AL AIN: Malaysia menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Tahnoun Mohammed di sini sebentar tadi walaupun beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-10.
Bagaimanapun, Harimau Malaya gagal layak ke pusingan akhir kejohanan itu di Australia, Januari tahun depan.
Pemain pertahanan negara, Amirizdwan Taj Tajudin dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti pada minit kesembilan.
Amri Yahyah meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-15 sebelum Yaman menyamakan kedudukan pada minit ke-59.
Gol kemenangan Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-76 menerusi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani.