Mungkinkah Kesultanan Melaka Kembali? - pakdin.my

Noor Jan Shah tian chua

Pemerintahan Kesultanan Melaka telah berakhir kira-kira lima dekad yang lepas, namun negeri bersejarah itu sering menjadi idaman beberapa pihak yang mendakwa pewaris takhta dan berminat untuk ‘menghidupkan’ semula kesultanan itu.

Antaranya yang terbaharu ialah ahli perniagaan Noor Jan Tuah yang sejak beberapa tahun lepas ada mengemukakan tuntutan sebagai sultan Melaka namun tuntutan beliau tidak pernah dilayan.

Cubaan terbaharunya dengan mengemukakan ‘surat pengiktirafan’ Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tetapi surat itu terbukti palsu yang membawa kepada penangkapan beliau pada awal bulan ini.

Di samping itu, muncul pula individu lain yang mendakwa mempunyai kuasa magis untuk mengembalikan institusi kesultanan Melaka termasuk boleh menurunkan bencana kepada negeri itu jika permintaannya tidak ditunaikan.

Menggunakan nama Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret, warga Indonesia itu mendakwa suaminya adalah pewaris sebenar kesultanan itu.

Meskipun begitu, kes Noor Jan lebih popular berikutan kisahnya turut dilaporkan dalam media massa di samping laman-laman sosial.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil selepas ini akan ada lagi pihak yang akan mencuba nasib merebut ‘takhta’ kesultanan yang berkubur pada tahun 1511 Masehi apabila Portugis menawan Melaka dan sultannya yang terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Johor.

Situasi ini telah meresahkan rakyat Melaka walaupun ramai yang tidak percaya dengan tuntutan itu namun ada juga yang tidak menolaknya di samping sebahagian yang bersikap tidak ambil peduli.

DAKWAAN TIDAK MUNASABAH

Bolehkah seseorang menganggap Noor Jan, yang menamakan dirinya sebagai Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah sebagai seorang opotunis yang mendambakan kehidupan penuh kemewahan yang dikaitkan dengan kerabat diraja?

Apatah lagi Melaka adalah sebuah negeri yang pesat membangun dan kukuh dari segi kewangannya, yang bermakna ‘sultan’nya (jika ada) juga akan menikmati limpahan kemewahan.

Meskipun Noor Jan tidak mempunyai perakuan sah untuk menuntut takhta kesultanan Melaka, namun yang jelas beliau mendapat komentar-komentar umum di laman sosial. Beliau mendakwa kononnya mempunyai kelengkapan “pakaian diraja” dan malahan mengadakan “majlis diraja” untuk panganugerahan gelaran kebesaran.

NOOR JAN AMBIL KESEMPATAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setelah penubuhan Negeri-Negeri Selat (oleh British pada 1826), tidak ada mana-mana pihak boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultanan di negeri-negeri tersebut.

Melaka adalah antara tiga negeri yang termasuk di bawah Negeri-Negeri Selat selain Pulau Pinang dan Singapura.

Polis mengambil tindakan menangkap Noor Jan bersandarkan kepada perundangan yang ada kepada kerajaan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Zahid turut mempersoalkan tindakan lelaki berusia 56 tahun itu yang dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka setelah negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri maju.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula kesal terhadap tindakan Noor Jan yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak tidak tertipu dengan dakwaan tidak berasas itu.

Idris berkata, kerajaan negeri Melaka menolak tuntutan ahli perniagaan itu kerana perbuatan itu jelas mencabar Perlembagaan Persekutuan, yang hanya mengiktiraf sembilan sultan yang sedia ada sekarang.

TINDAKAN HINA INSTITUSI RAJA

Pengkaji sejarah kesultanan Melayu, Raja Yusuf Izzudin Raja Datuk Pahlawan Lope Ahmad berkata, sikap Noor Jan yang melampau dan tidak pernah serik mengeluarkan pernyataan palsu tentang statusnya sebagai sultan Melaka sepatutnya sudah lama diambil tindakan.

Menurutnya, cubaan membuktikan tuntutan beliau melalui salasilah kesultanan Perak yang dimanipulasi serta mendakwa dirinya ada kesaktian tertentu sehingga dapat mencari alat-alat kebesaran Melaka adalah satu tindakan keterlaluan.

“Tindakan ini sebenarnya menghina institusi raja di negara ini. Bukan kita tidak tahu beliau pernah cuba merempuh masuk majlis anjuran Istana Negara dengan pengikut-pengikutnya (tidak lama dahulu),” katanya yang juga pengasas blog sejarah kesultanan Melayu Perak iaitu ‘SembangKuala.’

Berbekalkan ‘fakta’ yang dikemukakannya, Noor Jan telah beberapa kali mendesak kerajaan pusat dan negeri serta mengugut Majlis Raja-raja untuk mengiktiraf dirinya sebagai pemerintah Melaka yang sah.

“Semua dakwaannya atas dasar ‘syok sendiri’ sahaja termasuklah dakwaan mendapat mandat ICJ yang merupakan satu penipuan besar,” tegas Raja Yusuf.

Beliau kemudiannya menjelaskan, sejak kali pertama beliau mendapat tahu tentang mandat ICJ yang didakwa Noor Jan, beliau telah membuat semakan di laman sesawang rasmi mahkamah keadilan antarabangsa itu.

Hanya ada dua kes yang diadili di ICJ membabitkan Malaysia iaitu kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan serta kes pertindihan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh.

“Kita juga jangan lupa bahawa selain tuntutan beliau (Noor Jan) ke atas Melaka, beliau turut mengelarkan diri sebagai Sultan Perak yang ke-35 sedangkan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah masih bertakhta di Perak,” katanya.

FAKTA YANG TIDAK BERASAS

“Semua bukti yang dikemukakan bukan sahaja tidak berasas, bahkan membuktikan bahawa Noor Jan sendiri tidak faham tentang kesultanan Perak dan Melaka itu sendiri,” kata Raja Yusuf.

Tambahnya, isu menghidupkan kembali kesultanan Melaka tidak pernah menjadi agenda oleh mana-mana sultan Perak, walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

“Hang (kamu – merujuk kepada Noor Jan) orang Perak, nak tuntut Melaka, sedangkan sultan-sultan sebelum ini tidak pun berbuat begitu.

“Ambil contoh, Sultan Sir Alang Iskandar (nama rasmi baginda ialah Sultan Iskandar Shah – Sultan Perak ke-30) yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan British hingga berjaya mendapatkan semula jajahan Dindings pada 1937 juga tidak berbuat begitu.

Sedangkan Dindings boleh dapat semula setelah hampir 10 tahun mengemukakan rayuan kepada British apatah lagi Melaka. Hakikatnya Melaka hanyalah sebuah kenangan yang perlu dijadikan sempadan,” katanya.

TAMING SARI BUKAN ALAT KEBESARAN SULTAN MELAKA

Noor Jan juga mendakwa memiliki keris Taming Sari, yang dikatakan sebagai alat kebesaran Kesultanan Melaka namun seorang peminat sejarah kesultanan Melayu, Muhamad Adha Abdul Jalil menangkis dakwaan itu dan berkata bahawa keris itu bukan alat kebesaran tetapi senjata Laksamana Melaka, Hang Tuah.

Beliau, yang juga lebih dikenali sebagai Ku Alam berkata, dakwaan alat kebesaran itu telah dikeluarkan daripada perut bumi menggunakan proses mistik selama tiga tahun setengahnya oleh Noor Jan sebenarnya bukan alat kebesaran kesultanan Melaka.

Antara alatan yang dikatakan dimiliki Noor Jan setelah diambil dari alam ghaib termasuk cop mohor, keris, anak keris, pending, kalung dan mahkota yang dikatakan milik sultan-sultan Melaka terdahulu.

Melalui blog Ku Alam iaitu ‘Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu,’ beliau menjelaskan bahawa sebagai sebuah kesultanan yang berasal daripada Teras Kesultanan Melaka, sebahagian aturan adat kesultanan Perak menyamai istiadat kesultanan Melaka.

Satu daripada alat kebesaran kesultanan Perak yang paling utama dalam upacara pertabalan sultan ialah nobat dan pewaris takhta Perak harus mewarisi nobat daripada waris yang terdahulunya.

“Mewarisi nobat bukanlah hanya pada alatannya, tetapi mesti juga bersama para pemainnya yang terpilih sejak turun temurun iaitu ‘Orang Kalur’ yang mana ketuanya bergelar ‘Toh Setia Guna’ serta pembantunya bergelar ‘Toh Setia Indera’.

Selain nobat, alat kebesaran yang cukup penting dalam istiadat mengangkat sultan ialah pedang Chura Si Manjakini atau Curi’ Sa-Menta Dakini, sejenis pedang perang.

Tanpa kedua elemen kebesaran (Nobat dan pedang) itu, sultan tidak boleh diangkat, kata Ku Alam.

