Demi kestabilan politik Terengganu… - pakdin.my

DUN-Terengganu

PERATUSAN yang keluar mengundi di DUN Kuala Besut pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu sekitar 86.70 peratus. Ramai waktu itu kerana hari pengundian Ahad.

Tetapi dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini jatuh pada Rabu, 24 Julai waktu kerja. Dijangka sebahagian besar mereka yang berhijrah ke luar Besut terutama golongan muda tak balik mengundi kali ini. ‘Alang-alang’ nak balik kena ambil cuti bukan sehari, mungkin tiga atau empat hari. Cuti pada Aidilfitri nanti mungkin kena balik lagi.

Penulis dimaklumkan oleh sumber-sumber jentera Barisan Nasional, Pas dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berkampung di Kuala Besut, senario kempen PRK melibatkan kedua-kedua parti di sana ‘biasa sangat’. Tidak ada yang luar biasa. Ini sehinggakan media-media yang buat liputan ‘kehabisan idea’ untuk dijadikan berita utama.

Tidak banyak isu, sampaikan terpaksa pergi ke pasar-pasar biasa untuk dijadikan bahan berita.

Dari segi strategi kedua-dua parti bertanding, yang digalas oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman dan Endot@Azlan dari Pas, dikatakan sama. Masing-masing dibantu oleh jentera luar terutama Pas dari Kelantan.

Kempen ceramah PRK ini di depan khalayak ramai tidak popular kerana bulan Puasa. Ia lebih kepada kempen dari rumah ke rumah. Pergerakan kedua-dua parti juga seiring dan seimbang, baik dari segi pengisian, program kemasyarakatan serta penglibatan belia.

Namun, jentera BN dikatakan lebih dominan – yang diharapkan akan diikuti pergerakan yang lebih berkesan dan berterusan oleh akar umbinya sehinggalah pagi Rabu depan.

Penulis juga dimaklumkan dari segi majoriti, BN dipercayai tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut ini melebihi 2,434 undi yang dicapai Mei lepas. Tambahan pula penduduk-penduduk Kuala Besut diketahui memang orang BN, apa lagi yang akan turun mengundi pada waktu hari bekerja nanti yang ramainya penduduk setempat.

Hakikatnya, mereka akur isu DUN ‘tergantung’ kerusi 16:16 bukanlah suatu idea bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum – undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding ‘carca marba’ DUN di bawah pembangkang, Parlimen pula BN.

Cuma, oleh kerana segala strategi dan pengisian kempen, baik oleh BN dan Pas agak setara – yang lebih banyak berfokus pada kariah di masjid-masjid dan surau sempena Ramadan, maka seelok-eloknya BN lebih banyak memberi tumpuan kepada isu-isu setempat. Antaranya, percambahan industri kampung, IKS serta nelayan.

Demi kestabilan politik Terengganu… (Utusan)

Isu nelayan merupakan perkara pokok yang belum diberi keutamaan diuar-uarkan dalam kempen PRK ini. Sepanjang pengamatan penulis setakat semalam belum ada perkara ini diserlahkan.

Ini memandangkan Kuala Besut sendiri pada asasnya adalah kampung nelayan. Di sini juga terletak jeti bot untuk ke pulau-pulau peranginan iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Faktor nelayan dan industri pelancongan memang mewarnai pengundi di kawasan ini.

Satu lagi faktor adalah kakitangan awam. Walaupun Kuala Besut bukan pusat bandar utama untuk daerah Besut kerana pusatnya terletak di Jertih, tetapi hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama dalam DUN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan.

Faktor sempadan dengan Kelantan juga bakal menentukan corak kempen dan isu sepanjang pilihan raya ini. Ini kerana Kuala Besut bersempadan dengan Pasir Puteh yang terletak di Kelantan yang ditadbir oleh Pas.

Pelabuhan Tok Bali kini menjadi pelabuhan nelayan yang penting di sebelah pantai timur. Banyak bot nelayan laut dalam mendaratkan tangkapan mereka di situ.

Justeru, menjelang PRK Kuala Besut minggu depan, maka masih ada kesempatan lagi untuk jentera BN memberi jaminan atau setidak-tidaknya mengeluarkan ‘hitam putih’ janji – antaranya untuk mendalamkan kuala bagi kemudahan bot keluar masuk selain penyediaan pendaratan ikan yang sesuai.

Pada masa sama, projek-projek pembangunan IKS dan industri kampung ‘1produk 1kampung’ yang diperkenalkan BN perlu banyak diperkatakan dalam lima hari mendatang ini.

Jentera kempen kenalah juga usahakan bantuan kepada mana-mana usahawan yang telah menunjukkan kecemerlangan di Kuala Besut dengan penyaluran peruntukan dan geran.

Tidak perlu terlalu bertumpu kepada usahawan besar dan yang telah berjaya. Fokuslah kepada industri kecil. Misalnya, perniagaan keropok lekor yang mana orang yang menyiang ikan pun akan dapat manfaatnya. Di sinilah peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tonjolkan apa yang telah pihak mereka usahakan selama ini di Kuala Besut.

Berapa ramai usahawan yang telah berjaya di Kuala Besut? Berapa usahawan baharu yang dibimbing telah berjaya? Apa program mentor-menteenya?

Katakan kepada penduduk dan pengundi Kuala Besut bahawa sekiranya BN diberi kepercayaan untuk mentadbir lagi kerusi itu, inilah peluang-peluang ekonomi yang akan menjadi imbalannya.

Jentera pilihan raya BN perlu ‘zoom in’ hasil ekonomi utama di Kuala Besut untuk manfaat penduduk tempatan sama ada peluang perniagaan dan pekerjaan selain menarik pelaburan luar ke situ. Ia umpama operasi sesebuah bank di satu-satu tempat. Bank tidak akan ‘masuk’ ke suatu tempat kalau peluang ekonomi di situ tipis. Dikhuatiri kelak pelanggannya simpan RM300 hari ini, esok keluarkan semula dengan cuma berbaki RM10 dalam akaun.

Penulis difahamkan, banyak kemudahan yang diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada penduduk Kuala Besut, apatah lagi peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti LKIM dan pembiaya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tinggal lagi, ia perlu diserlahkan secara meluas sebab peluang pekerjaan adalah isu yang menjadi perhatian.

Meskipun PRK Kuala Besut tampak ‘tenang’ namun realitinya amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu.

Dengan kematian Dr. Rahman, jumlah kerusi adalah 16 di pihak BN manakala pakatan, 15. Jika pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan pakatan.

Pas pernah menang di kerusi itu pada 1969, sebelum menunggu 30 tahun lagi untuk merampasnya semula pada 1999. Mereka tentunya mahu menongkah ‘aturan’ itu 24 Julai nanti kerana kalau tidak, ‘barangkali’ hanya terdaya ‘meraihnya’ kembali (untuk 30 tahun lagi) pada tahun 2029.

Jentera BN di Kuala Besut mesti terus agresif. Hapuskan keyakinan boleh menang mudah sebelum masuk gelanggang. Hanya kemenangan BN dapat memastikan politik di Terengganu lebih stabil. Jika tidak, keadaan akan terumbang-ambing.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap – Zambry

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

[VIDEO] Pang mula tugas wakil rakyat – santuni masyarakat KKB

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

PRK KKB: Kekal milik PH, Pang menang majoriti 3,869 undi

Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB)

Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB – Mugilaan

Beliau berkata pemilihan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan juga akan memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan itu

[VIDEO] PRK KKB: Calon PH, Pang Sock Tao ziarah keluarga mangsa lemas Batang Kali

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima berita sedih itu yang mengorbankan seorang bapa dan dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Demi kestabilan politik Terengganu… - pakdin.my

DUN-Terengganu

PERATUSAN yang keluar mengundi di DUN Kuala Besut pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu sekitar 86.70 peratus. Ramai waktu itu kerana hari pengundian Ahad.

Tetapi dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini jatuh pada Rabu, 24 Julai waktu kerja. Dijangka sebahagian besar mereka yang berhijrah ke luar Besut terutama golongan muda tak balik mengundi kali ini. ‘Alang-alang’ nak balik kena ambil cuti bukan sehari, mungkin tiga atau empat hari. Cuti pada Aidilfitri nanti mungkin kena balik lagi.

Penulis dimaklumkan oleh sumber-sumber jentera Barisan Nasional, Pas dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang berkampung di Kuala Besut, senario kempen PRK melibatkan kedua-kedua parti di sana ‘biasa sangat’. Tidak ada yang luar biasa. Ini sehinggakan media-media yang buat liputan ‘kehabisan idea’ untuk dijadikan berita utama.

Tidak banyak isu, sampaikan terpaksa pergi ke pasar-pasar biasa untuk dijadikan bahan berita.

Dari segi strategi kedua-dua parti bertanding, yang digalas oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman dan Endot@Azlan dari Pas, dikatakan sama. Masing-masing dibantu oleh jentera luar terutama Pas dari Kelantan.

Kempen ceramah PRK ini di depan khalayak ramai tidak popular kerana bulan Puasa. Ia lebih kepada kempen dari rumah ke rumah. Pergerakan kedua-dua parti juga seiring dan seimbang, baik dari segi pengisian, program kemasyarakatan serta penglibatan belia.

Namun, jentera BN dikatakan lebih dominan – yang diharapkan akan diikuti pergerakan yang lebih berkesan dan berterusan oleh akar umbinya sehinggalah pagi Rabu depan.

Penulis juga dimaklumkan dari segi majoriti, BN dipercayai tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut ini melebihi 2,434 undi yang dicapai Mei lepas. Tambahan pula penduduk-penduduk Kuala Besut diketahui memang orang BN, apa lagi yang akan turun mengundi pada waktu hari bekerja nanti yang ramainya penduduk setempat.

