“IMAN YANG MANTAP, UMMAH CEMERLANG” - pakdin.my

khutbah140214-1

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakankhutbahbertajuk: “IMAN YANG MANTAP, UMMAH CEMERLANG.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Salah satu permasalahan yang paling penting untuk disedari oleh umat Islam ketika ini ialah tentang ghazwul fikri yakni penjajahan pemikiran yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia. Ghazwul fikri atau teori pengaruh ini telah menyebabkan sebahagian dari umat Islam ini terjebak dengan budaya kebebasan melampau sehingga tergelincir dari sempadan ajaran Agama Islam yang sebenar. Persoalan besar timbul mengenai isu ini ialah apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi?. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin berkongsi pendangan antaranya, pertama: Akibat jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, di mana terdapat segelintir umat Islam yang meninggalkannya. Kedua: Tidak dapat menilai pertembungan antara yang hak dan batil iaitu keimanan dan kekufuran, ketiga: Tafriqah iaitu terjadinya perpecahan di kalangan umat itu sendiri dan yang keempat: Taklidiah iaitu mengikut tanpa berpegang kepada prinsip yang sebenar.

Akibatnya terdapat manusia tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Bagi mereka yang tidak mendapat nur hidayah petunjuk, mereka menganggap kebenaran itu bagaikan ranjau-ranjau yang berduri, sebaliknya mereka merasakan bahawa kesesatan atau kekeliruan bagaikan taman indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni. Mereka telah dikelabui pemandangannya dan dipengaruhi oleh musuh durjana iaitu Syaitan laknatullah. Ingatlah bahawa dalam sejarah kewujudan dunia, didapati syaitan atau Iblis merupakan makhluk pertama yang berada dalam kesesatan dan kemungkaran serta berazam akan menyesatkan seluruh umat manusia di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:

khutbah140214-2

Maksudnya: “syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Untuk menjadi ummah yang cemerlang, maka umat Islam perlu bijak memanfaatkan akal fikiran, jangan terjebak dengan hasutan iblis dan syaitan. Harus diingat bahawa umat Islam yang bijak sentiasa memanfaatkan akal fikiran sebagai pemangkin kepada modal insan cemerlang bagi menjana ummah gemilang. Modal insan yang cemerlang hanya dapat dilahirkan jika anugerah Allah SWT yang paling bernilai iaitu ‘akal’ dimanfaatkan dengan baik. Amalan memelihara akal dapat dilakukan dengan penghayatan ilmu yang terkandung dalam al-Quran di samping mempraktikkan Sunnah Rasulullah SAW. Sebagai contoh, jika umat Islam mempunyai tanah yang luas, namun tanpa menggunakan akal, ia tidak akan dapat dimakmurkan sebagai sumber rezeki, bahkan dengan akal yang bijak juga, lautan yang luas boleh menjadi wadah pencetus sumber rezeki kepada nelayan.

Justeru, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, agar menghindar sifat-sifat keji dan hina seperti malas bekerja. Saling melemparkan fitnah, mengadu domba, banyak berangan-angan, terlibat dengan aneka ragam kemaksiatan dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat dan meragukan serta terikut-ikut dengan budaya Barat yang merayakan hari-hari tertentu sebagaimana pada hari yang mulia ini lagi barakah ini, kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpama ‘Valentine’s Day’, yang dirayakan oleh pasangan kekasih. Majlis sosial seumpama ini dilihat sebagai satu langkah permulaan ke arah peningkatan gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, menggugurkan kandungan dan membuang bayi dan lain-lain gejala negatif yang boleh mengundang kepada bala bencana dan keruntuhan akhlak muda mudi. Justeru, kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita memandang ke hadapan dengan berfikiran yang lebih positif untuk membentuk jati diri sebagai umat Islam yang boleh dicontohi oleh seluruh umat manusia sejagat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong daripada cara hidup yang sebenar. Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Janganlah kita mencontohi tingkah laku umat jahiliyah terdahulu yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan di hati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:

khutbah140214-3

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya).

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Kuantiti yang banyak dihasilkan dengan norma-norma kebaikan yang berkualiti dilaksanakan oleh seseorang, maka dengan itu tinggilah pula darjah keimanan yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat kesan dari melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar menjauhkan diri dari semua perkara-perkara yang membawa kerosakan dan kelalaian. Jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Hadirkanlah rasa benci dan jijik kepada aktiviti-aktiviti yang menyalahi akidah, syarak dan tamadun manusia. Hindarilah dari perbuatan-perbuatan yang ditegah seperti upacara percampuran bebas lelaki dan perempuan, minum minuman yang memabukkan, mengadakan acara sosial yang melampau yang mana semuanya akan menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenarnya. Keadaan ini memperlihatkan umat Islam semakin lemah dan tiada jati diri Islam. Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan? Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa. Justeru, wahai ibu bapa dan muda mudi sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri untuk meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan amalan membudayakan budi pekerti yang luhur dan suci agar kelak keharmonian dan kedamaian yang dicari akan sama-sama kita kecapi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memantapkan iman kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah-langkah seperti berikut: Pertama: Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dan dibimbing dengan ajaran Islam yang sebenar; kedua: umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik, ketiga: menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Keempat: menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan kelima: meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam serta mendedahkan kepada kerosakan. Marilah sama-sama kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran, senantiasa memerhati gerak geri anak-anak muda mudi kita sama ada dari segi tingkah lakunya dan pergaulan hariannya, dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan sebagainya. Jadikanlah kehidupan kita sebagai satu ibadah yang sentiasa dirahmati Allah SWT.

Seperkara yang tidak dilupakan juga, adalah peranan yang dimainkan oleh institusi agama Islam dalam memperkasa umat Islam di negara ini seperti membebaskan dari belenggu kemiskinan, kejahilan serta mendekatkan kepada Islam telah berjaya menangani isu-isu sosial maka mimbar hari ini mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan 40 tahun penubuhan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN, menyeru sidang Jumaat dan seluruh umat Islam sekalian untuk sama-sama kita memperkasa institusi Islam dengan menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh MAIWP demi agama, bangsa dan negara. Percayalah bahawa MAIWP merupakan lambang keutuhan institusi Islam di negara kita yang akan terus memartabatkan kedaulatan Islam. Kita berdoa supaya MAIWP akan terus maju ke hadapan bagi menjamin survival umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ruum, ayat 21:

khutbah140214-4

Maksudnya:“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu(suami isteri) perasan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir.

khutbah140214-5

JabatanKemajuanIslam Malaysia

(14 Februari 2014 / 14 Rabiulakhir 1435H)

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meluahkan penyesalan kerana "mengantagoniskan" Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Anwar kini "sedang mencari jalan untuk membalas dendam" selepas kegagalan peralihan kuasa pada 2020.

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Akaun dagangan pelabur telah digodam dengan transaksi saham tidak dibenarkan melibatkan Bina Puri Holdings Bhd (BPURI,5932, Papan Utama Sektor Pembinaan) dan warannya, Pos Malaysia Bhd (POS,4634, Papan Utama Sektor Pengangkutan & Logistik) serta beberapa waran berstruktur Hong Kong.

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Kerajaan Uttarakhand telah menutup 52 buah madrasah di negeri tersebut dalam tempoh dua minggu yang lalu. Tindakan ini mendapat kritikan daripada organisasi-organisasi Islam yang menuduh tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan kuasa yang nyata.

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Hari ini 20 April 2568 lebih kurang jam 19.20, berlaku kejadian tembakan secara rambang ke atas penduduk perkampungan Buddha (Ban Chang Thor), Kampung Ghole Tuwor, Mukim 7, Waeng, Narathiwat.

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Pengebom menunggang motosikal roda tiga yang mengandungi bahan letupan telah meletakkannya di belakang Balai Polis Kok Kian, Wilayah Narathiwat.

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Narathiwat maut ditembak oleh penjenayah dalam serangan hendap di Jalan 4010, kawasan Kampung Balo, Mukim Balo, Daerah Raman, Yala.

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Sekumpulan penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta pikap Isuzu 4 pintu milik Sarjan Polis Wanat Chumapan, anggota Balai Polis Daerah Saba Yoi.

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pembinaan laluan baharu menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, dijangka dapat disiapkan lebih awal.

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meluahkan penyesalan kerana "mengantagoniskan" Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Anwar kini "sedang mencari jalan untuk membalas dendam" selepas kegagalan peralihan kuasa pada 2020.

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Salah satu faktor utama kemenangan ini ialah sokongan golongan belia, yang menjadi 45.9% daripada 31,897 pengundi berdaftar.

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

Berikut adalah faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai "kubu kuat" di Ayer Kuning dengan majoriti 5,016 undi, jauh melebihi prestasi PRU15 (majoriti 1,502 undi).

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Akaun dagangan pelabur telah digodam dengan transaksi saham tidak dibenarkan melibatkan Bina Puri Holdings Bhd (BPURI,5932, Papan Utama Sektor Pembinaan) dan warannya, Pos Malaysia Bhd (POS,4634, Papan Utama Sektor Pengangkutan & Logistik) serta beberapa waran berstruktur Hong Kong.

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

“IMAN YANG MANTAP, UMMAH CEMERLANG” - pakdin.my

khutbah140214-1

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakankhutbahbertajuk: “IMAN YANG MANTAP, UMMAH CEMERLANG.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Salah satu permasalahan yang paling penting untuk disedari oleh umat Islam ketika ini ialah tentang ghazwul fikri yakni penjajahan pemikiran yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia. Ghazwul fikri atau teori pengaruh ini telah menyebabkan sebahagian dari umat Islam ini terjebak dengan budaya kebebasan melampau sehingga tergelincir dari sempadan ajaran Agama Islam yang sebenar. Persoalan besar timbul mengenai isu ini ialah apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi?. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin berkongsi pendangan antaranya, pertama: Akibat jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, di mana terdapat segelintir umat Islam yang meninggalkannya. Kedua: Tidak dapat menilai pertembungan antara yang hak dan batil iaitu keimanan dan kekufuran, ketiga: Tafriqah iaitu terjadinya perpecahan di kalangan umat itu sendiri dan yang keempat: Taklidiah iaitu mengikut tanpa berpegang kepada prinsip yang sebenar.

Akibatnya terdapat manusia tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Bagi mereka yang tidak mendapat nur hidayah petunjuk, mereka menganggap kebenaran itu bagaikan ranjau-ranjau yang berduri, sebaliknya mereka merasakan bahawa kesesatan atau kekeliruan bagaikan taman indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni. Mereka telah dikelabui pemandangannya dan dipengaruhi oleh musuh durjana iaitu Syaitan laknatullah. Ingatlah bahawa dalam sejarah kewujudan dunia, didapati syaitan atau Iblis merupakan makhluk pertama yang berada dalam kesesatan dan kemungkaran serta berazam akan menyesatkan seluruh umat manusia di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:

khutbah140214-2

Maksudnya: “syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Untuk menjadi ummah yang cemerlang, maka umat Islam perlu bijak memanfaatkan akal fikiran, jangan terjebak dengan hasutan iblis dan syaitan. Harus diingat bahawa umat Islam yang bijak sentiasa memanfaatkan akal fikiran sebagai pemangkin kepada modal insan cemerlang bagi menjana ummah gemilang. Modal insan yang cemerlang hanya dapat dilahirkan jika anugerah Allah SWT yang paling bernilai iaitu ‘akal’ dimanfaatkan dengan baik. Amalan memelihara akal dapat dilakukan dengan penghayatan ilmu yang terkandung dalam al-Quran di samping mempraktikkan Sunnah Rasulullah SAW. Sebagai contoh, jika umat Islam mempunyai tanah yang luas, namun tanpa menggunakan akal, ia tidak akan dapat dimakmurkan sebagai sumber rezeki, bahkan dengan akal yang bijak juga, lautan yang luas boleh menjadi wadah pencetus sumber rezeki kepada nelayan.

Justeru, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, agar menghindar sifat-sifat keji dan hina seperti malas bekerja. Saling melemparkan fitnah, mengadu domba, banyak berangan-angan, terlibat dengan aneka ragam kemaksiatan dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat dan meragukan serta terikut-ikut dengan budaya Barat yang merayakan hari-hari tertentu sebagaimana pada hari yang mulia ini lagi barakah ini, kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpama ‘Valentine’s Day’, yang dirayakan oleh pasangan kekasih. Majlis sosial seumpama ini dilihat sebagai satu langkah permulaan ke arah peningkatan gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, menggugurkan kandungan dan membuang bayi dan lain-lain gejala negatif yang boleh mengundang kepada bala bencana dan keruntuhan akhlak muda mudi. Justeru, kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita memandang ke hadapan dengan berfikiran yang lebih positif untuk membentuk jati diri sebagai umat Islam yang boleh dicontohi oleh seluruh umat manusia sejagat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong daripada cara hidup yang sebenar. Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Janganlah kita mencontohi tingkah laku umat jahiliyah terdahulu yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan di hati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:

khutbah140214-3

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya).

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Kuantiti yang banyak dihasilkan dengan norma-norma kebaikan yang berkualiti dilaksanakan oleh seseorang, maka dengan itu tinggilah pula darjah keimanan yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat kesan dari melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar menjauhkan diri dari semua perkara-perkara yang membawa kerosakan dan kelalaian. Jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Hadirkanlah rasa benci dan jijik kepada aktiviti-aktiviti yang menyalahi akidah, syarak dan tamadun manusia. Hindarilah dari perbuatan-perbuatan yang ditegah seperti upacara percampuran bebas lelaki dan perempuan, minum minuman yang memabukkan, mengadakan acara sosial yang melampau yang mana semuanya akan menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenarnya. Keadaan ini memperlihatkan umat Islam semakin lemah dan tiada jati diri Islam. Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan? Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa. Justeru, wahai ibu bapa dan muda mudi sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri untuk meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan amalan membudayakan budi pekerti yang luhur dan suci agar kelak keharmonian dan kedamaian yang dicari akan sama-sama kita kecapi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memantapkan iman kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah-langkah seperti berikut: Pertama: Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dan dibimbing dengan ajaran Islam yang sebenar; kedua: umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik, ketiga: menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Keempat: menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan kelima: meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam serta mendedahkan kepada kerosakan. Marilah sama-sama kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran, senantiasa memerhati gerak geri anak-anak muda mudi kita sama ada dari segi tingkah lakunya dan pergaulan hariannya, dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan sebagainya. Jadikanlah kehidupan kita sebagai satu ibadah yang sentiasa dirahmati Allah SWT.

Seperkara yang tidak dilupakan juga, adalah peranan yang dimainkan oleh institusi agama Islam dalam memperkasa umat Islam di negara ini seperti membebaskan dari belenggu kemiskinan, kejahilan serta mendekatkan kepada Islam telah berjaya menangani isu-isu sosial maka mimbar hari ini mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan 40 tahun penubuhan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN, menyeru sidang Jumaat dan seluruh umat Islam sekalian untuk sama-sama kita memperkasa institusi Islam dengan menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh MAIWP demi agama, bangsa dan negara. Percayalah bahawa MAIWP merupakan lambang keutuhan institusi Islam di negara kita yang akan terus memartabatkan kedaulatan Islam. Kita berdoa supaya MAIWP akan terus maju ke hadapan bagi menjamin survival umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ruum, ayat 21:

khutbah140214-4

Maksudnya:“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu(suami isteri) perasan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir.

khutbah140214-5

JabatanKemajuanIslam Malaysia

(14 Februari 2014 / 14 Rabiulakhir 1435H)

Berita berkaitan