Kesimpulannya tiada siapa yang boleh mendabik dada mengangkat diri sebagai sultan selagi tidak mempunyai alat-alat kebesaran itu.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Mungkinkah Kesultanan Melaka Kembali? - pakdin.my

Noor Jan Shah tian chua

Pemerintahan Kesultanan Melaka telah berakhir kira-kira lima dekad yang lepas, namun negeri bersejarah itu sering menjadi idaman beberapa pihak yang mendakwa pewaris takhta dan berminat untuk ‘menghidupkan’ semula kesultanan itu.

Antaranya yang terbaharu ialah ahli perniagaan Noor Jan Tuah yang sejak beberapa tahun lepas ada mengemukakan tuntutan sebagai sultan Melaka namun tuntutan beliau tidak pernah dilayan.

Cubaan terbaharunya dengan mengemukakan ‘surat pengiktirafan’ Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tetapi surat itu terbukti palsu yang membawa kepada penangkapan beliau pada awal bulan ini.

Di samping itu, muncul pula individu lain yang mendakwa mempunyai kuasa magis untuk mengembalikan institusi kesultanan Melaka termasuk boleh menurunkan bencana kepada negeri itu jika permintaannya tidak ditunaikan.

Menggunakan nama Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret, warga Indonesia itu mendakwa suaminya adalah pewaris sebenar kesultanan itu.

Meskipun begitu, kes Noor Jan lebih popular berikutan kisahnya turut dilaporkan dalam media massa di samping laman-laman sosial.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil selepas ini akan ada lagi pihak yang akan mencuba nasib merebut ‘takhta’ kesultanan yang berkubur pada tahun 1511 Masehi apabila Portugis menawan Melaka dan sultannya yang terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Johor.

Situasi ini telah meresahkan rakyat Melaka walaupun ramai yang tidak percaya dengan tuntutan itu namun ada juga yang tidak menolaknya di samping sebahagian yang bersikap tidak ambil peduli.

DAKWAAN TIDAK MUNASABAH

Bolehkah seseorang menganggap Noor Jan, yang menamakan dirinya sebagai Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah sebagai seorang opotunis yang mendambakan kehidupan penuh kemewahan yang dikaitkan dengan kerabat diraja?

Apatah lagi Melaka adalah sebuah negeri yang pesat membangun dan kukuh dari segi kewangannya, yang bermakna ‘sultan’nya (jika ada) juga akan menikmati limpahan kemewahan.

Meskipun Noor Jan tidak mempunyai perakuan sah untuk menuntut takhta kesultanan Melaka, namun yang jelas beliau mendapat komentar-komentar umum di laman sosial. Beliau mendakwa kononnya mempunyai kelengkapan “pakaian diraja” dan malahan mengadakan “majlis diraja” untuk panganugerahan gelaran kebesaran.

NOOR JAN AMBIL KESEMPATAN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setelah penubuhan Negeri-Negeri Selat (oleh British pada 1826), tidak ada mana-mana pihak boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultanan di negeri-negeri tersebut.

Melaka adalah antara tiga negeri yang termasuk di bawah Negeri-Negeri Selat selain Pulau Pinang dan Singapura.

Polis mengambil tindakan menangkap Noor Jan bersandarkan kepada perundangan yang ada kepada kerajaan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Zahid turut mempersoalkan tindakan lelaki berusia 56 tahun itu yang dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka setelah negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri maju.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula kesal terhadap tindakan Noor Jan yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak tidak tertipu dengan dakwaan tidak berasas itu.

Idris berkata, kerajaan negeri Melaka menolak tuntutan ahli perniagaan itu kerana perbuatan itu jelas mencabar Perlembagaan Persekutuan, yang hanya mengiktiraf sembilan sultan yang sedia ada sekarang.

TINDAKAN HINA INSTITUSI RAJA

Pengkaji sejarah kesultanan Melayu, Raja Yusuf Izzudin Raja Datuk Pahlawan Lope Ahmad berkata, sikap Noor Jan yang melampau dan tidak pernah serik mengeluarkan pernyataan palsu tentang statusnya sebagai sultan Melaka sepatutnya sudah lama diambil tindakan.

Menurutnya, cubaan membuktikan tuntutan beliau melalui salasilah kesultanan Perak yang dimanipulasi serta mendakwa dirinya ada kesaktian tertentu sehingga dapat mencari alat-alat kebesaran Melaka adalah satu tindakan keterlaluan.

“Tindakan ini sebenarnya menghina institusi raja di negara ini. Bukan kita tidak tahu beliau pernah cuba merempuh masuk majlis anjuran Istana Negara dengan pengikut-pengikutnya (tidak lama dahulu),” katanya yang juga pengasas blog sejarah kesultanan Melayu Perak iaitu ‘SembangKuala.’

