Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda utara Lautan Hindi pada 12 tengah hari Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 809km ke barat daya Great Nicobar, India dan 1,453km ke barat daya Langkawi, Kedah.
Kejadian itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami.