#MH370: Jangan Sia-siakan Peringatan dariNya - pakdin.my

MH370-turn-gs

Setiap yang berlaku di dunia ini ada sebab dan tujuannya. Semua ciptaan di dunia ini berkait antara satu sama lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya, bulan berkait dengan graviti sepertimana oksigen dan karbon dioksida berkait dengan tumbuhan dan manusia.

Allah SWT mencipta segala-galanya dengan bersistem, iaitu hukum sains dan matematik yang pasti. Pengaliran darah di dalam tubuh manusia serta peredaran planet di cakerawala semuanya tertakluk kepada kadar atau perkiraan yang tetap tanpa sedikit pun berganjak darinya. Sebarang anjakan, pastinya memberi kesan dan sebarang percubaan untuk menentang hukum ini, akan membawa bencana.

Umat Islam wajib yakin bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan ada rahmat di sebaliknya.

MH370 hilang pada ketika umat Islam di Malaysia keliru dan bercelaru pemikirannya. Dalam kecelaruan itu, ramai yang gagal melihat pengajaran darinya.

Umat yang bercelaru adalah lemah dan mudah dipengaruhi. Oleh itu, pada hari ini Umat Islam di Malaysia telah terbahagi kepada beberapa golongan.

Sebahagian besar umat Islam gemar meletakkan diri sebagai ‘lebih Islam dari orang lain’ hanya kerana dosanya tidak kelihatan di mata manusia. Oleh kerana dosa orang lain ternampak di matanya, maka dia tegar menuduh segala bencana berpunca dari dosa orang itu.

Sebahagian dari umat Islam pula, bersifat seratus peratus berbeza dengan kumpulan di atas. Mereka ini ingin menentang hukum alam, atas nama Hak Asasi Manusia. Kononnya, hukum Islam yang berdasarkan sains itu kolot dan ketinggalan zaman.

Kedua-dua jenis kumpulan umat Islam inilah yang menghuru-harakan Malaysia pada hari ini. Yang satunya perasan alim dan yang satunya bangga menjadi jahil.

Yang satunya sanggup berikrar untuk terus berpecah-belah kononnya atas alasan sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah salah, berdosa dan pembawa bencana. Yang satunya pula sanggup bekerjasama dengan pihak asing termasuk Kristian, untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Yang peliknya, kedua-dua pihak yang bertentangan fahaman ini, mampu mencari satu titik pertemuan melalui Pakatan Rakyat.

Kesederhanaan dan kerendahan hati yang dituntut Islam menjadi sesuatu yang asing bagi mereka ini. Politik menjadi makanan minda dan rohani hampir setiap hari. Kebencian menjadi sifat wajib sehingga jiwa menjadi buta tuli.

Ketika umat Islam di Malaysia leka berpolitik sehingga mendustakan segala nikmat Allah SWT, maka Allah SWT turunkan peringatan agar kembali mengenang kesejahteraan yang dikecapi sebelum ini, kembali merendah diri serta mengakui kesilapan. Lalu, MH370 telah hilang dengan begitu misteri sehingga membingungkan semua pakar-pakar di dunia.

Namun, adakah umat Islam di Malaysia akur dan insaf akan kuasa Allah SWT? Apakah masing-masing mula melihat ke dalam diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri?

Tidak.

Sebaliknya, perkara pertama yang didengar ialah, persoalan mengenai ‘kehidupan sosial warga penerbangan’seolah-olah ingin mengaitkan dosa-dosa mereka dengan bencana yang berlaku. Kemudiannya, dikaitkan pula dengan dosa-dosa kerajaan yang memerintah dan dosa semua umat Islam lain – kecuali dirinya sendiri. Yakin sekali bencana tidak berpunca dari dirinya hanya kerana dosanya tidak ternampak di mata manusia.

Beberapa pihak cuba membela warga penerbangan tetapi dicemuh sebagai anjing kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, dituduh pula kerajaan sebagai bertanggungjawab dalam kehilangan MH370 kerana takut dengan idola peliwat mereka.

Malang bagi mereka apabila media asing tiba-tiba membongkar bahawa juruterbang pesawat tersebut merupakan fanatik kepada idola mereka. Si juruterbang sanggup menghadiri perbicaraannya serta dikatakan amat terkesan dengan keputusan rayuan kes tersebut. Gambar-gambar beliau dengan t-shirt ‘Democracy Is Dead’ menjadi bukti tidak sahih bagi media asing untuk menimbulkan persoalan.

Pendedahan ini sepatutnya membuatkan kita semua semakin insaf dan akur dengan segala kemungkinan tetapi malangnya ia tidak berlaku. Pantas emosi politik mengambil alih dan menuduh semuanya direkacipta kerana takut dengan idola peliwat mereka.

Maka, mereka pun menyahut seruan media asing agar memburukkan negara sendiri, demi membela sang idola. Habis Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bertungkus lumus mencari pesawat tersebut dicemuh dan dihina. Sedikit pun tidak ada kata-kata penghargaan jauh sekali pujian. Takut benar yang idola mereka dikaitkan dengan misteri ini.

Hujah mereka, tidak mungkin seorang yang bijak mampu menjadi fanatik kepada sesiapa jua sehingga sanggup membunuh diri.

Hakikatnya tiada siapa yang menuduh sesiapa. Apa yang berlaku hanyalah pendedahan maklumat setakat yang diketahui oleh pihak penyiasat. Justeru, seharusnya, kita semua mengambil sikap terbuka, tidak ‘defensive’ dan tidak pula agresif. Keterbukaan adalah langkah pertama ke arah redha serta selangkah lebih jauh dari riak iaitu merasakan diri sendiri lebih bijak dan mengetahui.

Sebenarnya, sikap fanatik, taksub atau ekstrem bukanlah asing bagi rakyat Malaysia.

Contoh paling mudah ialah PRK Kajang di mana ramai yang sanggup memilih seorang boneka dan tidak mampu bekerja, berbanding seorang yang jelas berintegriti dan berkredibiliti. Semuanya kerana taksub dengan parti,ekstrem dalam berpolitik dan fanatik dengan Anwar Ibrahim. Hatta, jika dicalonkan lembu untuk parti pembangkang dan seorang bijaksana di parti kerajaan, maka lembu tersebut tetap akan menang.

Jelas, rakyat Malaysia sudah sampai di tahap di mana ‘fakta’ dan ‘angka’ tidak lagi membawa makna apa-apa serta bertindak atas dasar emosi semata-mata.

Jika tidak, takkanlah ada yang percaya bahawa kerajaan sengaja menghilangkan MH370 sedangkan yang menanggung kerugian dan tekanannya adalah kerajaan juga. Yang untung dan yang sedang meraih keuntungan politik dari episod ini adalah Pakatan Rakyat sahaja.

Di kala kerajaan bertungkus lumus menahan segala maki cerca dari dalam dan luar negara, pembangkang bergembira membuat berbagai cerita rekaan untuk kepentingan politik mereka.

Namun, penyokong mereka masih buta. Jika ini bukan ‘fanatik’, maka apakah ia?

Sewajarnya, rakyat Malaysia belajar dari apa yang berlaku dengan kembali kepada ketentuan Allah SWT. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, merendah diri dan mengambil sikap terbuka serta redha. Tiada siapa yang menuduh sesiapa dan tiada siapa yang berhak

menghukum dosa pahala sesiapa. Kalaupun bencana berlaku kerana dosa seseorang, maka orang itu kemungkinan besarnya adalah diri kita sendiri, bukan orang lain.

Jika kita mampu memperbaiki diri dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa, maka sekurang-kurangnya, pemergian MH370 tidaklah sia-sia.

Semoga roh mereka tenang di sana…

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

#MH370: Jangan Sia-siakan Peringatan dariNya - pakdin.my

MH370-turn-gs

Setiap yang berlaku di dunia ini ada sebab dan tujuannya. Semua ciptaan di dunia ini berkait antara satu sama lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya, bulan berkait dengan graviti sepertimana oksigen dan karbon dioksida berkait dengan tumbuhan dan manusia.

Allah SWT mencipta segala-galanya dengan bersistem, iaitu hukum sains dan matematik yang pasti. Pengaliran darah di dalam tubuh manusia serta peredaran planet di cakerawala semuanya tertakluk kepada kadar atau perkiraan yang tetap tanpa sedikit pun berganjak darinya. Sebarang anjakan, pastinya memberi kesan dan sebarang percubaan untuk menentang hukum ini, akan membawa bencana.

Umat Islam wajib yakin bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan ada rahmat di sebaliknya.

MH370 hilang pada ketika umat Islam di Malaysia keliru dan bercelaru pemikirannya. Dalam kecelaruan itu, ramai yang gagal melihat pengajaran darinya.

Umat yang bercelaru adalah lemah dan mudah dipengaruhi. Oleh itu, pada hari ini Umat Islam di Malaysia telah terbahagi kepada beberapa golongan.

Sebahagian besar umat Islam gemar meletakkan diri sebagai ‘lebih Islam dari orang lain’ hanya kerana dosanya tidak kelihatan di mata manusia. Oleh kerana dosa orang lain ternampak di matanya, maka dia tegar menuduh segala bencana berpunca dari dosa orang itu.

Sebahagian dari umat Islam pula, bersifat seratus peratus berbeza dengan kumpulan di atas. Mereka ini ingin menentang hukum alam, atas nama Hak Asasi Manusia. Kononnya, hukum Islam yang berdasarkan sains itu kolot dan ketinggalan zaman.

Kedua-dua jenis kumpulan umat Islam inilah yang menghuru-harakan Malaysia pada hari ini. Yang satunya perasan alim dan yang satunya bangga menjadi jahil.

Yang satunya sanggup berikrar untuk terus berpecah-belah kononnya atas alasan sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah salah, berdosa dan pembawa bencana. Yang satunya pula sanggup bekerjasama dengan pihak asing termasuk Kristian, untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Yang peliknya, kedua-dua pihak yang bertentangan fahaman ini, mampu mencari satu titik pertemuan melalui Pakatan Rakyat.

Kesederhanaan dan kerendahan hati yang dituntut Islam menjadi sesuatu yang asing bagi mereka ini. Politik menjadi makanan minda dan rohani hampir setiap hari. Kebencian menjadi sifat wajib sehingga jiwa menjadi buta tuli.

Ketika umat Islam di Malaysia leka berpolitik sehingga mendustakan segala nikmat Allah SWT, maka Allah SWT turunkan peringatan agar kembali mengenang kesejahteraan yang dikecapi sebelum ini, kembali merendah diri serta mengakui kesilapan. Lalu, MH370 telah hilang dengan begitu misteri sehingga membingungkan semua pakar-pakar di dunia.

Namun, adakah umat Islam di Malaysia akur dan insaf akan kuasa Allah SWT? Apakah masing-masing mula melihat ke dalam diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri?

Tidak.

Sebaliknya, perkara pertama yang didengar ialah, persoalan mengenai ‘kehidupan sosial warga penerbangan’seolah-olah ingin mengaitkan dosa-dosa mereka dengan bencana yang berlaku. Kemudiannya, dikaitkan pula dengan dosa-dosa kerajaan yang memerintah dan dosa semua umat Islam lain – kecuali dirinya sendiri. Yakin sekali bencana tidak berpunca dari dirinya hanya kerana dosanya tidak ternampak di mata manusia.

