Suara Karpal tak akan mati! - pakdin.my

ENAM PULUH tahun lalu – ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baru Persekutuan Tanah Melayu – siapa pernah terfikir sebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnya akan diperintah oleh pendatang dari luar dunia Melayu.

Semasa Raffles menjejak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawanya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya (pintarnya) politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.

Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat di samping pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun bertapak di pulau ini.

Waktu itu orang Melayu pribumi pulau ini di pandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini – mencari hidup baru. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu – bukan Kuala Lumpur.

Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak jadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura jadi kelompok-kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah.

Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.

Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa Sultan dengan institusi istananya dan satu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya dalam masa 60 tahun saja. Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang.

Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah-tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara bukan Melayu yang gagah dan makmur.

Kita gelabah dan memukul bayang-bayang

Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka: “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,” tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang ‘mustahil’ dapat dicapai.

Karpal dikatakan ‘mimpi di siang hari’ dan ‘buta sejarah’. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong.

Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya – memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya.

Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Karpal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam-politik terkenal ini, gembira melihat Pas yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang Pas! Pancing politiknya dimakan. Umpannya Melayu!

Beberapa tahun lalu Karpal berikrar, jika Pas hendak menegakkan pemerintahan Islam, langkah mayatnya dulu. Provokasi politik ini menimbulkan reaksi panas dan orang Melayu di luar UMNO menyerang Pas habis-habisan, kerana masih tetap bersekongkol dengan DAP. Maka Pas pun jadi gelabah dan membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam.

Kali ini sekali lagi Karpal menguji pendirian politik Pas dan keutuhan politik Melayu. Yang nyata Pas gelabah lagi. Kedua-dua pemimpin besarnya mengagau-ngagau mencari-cari jawapannya.

Kata Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, “Itu pandangan peribadi Karpal. Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti.” Ini jawapan orang politik. Tidak mahu terperangkap. Mengapa tidak berani kata, “Pas tetap mahu Perdana Menteri Melayu”?

Apabila pemimpin Melayu tidak berani bertegas dan takut menerima risiko politik, bukanlah mustahil suatu masa nanti PM kita bukan orang Melayu. Ketakutan itulah salah satu sebab Singapura terlepas daripada tangan kita.

Reaksi awal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, tak mahu buat ulasan. Hanya kata, “Karpal Singh orang tua.” Maknanya, cakap orang tua tak boleh pakai kerana sudah nyanyok. Pada detik itu mungkin Nik Aziz terlupa, beliau pun sudah terlalu tua!

Lepas itu, beliau buat komen lanjut, ” Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam. Mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang. Jadi, bangsa apa pun tak peduli.” Bagi Nik Aziz, syaratnya Islam. Syarat Melayu tak perlu.

Presiden Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Dr. Kamal Salih kata, “Selagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja-Raja Melayu di takhta, selagi itulah hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara, termasuk kedudukan Perdana Menteri di kalangan orang Melayu.”

Persoalannya, bagaimana kalau perkara-perkara yang disebut oleh Dr. Kamal itu tidak ada lagi? Bagaimana kalau Perlembagaan dipinda, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu diubah atau berubah? (Saya teringat kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu semasa zaman pemerintahan British dan semasa mereka menandatangani perjanjian Malayan Union.)

Perubahan ini tidak mustahil. Dalam sistem demokrasi, kuasanya di tangan pengundi dan parti yang mendapat kuasa memerintah.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu. Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar kata, “Sebagai pemimpin dia (Karpal Singh) harus sedar negara ini kepunyaan nenek moyang Melayu sejak 4,000 tahun lalu dengan pemerintah terdiri daripada Raja-Raja Melayu dan penduduk majoriti ialah 67 peratus orang Melayu.”

Persoalannya, apakah cukup kita menghadapi persaingan politik sekarang hanya dengan mengatakan “negara ini kepunyaan nenek moyang dan ada Raja-Raja Melayu sejak 4,000 tahun lalu”?

Saya rasa, sejarah dan masa lalu, bagaimana hebat pun, tiada kuasa untuk masa ini dan masa depan kita dan anak cucu kita. Jumlah 67 peratus Melayu mungkin berubah (contohnya di Pulau Pinang, dalam masa dua tahun, 18,000 sudah membawa diri). Juga yang menentukan bukanlah sangat jumlah penduduk, tetapi yang lebih penting, berapa jumlah kawasan pilihan raya yang Melayu sudah jadi minoriti atau sudah terpecah dua?

Pada masa ini memanglah cita-cita Karpal itu tak mungkin akan tercapai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pun yakin, “PM daripada kaum Cina sesuatu yang tidak mungkin dicapai pada masa sekarang.” Tegasnya, “Ahli DAP tidak boleh menjadi PM jika mereka mendapat kuasa sekarang.”

Tetapi kita bercakap tentang masa depan – 10 atau 15 tahun lagi? Mengira-ngira keputusan dua atau tiga kali pilihan raya lagi – cita-cita yang disuarakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

Lebih-lebih lagi yang prihatin sekarang hampir semuanya generasi tua, berumur 60 tahun ke atas. Suara generasi muda – peringkat anak-anak dan cucu-cucu saya – hilang entah ke mana.

Jika generasi muda ini tidak ambil peduli dan hati mereka tidak tersentuh apabila Karpal kata dia mahu PM bukan Melayu, adalah petanda kuasa Raja dan bangsa Melayu akan hilang – mengulang sejarah Singapura. Suara Karpal Singh itu bukan suara peribadi. Kalau dia sudah tidak ada lagi pun, ingatlah! Suara itu tidak akan mati.

DATUK NOOR AZAM ialah bekas Ketua Editor Buku Umum, Majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka, kolumnis dan bekas Pengerusi TV3-

Artikel dipetik dari Utusan Malaysia

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Suara Karpal tak akan mati! - pakdin.my

ENAM PULUH tahun lalu – ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baru Persekutuan Tanah Melayu – siapa pernah terfikir sebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnya akan diperintah oleh pendatang dari luar dunia Melayu.

Semasa Raffles menjejak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawanya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya (pintarnya) politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.

Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat di samping pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun bertapak di pulau ini.

Waktu itu orang Melayu pribumi pulau ini di pandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini – mencari hidup baru. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu – bukan Kuala Lumpur.

Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak jadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura jadi kelompok-kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah.

Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.

Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa Sultan dengan institusi istananya dan satu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya dalam masa 60 tahun saja. Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang.

Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah-tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara bukan Melayu yang gagah dan makmur.

Kita gelabah dan memukul bayang-bayang

Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka: “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,” tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang ‘mustahil’ dapat dicapai.

Karpal dikatakan ‘mimpi di siang hari’ dan ‘buta sejarah’. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong.

Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya – memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya.

Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Karpal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam-politik terkenal ini, gembira melihat Pas yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang Pas! Pancing politiknya dimakan. Umpannya Melayu!

Beberapa tahun lalu Karpal berikrar, jika Pas hendak menegakkan pemerintahan Islam, langkah mayatnya dulu. Provokasi politik ini menimbulkan reaksi panas dan orang Melayu di luar UMNO menyerang Pas habis-habisan, kerana masih tetap bersekongkol dengan DAP. Maka Pas pun jadi gelabah dan membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam.

Kali ini sekali lagi Karpal menguji pendirian politik Pas dan keutuhan politik Melayu. Yang nyata Pas gelabah lagi. Kedua-dua pemimpin besarnya mengagau-ngagau mencari-cari jawapannya.

Kata Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, “Itu pandangan peribadi Karpal. Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti.” Ini jawapan orang politik. Tidak mahu terperangkap. Mengapa tidak berani kata, “Pas tetap mahu Perdana Menteri Melayu”?

Apabila pemimpin Melayu tidak berani bertegas dan takut menerima risiko politik, bukanlah mustahil suatu masa nanti PM kita bukan orang Melayu. Ketakutan itulah salah satu sebab Singapura terlepas daripada tangan kita.

Reaksi awal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, tak mahu buat ulasan. Hanya kata, “Karpal Singh orang tua.” Maknanya, cakap orang tua tak boleh pakai kerana sudah nyanyok. Pada detik itu mungkin Nik Aziz terlupa, beliau pun sudah terlalu tua!

Lepas itu, beliau buat komen lanjut, ” Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam. Mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang. Jadi, bangsa apa pun tak peduli.” Bagi Nik Aziz, syaratnya Islam. Syarat Melayu tak perlu.

Presiden Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Dr. Kamal Salih kata, “Selagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja-Raja Melayu di takhta, selagi itulah hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara, termasuk kedudukan Perdana Menteri di kalangan orang Melayu.”

Persoalannya, bagaimana kalau perkara-perkara yang disebut oleh Dr. Kamal itu tidak ada lagi? Bagaimana kalau Perlembagaan dipinda, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu diubah atau berubah? (Saya teringat kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu semasa zaman pemerintahan British dan semasa mereka menandatangani perjanjian Malayan Union.)

Perubahan ini tidak mustahil. Dalam sistem demokrasi, kuasanya di tangan pengundi dan parti yang mendapat kuasa memerintah.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu. Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar kata, “Sebagai pemimpin dia (Karpal Singh) harus sedar negara ini kepunyaan nenek moyang Melayu sejak 4,000 tahun lalu dengan pemerintah terdiri daripada Raja-Raja Melayu dan penduduk majoriti ialah 67 peratus orang Melayu.”

Persoalannya, apakah cukup kita menghadapi persaingan politik sekarang hanya dengan mengatakan “negara ini kepunyaan nenek moyang dan ada Raja-Raja Melayu sejak 4,000 tahun lalu”?

Saya rasa, sejarah dan masa lalu, bagaimana hebat pun, tiada kuasa untuk masa ini dan masa depan kita dan anak cucu kita. Jumlah 67 peratus Melayu mungkin berubah (contohnya di Pulau Pinang, dalam masa dua tahun, 18,000 sudah membawa diri). Juga yang menentukan bukanlah sangat jumlah penduduk, tetapi yang lebih penting, berapa jumlah kawasan pilihan raya yang Melayu sudah jadi minoriti atau sudah terpecah dua?

Pada masa ini memanglah cita-cita Karpal itu tak mungkin akan tercapai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pun yakin, “PM daripada kaum Cina sesuatu yang tidak mungkin dicapai pada masa sekarang.” Tegasnya, “Ahli DAP tidak boleh menjadi PM jika mereka mendapat kuasa sekarang.”

Tetapi kita bercakap tentang masa depan – 10 atau 15 tahun lagi? Mengira-ngira keputusan dua atau tiga kali pilihan raya lagi – cita-cita yang disuarakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

Lebih-lebih lagi yang prihatin sekarang hampir semuanya generasi tua, berumur 60 tahun ke atas. Suara generasi muda – peringkat anak-anak dan cucu-cucu saya – hilang entah ke mana.

Jika generasi muda ini tidak ambil peduli dan hati mereka tidak tersentuh apabila Karpal kata dia mahu PM bukan Melayu, adalah petanda kuasa Raja dan bangsa Melayu akan hilang – mengulang sejarah Singapura. Suara Karpal Singh itu bukan suara peribadi. Kalau dia sudah tidak ada lagi pun, ingatlah! Suara itu tidak akan mati.

DATUK NOOR AZAM ialah bekas Ketua Editor Buku Umum, Majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka, kolumnis dan bekas Pengerusi TV3-

Artikel dipetik dari Utusan Malaysia

Berita berkaitan