Ayam Oh Ayam, Mengapa Harga Kau Naik? - pakdin.my

ayam-balut-surat-khabar

NAIK HARGA! Bukan gula, bukan juga minyak masak tetapi AYAM!

Sejak awal Ramadan, harga ayam menjadi polemik, naik mendadak sehingga di sesetengah tempat mencecah RM9.00 hingga RM10.00 sekilo!

Seperti lazimnya juga yang menjadi mangsa ialah pengguna, yang seperti tidak boleh tidak, mesti beli dan makan ayam meskipun harganya melambung.

Ekoran daripada kenaikan harga ayam yang melampau, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah memberi lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.

Syarikat berkenaan bagaimanapun perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Pihak itu juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.

Di samping itu, kerajaan juga menjadikan ayam antara 20 senarai barangan kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Di bawah langkah itu, harga siling ayam standard ditetapkan pada RM7.70 yang akan dilaksanakan pada 27 Julai, berkuatkuasa selama 17 hari hingga 26 Ogos depan.

SERING BERULANG

Umum tahu kenaikan harga terutama barangan keperluan harian hanya berlaku setiap kali menjelang musim perayaan termasuk hari raya Aidilfitri seawal hari pertama umat Islam berpuasa lagi.

Saban tahun, isu kenaikan harga barangan keperluan seperti tidak ada jalan penyelesaiannya. Mereka yang cuba menganalisis mengapa isu ini berlaku mungkin juga pening kepala memikirkan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan – pihak industri, kerajaan atau pengguna sendiri.

“Jika dianalisis industri ayam termasuk kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Penternak Ayam, memang mereka mengakui harga ayam naik disebabkan permintaan yang meningkat.

“Jika ini alasannya, mungkin antara penyelesaiannya adalah supaya pengguna mengurangkan pembelian ayam supaya permintaan tidak meningkat.

“Secara logiknya, keadaan itu akan menyebabkan harga ayam turun semula,” demikian pandangan Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

HANYA ALASAN

Harga makanan dan ubat-ubatan ayam meningkat. Perkara ini sering dijadikan alasan oleh penternak ayam apabila berlaku kenaikan harga ayam.

Menurut Mohd Yusof, pihak beliau sukar menerima alasan demikian memandangkan harga makanan dan ubat-ubatan itu bukannya naik pada musim perayaan sehingga penternak perlu menaikkan harga ayam.

Beliau turut melontar soalan mengapa ayam yang diternak di dalam negara perlu diberi makanan dan ubat-ubatan ayam yang diimport.

Tambahnya, pengusaha ternakan ayam sering memberi alasan makanan ayam yang diimport lebih baik untuk pembesaran ayam.

“Soalannya apakah tidak mungkin diwujudkan syarikat tempatan untuk menghasilkan makanan ayam yang setanding dengan keluaran luar negara?

“Jika industri ayam adalah industri yang menguntungkan, sudah pasti ada pengusaha tempatan yang bersedia mengeluarkan makanan ayam yang boleh diterima pengusaha ternakan ayam.

“Cuma masalah bergantung kepada pengusaha ternakan ayam sendiri sama ada hendak membeli keluaran tempatan atau masih mahu bergantung kepada yang diimport? ” kata Mohd Yusof.

PERLU DIKAWAL

Aktivis kepenggunaan itu memberitahu, ayam pernah dijadikan barang kawalan iaitu harganya ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, akibat daripada pelobian pihak industri, kerajaan memansuhkan ayam sebagai barangan kawalan.

Sejak itu, katanya, harga ayam ditentukan oleh pasaran, justeru berlakulah keadaan apabila permintaan meningkat, harganya turut meningkat dan sebaliknya turun jika permintaan menurun.

“Maka apabila berlaku sesuatu keadaan seperti wabak selesema burung sedikit masa dahulu yang menyebabkan orang takut makan ayam, harga ayam merudum agak rendah sekali.

“Ini menunjukkan industri ayam boleh menentukan harga ayam mengikut situasi.

“Mereka bersedia menurunkan harga ayam walaupun mengalami kerugian apabila mendapat tahu orang ramai kurang membeli ayam tetapi apabila permintaan untuk ayam meningkat semula, mereka mula menaikkan harga pada paras semaksimum mungkin untuk mendapat semula kerugian yang dialami sebelum ini,” jelas Mohd Yusof.

ayam

MASALAH BEKALAN

Ramadan berkunjung saban tahun, begitu juga hari raya dan musim perayaan yang lain. Kebiasaannya pada tempoh perayaan berkenaan, permintaan untuk barangan keperluan pasti akan meningkat.

Mohd Yusof berpendapat penternak memang mengetahui permintaan ayam yang tinggi pada musim perayaan. Oleh itu, tidak timbul sebenarnya masalah kekurangan bekalan, kerana mereka memang bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat.

“Isunya di sini bukan masalah bekalan ayam yang tidak ada, seperti yang berlaku dalam kes ikan yang naik kerana masalah bekalan berkurang disebabkan musim tengkujuh.

“Kenaikan harga ayam lebih kepada faktor cuba memaksimumkan keuntungan disebabkan oleh permintaan yang meningkat.

“Untuk menghadapi keadaan ini adalah dengan mewujudkan persaingan melalui bekalan ayam import, jika sekiranya ayam import lebih murah daripada ayam tempatan,” kata Mohd Yusof.

KUATKUASA KAWALAN

Penyelesaian masalah ayam ini pada masa ini sukar untuk diselesaikan dari dalam negara kerana industri ayam banyak dikawal oleh penternak persendirian yang besar.

Seperti yang ditegaskan Mohd Yusof, pihak berkenaan boleh menentukan bekalan dan harga.

“Jika mereka ingin mewujudkan kekurangan bekalan, mereka akan pastikan bekalan berkurangan.

“Pernah sebelum ini mereka membakar anak ayam kerana bekalan ayam berlebihan. Mereka juga boleh menyebabkan harga naik jika mereka mengenakan harga ladang yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah itu boleh diselesaikan dalam negara jika ada persaingan daripada industri ternakan yang bukan daripada pengusaha ternakan persendirian.

Beliau memberi cadangan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terbabit dalam industri ternakan ayam, atau konsep penternakan berkontrak yang dipasarkan oleh FAMA, yang dapat menjual ayam pada harga yang berpatutan, mungkin ia boleh diselesaikan dalam negara.

Mohd Yusof turut mengulas kemungkinan mewujudkan persaingan dengan mengimport ayam.

“Namun itu pun mungkin tidak menyelesaikan masalah jika ayam import juga mungkin tinggi, lebih tinggi daripada ayam import.

“Jika masalah ini tidak ada penyelesaian dan pengguna sendiri tidak dapat mengubah permintaan, maka ayam perlu dijadikan semula sebagai barang kawalan bagi mengelakkan harganya dimanipulasi.

“Situasi seperti sama dengan kerajaan menjadikan topeng muka sebagai barang kawalan semasa jerebu dahulu kerana harga topeng muka naik tinggi kerana permintaan meningkat,” kata Mohd Yusof.

GUNA AKTA

Mohd Yusof turut merujuk kepada Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang dikuatkuasa sejak April 2011.

Akta itu boleh digunakan sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebih-lebihan, sama ada penternak, pemborong atau peruncit.

Pengguna perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya siasatan dapat dilakukan untuk mengenal pasti pihak mana yang menyebabkan kenaikan harga itu.

Dalam apa jua situasi, pengguna perlu berhemah. Ayam bukan seperti nasi yang menjadi makanan ruji.

“Ada pengguna yang seolah-olah tidak mempunyai selera makan jika tidak ada hidangan ayam sedangkan jika mengikut amalan makanan sihat, kita perlu mempelbagai jenis makanan.

“Masyarakat Malaysia perlu dididik dengan amalan pemakanan yang betul dan sihat. Mereka sebenarnya perlu makan banyak sayur-sayuran, diselang-seli dengan sedikit ayam atau daging atau ikan.

“Bukan hari-hari kita perlu makan ayam. Jika ini dapat dilakukan, mungkin seminggu kita hanya makan ayam dua kali. Dengan ini, permintaan ayam tidaklah meningkat dan harga pun tidaklah melambung,” kata Mohd Yusof.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Ayam Oh Ayam, Mengapa Harga Kau Naik? - pakdin.my

ayam-balut-surat-khabar

NAIK HARGA! Bukan gula, bukan juga minyak masak tetapi AYAM!

