Susulan perbuatan khianat kitab suci Al-Quran ditemui bersepah dalam dua masjid di Besut, Terengganu.
Polis menahan seorang suspek yang disyaki melakukan perbuatan khianat itu semalam.
Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa, suspek berjaya ditahan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, CCTV di masjid berkenaan.
Suspek dipercayai kurang siuman itu kini direman empat hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Dalam kejadian berasingan di dua masjid itu, naskah Al-Quran dijumpai bersepah di ruang solat, di tangga dan juga tandas.
Ia disedari oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang meronda di kawasan masjid jam 2:30 pagi semalam.
