Mengkritik Umno Masih Menjadi Tumpuan Nik Aziz - pakdin.my

nik aziz pakai jubah tokca

KUALA BESUT  — Ketenangan suasana berkempen pada bulan Ramadan untuk pilihan raya kecil di sini terganggu juga dengan kritikan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Umno pada satu ceramah Rabu malam.

Kemunculan Mursyidul Am PAS Nik Aziz di Kampung Beris Pak Abu langsung tidak menyentuh calon atau wawasan PAS jika memenangi kerusi DUN Kuala Besut, sebaliknya masih mengutuk Umno, parti tunjang Barisan Nasional (BN) yang kononnya menolak Islam.

“Selama 23 tahun ambo jadi menteri besar Kelantan, mereka (Umno) kata ambo tak bina masjid. Ya, Umno bina masjid tetapi mereka tidak sembahyang,” katanya disambut dengan deraian ketawa hadirin pada majlis itu.

Jelas sekali apa yang diucapkan pemimpin PAS itu bercanggah dengan adab berkempen ketika Ramadan yang seharusnya mengelakkan kata-kata fitnah, membangkitkan kebencian dan serangan.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon BN yang diwakili Umno, dan calon PAS, menjadikan perebutan kerusi ini antara dua parti Melayu.

Beberapa ahli akademik sebelum ini berpandangan adalah penting bagi BN dan PAS mengamalkan ‘politik Ramadan’ bagi membuktikan kepada dunia bahawa dalam keghairahan berpolitik, Malaysia sebagai sebuah negara Islam, masih tetap menghormati bulan Ramadan serta mampu mengekalkan perpaduan rakyat.

Meneliti perkembangan kempen sejak 12 Julai lepas, isu-isu yang dibangkitkan hanya berkisar kepada mensejahterakan rakyat Terengganu dan memenangi kerusi untuk parti masing-masing.

Bagaimanapun ada juga beberapa penceramah PAS yang dilaporkan menyerang personaliti calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman di sebalik janji anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad pada Rabu, bahawa PAS tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap pihak lawan.

Umpamanya yang melibatkan profesionalisme Tengku Zaihan sebagai bekas jurutera daerah Besut, yang kononnya telah mengakibatkan Empangan Lowvier di Pengkalan Nangka tidak berfungsi dan sawah kontang.

Ini jelas melanggari permintaan penduduk Kuala Besut yang mengharapkan kempen parti politik sempena PRK DUN ini diadakan secara sederhana bagi memelihara kemuliaan bulan Ramadan.

Berbeza dengan kempen BN dan Tengku Zaihan, yang selesa bertemu pengundi secara bersemuka, berbuka puasa, bersolat Tarawih dan moreh beramai-ramai tanpa penganjuran ceramah dan kehadiran pemimpin besar untuk dijadikan umpan meraih sokongan pengundi.

PAS mengekalkan pendekatan mengadakan ceramah umum yang diadakan selepas solat Tarawih dengan menampilkan pemimpin dari seluruh pelosok negara.

Bagi mempengaruhi pengundi, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut PAS Datuk Husam Musa cuba bermain psikologi apabila menyatakan parti itu tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu sekali pun menang kerusi DUN Kuala Besut, yang akan menjadikan kedudukan 16-16 kerusi yang dipegang kedua-dua parti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ironinya, PAS yang mahu dilihat sebagai juara memperjuangkan rakyat di sini tidak sanggup berhadapan sendiri dengan Umno.

Contoh yang jelas Husam mencabar Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu, tetapi mencadangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berdepan dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, bukan beliau atau pemimpin PAS lain.

Lantaran itu, apakah kekuatan PAS untuk memperjuangkan nasib rakyat jika perlu bergantung kepada PKR untuk bercakap bagi pihaknya.

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

Berikut adalah faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Salah satu faktor utama kemenangan ini ialah sokongan golongan belia, yang menjadi 45.9% daripada 31,897 pengundi berdaftar.

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai "kubu kuat" di Ayer Kuning dengan majoriti 5,016 undi, jauh melebihi prestasi PRU15 (majoriti 1,502 undi).

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari.

Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpin politik yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.

PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir mengemukakan tujuh tawaran dalam manifesto untuk penduduk DUN itu.

Tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak sertai PAS sudah dijangka – Saarani

Tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menyertai parti PAS, tidak memberikan sebarang kesan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

Berdasarkan analisis terhadap konteks PRK Ayer Kuning 2025, berikut adalah faktor-faktor yang menjurus kepada jangkaan bahawa pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjadikan isu tempatan sebagai teras kempen:

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pembinaan laluan baharu menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, dijangka dapat disiapkan lebih awal.

