Berita utama Mkini pagi ini ialah Pos Malaysia kononnya telah diselamatkan oleh keputusan kerajaan PH membenarkan syarikat itu menaikkan kadar tarif pos bulan depan.
Kenaikan ini bukan sedikit.
Dilaporkan bahawa kenaikkan tarif ini adalah antara 30% hingga 210% pada tahun 2020 dan dinaikkan lagi 50% pada tahun 2021.
“The company guided for postage rates for delivery to increase by 30% to 210% starting next year, and may further increase by up to another 50% in 2021.”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/10/29/pos-malaysia039s-tariff-hikes-may-hurt-postal-volume
Sebab itu, saya tertanya-tanya kenapa Pos Malaysia tiba-tiba rugi besar sejak PH menang sehingga perlu diselamatkan.
Dalam tempoh 2009 hingga 2017 saya PM, POS Malaysia tidak pernah melaporkan kerugian.
Tahun 2016, Pos Malaysia keuntungan selepas cukai ialah RM63.1 juta.
Tahun 2017, keuntungan naik ke RM84.1 juta.
Tahun 2018 pula selepas PH menang, Pos Malaysia umum kerugian selepas cukai sebanyak RM165.8 juta.
Setakat separuh tahun pertama 2019 pula, Pos masih mencatat kerugian sebanyak RM44.4 juta.
Sudah tentu saya bimbang jika Pos Malaysia (yang telah diswastakan oleh PM ke-4) dalam bahaya sehingga pekerja-pekerja mereka terjejas.
Tetapi saya tertanya-tanya juga jika kerajaan ada cara lain untuk selamatkan Pos Malaysia tanpa kenaikan tarif yang begitu tinggi itu.
Sebab pihak sebenar yang akhirnya selamatkan Pos Malaysia adalah Rakyat melalui bayaran tarif lebih tinggi – bukan kerajaan PH.
Tahun depan bukan senang untuk Rakyat kerana banyak lagi tarif, caj dan cukai berlainan telah dinaikkan oleh kerajaan PH.
Kini tarif pos dinaikkan berganda pula untuk “selamatkan” Pos Malaysia yang sebelum ini tidak perlu diselamatkan pun.