Berbekalkan ‘fakta’ yang dikemukakannya, Noor Jan telah beberapa kali mendesak kerajaan pusat dan negeri serta mengugut Majlis Raja-raja untuk mengiktiraf dirinya sebagai pemerintah Melaka yang sah.

“Semua dakwaannya atas dasar ‘syok sendiri’ sahaja termasuklah dakwaan mendapat mandat ICJ yang merupakan satu penipuan besar,” tegas Raja Yusuf.

Beliau kemudiannya menjelaskan, sejak kali pertama beliau mendapat tahu tentang mandat ICJ yang didakwa Noor Jan, beliau telah membuat semakan di laman sesawang rasmi mahkamah keadilan antarabangsa itu.

Hanya ada dua kes yang diadili di ICJ membabitkan Malaysia iaitu kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan serta kes pertindihan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh.

“Kita juga jangan lupa bahawa selain tuntutan beliau (Noor Jan) ke atas Melaka, beliau turut mengelarkan diri sebagai Sultan Perak yang ke-35 sedangkan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah masih bertakhta di Perak,” katanya.

FAKTA YANG TIDAK BERASAS

“Semua bukti yang dikemukakan bukan sahaja tidak berasas, bahkan membuktikan bahawa Noor Jan sendiri tidak faham tentang kesultanan Perak dan Melaka itu sendiri,” kata Raja Yusuf.

Tambahnya, isu menghidupkan kembali kesultanan Melaka tidak pernah menjadi agenda oleh mana-mana sultan Perak, walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

“Hang (kamu – merujuk kepada Noor Jan) orang Perak, nak tuntut Melaka, sedangkan sultan-sultan sebelum ini tidak pun berbuat begitu.

“Ambil contoh, Sultan Sir Alang Iskandar (nama rasmi baginda ialah Sultan Iskandar Shah – Sultan Perak ke-30) yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan British hingga berjaya mendapatkan semula jajahan Dindings pada 1937 juga tidak berbuat begitu.

Sedangkan Dindings boleh dapat semula setelah hampir 10 tahun mengemukakan rayuan kepada British apatah lagi Melaka. Hakikatnya Melaka hanyalah sebuah kenangan yang perlu dijadikan sempadan,” katanya.

TAMING SARI BUKAN ALAT KEBESARAN SULTAN MELAKA

Noor Jan juga mendakwa memiliki keris Taming Sari, yang dikatakan sebagai alat kebesaran Kesultanan Melaka namun seorang peminat sejarah kesultanan Melayu, Muhamad Adha Abdul Jalil menangkis dakwaan itu dan berkata bahawa keris itu bukan alat kebesaran tetapi senjata Laksamana Melaka, Hang Tuah.

Beliau, yang juga lebih dikenali sebagai Ku Alam berkata, dakwaan alat kebesaran itu telah dikeluarkan daripada perut bumi menggunakan proses mistik selama tiga tahun setengahnya oleh Noor Jan sebenarnya bukan alat kebesaran kesultanan Melaka.

Antara alatan yang dikatakan dimiliki Noor Jan setelah diambil dari alam ghaib termasuk cop mohor, keris, anak keris, pending, kalung dan mahkota yang dikatakan milik sultan-sultan Melaka terdahulu.

Melalui blog Ku Alam iaitu ‘Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu,’ beliau menjelaskan bahawa sebagai sebuah kesultanan yang berasal daripada Teras Kesultanan Melaka, sebahagian aturan adat kesultanan Perak menyamai istiadat kesultanan Melaka.

Satu daripada alat kebesaran kesultanan Perak yang paling utama dalam upacara pertabalan sultan ialah nobat dan pewaris takhta Perak harus mewarisi nobat daripada waris yang terdahulunya.

“Mewarisi nobat bukanlah hanya pada alatannya, tetapi mesti juga bersama para pemainnya yang terpilih sejak turun temurun iaitu ‘Orang Kalur’ yang mana ketuanya bergelar ‘Toh Setia Guna’ serta pembantunya bergelar ‘Toh Setia Indera’.

Selain nobat, alat kebesaran yang cukup penting dalam istiadat mengangkat sultan ialah pedang Chura Si Manjakini atau Curi’ Sa-Menta Dakini, sejenis pedang perang.

Tanpa kedua elemen kebesaran (Nobat dan pedang) itu, sultan tidak boleh diangkat, kata Ku Alam.

Kesimpulannya tiada siapa yang boleh mendabik dada mengangkat diri sebagai sultan selagi tidak mempunyai alat-alat kebesaran itu.

Berita berkaitan