Sejak awal Ramadan, harga ayam menjadi polemik, naik mendadak sehingga di sesetengah tempat mencecah RM9.00 hingga RM10.00 sekilo!

Seperti lazimnya juga yang menjadi mangsa ialah pengguna, yang seperti tidak boleh tidak, mesti beli dan makan ayam meskipun harganya melambung.

Ekoran daripada kenaikan harga ayam yang melampau, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah memberi lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.

Syarikat berkenaan bagaimanapun perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Pihak itu juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.

Di samping itu, kerajaan juga menjadikan ayam antara 20 senarai barangan kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Di bawah langkah itu, harga siling ayam standard ditetapkan pada RM7.70 yang akan dilaksanakan pada 27 Julai, berkuatkuasa selama 17 hari hingga 26 Ogos depan.

SERING BERULANG

Umum tahu kenaikan harga terutama barangan keperluan harian hanya berlaku setiap kali menjelang musim perayaan termasuk hari raya Aidilfitri seawal hari pertama umat Islam berpuasa lagi.

Saban tahun, isu kenaikan harga barangan keperluan seperti tidak ada jalan penyelesaiannya. Mereka yang cuba menganalisis mengapa isu ini berlaku mungkin juga pening kepala memikirkan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan – pihak industri, kerajaan atau pengguna sendiri.

“Jika dianalisis industri ayam termasuk kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Penternak Ayam, memang mereka mengakui harga ayam naik disebabkan permintaan yang meningkat.

“Jika ini alasannya, mungkin antara penyelesaiannya adalah supaya pengguna mengurangkan pembelian ayam supaya permintaan tidak meningkat.

“Secara logiknya, keadaan itu akan menyebabkan harga ayam turun semula,” demikian pandangan Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

HANYA ALASAN

Harga makanan dan ubat-ubatan ayam meningkat. Perkara ini sering dijadikan alasan oleh penternak ayam apabila berlaku kenaikan harga ayam.

Menurut Mohd Yusof, pihak beliau sukar menerima alasan demikian memandangkan harga makanan dan ubat-ubatan itu bukannya naik pada musim perayaan sehingga penternak perlu menaikkan harga ayam.

Beliau turut melontar soalan mengapa ayam yang diternak di dalam negara perlu diberi makanan dan ubat-ubatan ayam yang diimport.

Tambahnya, pengusaha ternakan ayam sering memberi alasan makanan ayam yang diimport lebih baik untuk pembesaran ayam.

“Soalannya apakah tidak mungkin diwujudkan syarikat tempatan untuk menghasilkan makanan ayam yang setanding dengan keluaran luar negara?

“Jika industri ayam adalah industri yang menguntungkan, sudah pasti ada pengusaha tempatan yang bersedia mengeluarkan makanan ayam yang boleh diterima pengusaha ternakan ayam.

“Cuma masalah bergantung kepada pengusaha ternakan ayam sendiri sama ada hendak membeli keluaran tempatan atau masih mahu bergantung kepada yang diimport? ” kata Mohd Yusof.

PERLU DIKAWAL

Aktivis kepenggunaan itu memberitahu, ayam pernah dijadikan barang kawalan iaitu harganya ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, akibat daripada pelobian pihak industri, kerajaan memansuhkan ayam sebagai barangan kawalan.

Sejak itu, katanya, harga ayam ditentukan oleh pasaran, justeru berlakulah keadaan apabila permintaan meningkat, harganya turut meningkat dan sebaliknya turun jika permintaan menurun.

“Maka apabila berlaku sesuatu keadaan seperti wabak selesema burung sedikit masa dahulu yang menyebabkan orang takut makan ayam, harga ayam merudum agak rendah sekali.

“Ini menunjukkan industri ayam boleh menentukan harga ayam mengikut situasi.

“Mereka bersedia menurunkan harga ayam walaupun mengalami kerugian apabila mendapat tahu orang ramai kurang membeli ayam tetapi apabila permintaan untuk ayam meningkat semula, mereka mula menaikkan harga pada paras semaksimum mungkin untuk mendapat semula kerugian yang dialami sebelum ini,” jelas Mohd Yusof.

ayam

MASALAH BEKALAN

Ramadan berkunjung saban tahun, begitu juga hari raya dan musim perayaan yang lain. Kebiasaannya pada tempoh perayaan berkenaan, permintaan untuk barangan keperluan pasti akan meningkat.

Mohd Yusof berpendapat penternak memang mengetahui permintaan ayam yang tinggi pada musim perayaan. Oleh itu, tidak timbul sebenarnya masalah kekurangan bekalan, kerana mereka memang bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat.

“Isunya di sini bukan masalah bekalan ayam yang tidak ada, seperti yang berlaku dalam kes ikan yang naik kerana masalah bekalan berkurang disebabkan musim tengkujuh.

“Kenaikan harga ayam lebih kepada faktor cuba memaksimumkan keuntungan disebabkan oleh permintaan yang meningkat.

“Untuk menghadapi keadaan ini adalah dengan mewujudkan persaingan melalui bekalan ayam import, jika sekiranya ayam import lebih murah daripada ayam tempatan,” kata Mohd Yusof.

KUATKUASA KAWALAN

Penyelesaian masalah ayam ini pada masa ini sukar untuk diselesaikan dari dalam negara kerana industri ayam banyak dikawal oleh penternak persendirian yang besar.

Seperti yang ditegaskan Mohd Yusof, pihak berkenaan boleh menentukan bekalan dan harga.

“Jika mereka ingin mewujudkan kekurangan bekalan, mereka akan pastikan bekalan berkurangan.

“Pernah sebelum ini mereka membakar anak ayam kerana bekalan ayam berlebihan. Mereka juga boleh menyebabkan harga naik jika mereka mengenakan harga ladang yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah itu boleh diselesaikan dalam negara jika ada persaingan daripada industri ternakan yang bukan daripada pengusaha ternakan persendirian.

Beliau memberi cadangan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terbabit dalam industri ternakan ayam, atau konsep penternakan berkontrak yang dipasarkan oleh FAMA, yang dapat menjual ayam pada harga yang berpatutan, mungkin ia boleh diselesaikan dalam negara.

Mohd Yusof turut mengulas kemungkinan mewujudkan persaingan dengan mengimport ayam.

“Namun itu pun mungkin tidak menyelesaikan masalah jika ayam import juga mungkin tinggi, lebih tinggi daripada ayam import.

“Jika masalah ini tidak ada penyelesaian dan pengguna sendiri tidak dapat mengubah permintaan, maka ayam perlu dijadikan semula sebagai barang kawalan bagi mengelakkan harganya dimanipulasi.

“Situasi seperti sama dengan kerajaan menjadikan topeng muka sebagai barang kawalan semasa jerebu dahulu kerana harga topeng muka naik tinggi kerana permintaan meningkat,” kata Mohd Yusof.

GUNA AKTA

Mohd Yusof turut merujuk kepada Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang dikuatkuasa sejak April 2011.

Akta itu boleh digunakan sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebih-lebihan, sama ada penternak, pemborong atau peruncit.

Pengguna perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya siasatan dapat dilakukan untuk mengenal pasti pihak mana yang menyebabkan kenaikan harga itu.

Dalam apa jua situasi, pengguna perlu berhemah. Ayam bukan seperti nasi yang menjadi makanan ruji.

“Ada pengguna yang seolah-olah tidak mempunyai selera makan jika tidak ada hidangan ayam sedangkan jika mengikut amalan makanan sihat, kita perlu mempelbagai jenis makanan.

“Masyarakat Malaysia perlu dididik dengan amalan pemakanan yang betul dan sihat. Mereka sebenarnya perlu makan banyak sayur-sayuran, diselang-seli dengan sedikit ayam atau daging atau ikan.

“Bukan hari-hari kita perlu makan ayam. Jika ini dapat dilakukan, mungkin seminggu kita hanya makan ayam dua kali. Dengan ini, permintaan ayam tidaklah meningkat dan harga pun tidaklah melambung,” kata Mohd Yusof.

Berita berkaitan