Kerajaan Pekatan Pembangkang Selangor tanpa belas kesian menghantar jentera berat bagi menghapuskan penduduk miskin di Sungai Kerandang, Hulu Selangor (DUN Kuala Kubu Bharu)
Hasil perbincangan melalui talipon antara YB P Kamalanathan & YB Elizabeth Wong, nampaknya kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk robohkan kediaman penduduk Kampongg Sungai Kerandang tanpa asas kukuh dan laporan lengkap. Penduduk ada 40 buah keluarga yang susah, tapi YB Elizabeth Wong menerima laporan ada 6 keluarga sahaja. Bermakna mereka tidak pernah turun padang bagi melihat sendiri masalah rakyat.
Semuanya kerana melihat kepada nilai tinggi tanah dan hendak diberikan kepada kroni bagi melaksanakan projek pertanian.
Lebih 25 tahun penduduk menjalani kehidupan disana dan disitulah sumber rezeki mereka meneruskan kehidupan. Hari ini dunia mereka menjadi gelap kerana kerakusan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.
