kab. Bengkulu.