DARO – Empat lagi mangsa lemas kejadian bot panjang terbalik di Sungai Lassa, Mukah, Sarawak dijumpai pagi tadi menjadikan jumlah mangsa korban kejadian itu lapan orang.
Naibi saibi, mayat kelima ditemui kira-kira 100 meter dari Kuala Sungai Saai jam 6.49 pagi .
Mayat keenam Bohan Bordan , ditemui jam 8 pagi.
Selepas hampir sejam setengah,mayat ke tujuh Kalsom Mat, pula dijumpai.
Mayat kelapan Rijil Dalol, pula dijumpau jam 9.45 pagi.
Semua mayat dibawa ke hospital daro untuk bedah siasat.
Tiga lagi mangsa lemas masih dicari.
Sehingga semalam empat mayat ditemui.
Semua jenazah sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tekajong petang semalam.
Dalam kejadian Sabtu lalu,27 penduduk Kampung Tekajong,menaiki bot,untuk pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai.
Bot mereka naiki terbalik selepas dipukul ombak besar.

Operasi turut disertai pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Lembaga Sungai Sarawak dan penduduk tempatan.