Beberapa pihak cuba membela warga penerbangan tetapi dicemuh sebagai anjing kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, dituduh pula kerajaan sebagai bertanggungjawab dalam kehilangan MH370 kerana takut dengan idola peliwat mereka.

Malang bagi mereka apabila media asing tiba-tiba membongkar bahawa juruterbang pesawat tersebut merupakan fanatik kepada idola mereka. Si juruterbang sanggup menghadiri perbicaraannya serta dikatakan amat terkesan dengan keputusan rayuan kes tersebut. Gambar-gambar beliau dengan t-shirt ‘Democracy Is Dead’ menjadi bukti tidak sahih bagi media asing untuk menimbulkan persoalan.

Pendedahan ini sepatutnya membuatkan kita semua semakin insaf dan akur dengan segala kemungkinan tetapi malangnya ia tidak berlaku. Pantas emosi politik mengambil alih dan menuduh semuanya direkacipta kerana takut dengan idola peliwat mereka.

Maka, mereka pun menyahut seruan media asing agar memburukkan negara sendiri, demi membela sang idola. Habis Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bertungkus lumus mencari pesawat tersebut dicemuh dan dihina. Sedikit pun tidak ada kata-kata penghargaan jauh sekali pujian. Takut benar yang idola mereka dikaitkan dengan misteri ini.

Hujah mereka, tidak mungkin seorang yang bijak mampu menjadi fanatik kepada sesiapa jua sehingga sanggup membunuh diri.

Hakikatnya tiada siapa yang menuduh sesiapa. Apa yang berlaku hanyalah pendedahan maklumat setakat yang diketahui oleh pihak penyiasat. Justeru, seharusnya, kita semua mengambil sikap terbuka, tidak ‘defensive’ dan tidak pula agresif. Keterbukaan adalah langkah pertama ke arah redha serta selangkah lebih jauh dari riak iaitu merasakan diri sendiri lebih bijak dan mengetahui.

Sebenarnya, sikap fanatik, taksub atau ekstrem bukanlah asing bagi rakyat Malaysia.

Contoh paling mudah ialah PRK Kajang di mana ramai yang sanggup memilih seorang boneka dan tidak mampu bekerja, berbanding seorang yang jelas berintegriti dan berkredibiliti. Semuanya kerana taksub dengan parti,ekstrem dalam berpolitik dan fanatik dengan Anwar Ibrahim. Hatta, jika dicalonkan lembu untuk parti pembangkang dan seorang bijaksana di parti kerajaan, maka lembu tersebut tetap akan menang.

Jelas, rakyat Malaysia sudah sampai di tahap di mana ‘fakta’ dan ‘angka’ tidak lagi membawa makna apa-apa serta bertindak atas dasar emosi semata-mata.

Jika tidak, takkanlah ada yang percaya bahawa kerajaan sengaja menghilangkan MH370 sedangkan yang menanggung kerugian dan tekanannya adalah kerajaan juga. Yang untung dan yang sedang meraih keuntungan politik dari episod ini adalah Pakatan Rakyat sahaja.

Di kala kerajaan bertungkus lumus menahan segala maki cerca dari dalam dan luar negara, pembangkang bergembira membuat berbagai cerita rekaan untuk kepentingan politik mereka.

Namun, penyokong mereka masih buta. Jika ini bukan ‘fanatik’, maka apakah ia?

Sewajarnya, rakyat Malaysia belajar dari apa yang berlaku dengan kembali kepada ketentuan Allah SWT. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, merendah diri dan mengambil sikap terbuka serta redha. Tiada siapa yang menuduh sesiapa dan tiada siapa yang berhak

menghukum dosa pahala sesiapa. Kalaupun bencana berlaku kerana dosa seseorang, maka orang itu kemungkinan besarnya adalah diri kita sendiri, bukan orang lain.

Jika kita mampu memperbaiki diri dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa, maka sekurang-kurangnya, pemergian MH370 tidaklah sia-sia.

Semoga roh mereka tenang di sana…

Berita berkaitan