Jabatan Kemajuan Islam, Jakim tidak pernah mengeluarkan teks ucapan khutbah Jumaat yang menyeru umat Islam supaya memusuhi penganut Kristian di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setiap teks khutbah dibuat dengan berhati-hati bagi menghormati agama yang dianuti pelbagai lapisan masyarakat.