Anwar Cium Mulut Soros Melalui Suaram - pakdin.my

Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka.

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan.

Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations.

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu.

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram. Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT.

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia. Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR.

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros. Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998.

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’. Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’. Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros.

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara. Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar. Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya. Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh.

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi. Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya. Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar.

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan. OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat. Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi.

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik. Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa. Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya.

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram. Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia.

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS? Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Anwar Cium Mulut Soros Melalui Suaram - pakdin.my

Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka.

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan.

Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations.

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu.

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram. Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT.

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia. Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR.

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros. Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998.

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’. Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’. Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros.

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara. Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar. Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya. Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh.

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi. Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya. Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar.

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan. OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat. Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi.

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik. Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa. Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya.

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram. Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia.

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS? Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?

Berita berkaitan