Hakikatnya, mereka akur isu DUN ‘tergantung’ kerusi 16:16 bukanlah suatu idea bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum – undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding ‘carca marba’ DUN di bawah pembangkang, Parlimen pula BN.

Cuma, oleh kerana segala strategi dan pengisian kempen, baik oleh BN dan Pas agak setara – yang lebih banyak berfokus pada kariah di masjid-masjid dan surau sempena Ramadan, maka seelok-eloknya BN lebih banyak memberi tumpuan kepada isu-isu setempat. Antaranya, percambahan industri kampung, IKS serta nelayan.

Demi kestabilan politik Terengganu… (Utusan)

Isu nelayan merupakan perkara pokok yang belum diberi keutamaan diuar-uarkan dalam kempen PRK ini. Sepanjang pengamatan penulis setakat semalam belum ada perkara ini diserlahkan.

Ini memandangkan Kuala Besut sendiri pada asasnya adalah kampung nelayan. Di sini juga terletak jeti bot untuk ke pulau-pulau peranginan iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Faktor nelayan dan industri pelancongan memang mewarnai pengundi di kawasan ini.

Satu lagi faktor adalah kakitangan awam. Walaupun Kuala Besut bukan pusat bandar utama untuk daerah Besut kerana pusatnya terletak di Jertih, tetapi hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama dalam DUN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan.

Faktor sempadan dengan Kelantan juga bakal menentukan corak kempen dan isu sepanjang pilihan raya ini. Ini kerana Kuala Besut bersempadan dengan Pasir Puteh yang terletak di Kelantan yang ditadbir oleh Pas.

Pelabuhan Tok Bali kini menjadi pelabuhan nelayan yang penting di sebelah pantai timur. Banyak bot nelayan laut dalam mendaratkan tangkapan mereka di situ.

Justeru, menjelang PRK Kuala Besut minggu depan, maka masih ada kesempatan lagi untuk jentera BN memberi jaminan atau setidak-tidaknya mengeluarkan ‘hitam putih’ janji – antaranya untuk mendalamkan kuala bagi kemudahan bot keluar masuk selain penyediaan pendaratan ikan yang sesuai.

Pada masa sama, projek-projek pembangunan IKS dan industri kampung ‘1produk 1kampung’ yang diperkenalkan BN perlu banyak diperkatakan dalam lima hari mendatang ini.

Jentera kempen kenalah juga usahakan bantuan kepada mana-mana usahawan yang telah menunjukkan kecemerlangan di Kuala Besut dengan penyaluran peruntukan dan geran.

Tidak perlu terlalu bertumpu kepada usahawan besar dan yang telah berjaya. Fokuslah kepada industri kecil. Misalnya, perniagaan keropok lekor yang mana orang yang menyiang ikan pun akan dapat manfaatnya. Di sinilah peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tonjolkan apa yang telah pihak mereka usahakan selama ini di Kuala Besut.

Berapa ramai usahawan yang telah berjaya di Kuala Besut? Berapa usahawan baharu yang dibimbing telah berjaya? Apa program mentor-menteenya?

Katakan kepada penduduk dan pengundi Kuala Besut bahawa sekiranya BN diberi kepercayaan untuk mentadbir lagi kerusi itu, inilah peluang-peluang ekonomi yang akan menjadi imbalannya.

Jentera pilihan raya BN perlu ‘zoom in’ hasil ekonomi utama di Kuala Besut untuk manfaat penduduk tempatan sama ada peluang perniagaan dan pekerjaan selain menarik pelaburan luar ke situ. Ia umpama operasi sesebuah bank di satu-satu tempat. Bank tidak akan ‘masuk’ ke suatu tempat kalau peluang ekonomi di situ tipis. Dikhuatiri kelak pelanggannya simpan RM300 hari ini, esok keluarkan semula dengan cuma berbaki RM10 dalam akaun.

Penulis difahamkan, banyak kemudahan yang diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada penduduk Kuala Besut, apatah lagi peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti LKIM dan pembiaya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tinggal lagi, ia perlu diserlahkan secara meluas sebab peluang pekerjaan adalah isu yang menjadi perhatian.

Meskipun PRK Kuala Besut tampak ‘tenang’ namun realitinya amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu.

Dengan kematian Dr. Rahman, jumlah kerusi adalah 16 di pihak BN manakala pakatan, 15. Jika pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan pakatan.

Pas pernah menang di kerusi itu pada 1969, sebelum menunggu 30 tahun lagi untuk merampasnya semula pada 1999. Mereka tentunya mahu menongkah ‘aturan’ itu 24 Julai nanti kerana kalau tidak, ‘barangkali’ hanya terdaya ‘meraihnya’ kembali (untuk 30 tahun lagi) pada tahun 2029.

Jentera BN di Kuala Besut mesti terus agresif. Hapuskan keyakinan boleh menang mudah sebelum masuk gelanggang. Hanya kemenangan BN dapat memastikan politik di Terengganu lebih stabil. Jika tidak, keadaan akan terumbang-ambing.

Berita berkaitan