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meluahkan penyesalan kerana "mengantagoniskan" Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Anwar kini "sedang mencari jalan untuk membalas dendam" selepas kegagalan peralihan kuasa pada 2020.

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Salah satu faktor utama kemenangan ini ialah sokongan golongan belia, yang menjadi 45.9% daripada 31,897 pengundi berdaftar.

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

Berikut adalah faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai "kubu kuat" di Ayer Kuning dengan majoriti 5,016 undi, jauh melebihi prestasi PRU15 (majoriti 1,502 undi).

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Akaun dagangan pelabur telah digodam dengan transaksi saham tidak dibenarkan melibatkan Bina Puri Holdings Bhd (BPURI,5932, Papan Utama Sektor Pembinaan) dan warannya, Pos Malaysia Bhd (POS,4634, Papan Utama Sektor Pengangkutan & Logistik) serta beberapa waran berstruktur Hong Kong.

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Mengkritik Umno Masih Menjadi Tumpuan Nik Aziz - pakdin.my

nik aziz pakai jubah tokca

KUALA BESUT  — Ketenangan suasana berkempen pada bulan Ramadan untuk pilihan raya kecil di sini terganggu juga dengan kritikan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Umno pada satu ceramah Rabu malam.

Kemunculan Mursyidul Am PAS Nik Aziz di Kampung Beris Pak Abu langsung tidak menyentuh calon atau wawasan PAS jika memenangi kerusi DUN Kuala Besut, sebaliknya masih mengutuk Umno, parti tunjang Barisan Nasional (BN) yang kononnya menolak Islam.

“Selama 23 tahun ambo jadi menteri besar Kelantan, mereka (Umno) kata ambo tak bina masjid. Ya, Umno bina masjid tetapi mereka tidak sembahyang,” katanya disambut dengan deraian ketawa hadirin pada majlis itu.

Jelas sekali apa yang diucapkan pemimpin PAS itu bercanggah dengan adab berkempen ketika Ramadan yang seharusnya mengelakkan kata-kata fitnah, membangkitkan kebencian dan serangan.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon BN yang diwakili Umno, dan calon PAS, menjadikan perebutan kerusi ini antara dua parti Melayu.

Beberapa ahli akademik sebelum ini berpandangan adalah penting bagi BN dan PAS mengamalkan ‘politik Ramadan’ bagi membuktikan kepada dunia bahawa dalam keghairahan berpolitik, Malaysia sebagai sebuah negara Islam, masih tetap menghormati bulan Ramadan serta mampu mengekalkan perpaduan rakyat.

Meneliti perkembangan kempen sejak 12 Julai lepas, isu-isu yang dibangkitkan hanya berkisar kepada mensejahterakan rakyat Terengganu dan memenangi kerusi untuk parti masing-masing.

Bagaimanapun ada juga beberapa penceramah PAS yang dilaporkan menyerang personaliti calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman di sebalik janji anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad pada Rabu, bahawa PAS tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap pihak lawan.

Umpamanya yang melibatkan profesionalisme Tengku Zaihan sebagai bekas jurutera daerah Besut, yang kononnya telah mengakibatkan Empangan Lowvier di Pengkalan Nangka tidak berfungsi dan sawah kontang.

Ini jelas melanggari permintaan penduduk Kuala Besut yang mengharapkan kempen parti politik sempena PRK DUN ini diadakan secara sederhana bagi memelihara kemuliaan bulan Ramadan.

Berbeza dengan kempen BN dan Tengku Zaihan, yang selesa bertemu pengundi secara bersemuka, berbuka puasa, bersolat Tarawih dan moreh beramai-ramai tanpa penganjuran ceramah dan kehadiran pemimpin besar untuk dijadikan umpan meraih sokongan pengundi.

PAS mengekalkan pendekatan mengadakan ceramah umum yang diadakan selepas solat Tarawih dengan menampilkan pemimpin dari seluruh pelosok negara.

Bagi mempengaruhi pengundi, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut PAS Datuk Husam Musa cuba bermain psikologi apabila menyatakan parti itu tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu sekali pun menang kerusi DUN Kuala Besut, yang akan menjadikan kedudukan 16-16 kerusi yang dipegang kedua-dua parti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ironinya, PAS yang mahu dilihat sebagai juara memperjuangkan rakyat di sini tidak sanggup berhadapan sendiri dengan Umno.

Contoh yang jelas Husam mencabar Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu, tetapi mencadangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berdepan dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, bukan beliau atau pemimpin PAS lain.

Lantaran itu, apakah kekuatan PAS untuk memperjuangkan nasib rakyat jika perlu bergantung kepada PKR untuk bercakap bagi pihaknya.

Berita berkaitan