
Operasi turut disertai pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Lembaga Sungai Sarawak dan penduduk tempatan.
DARO: Mayat mangsa kelima hari ini dijumpai pada kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Mayat Abu Bakar Mahli, 62, dijumpai penduduk kampung yang turut membantu gerakan mencari dan menyelamat.
Dengan penemuan ini lima mayat ditemui hari ini dan 1 semalam menjadikan enam daripada mangsa ditemui lemas. Dua masih lagi hilang.
Usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan.