Laporan Awal MH370 - pakdin.my

MH370-pesawat-gs

Berikut laporan awal oleh Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan di sini hari ini.

LAPORAN AWAL MH370 (SIRI 03/2014)

Jenis Pesawat & Pendaftaran: Boeing 777-2H6ER, 9M-MRO

Tahun Pengeluaran: 29 Mei 2002

Negara Pendaftaran: Malaysia

No & Jenis Engin: 2 Rolls Royce RB211 Trent 892B17

Lokasi: Tidak Diketahui (Kali terakhir ‘return’ oleh Radar Pemantauan Sekunder (SSR), Waypoint IGARI)

Tarikh & Masa (Masa Tempatan) 8 Mac 2014 & Tidak Diketahui (kali terakhir ‘return’ SSR pada jam 01:21:13)

Operator: Malaysian Airlines (MAS)

Nama Penerbangan: MH 370

Jenis Penerbangan: Berjadual (Pengangkutan Udara Komersial), IFR

Orang Dalam Pesawat: 227 penumpang + 12 anak kapal

Penyiasatan Pada jam 01:38 Waktu Malaysia* (MYT) pada 8 Mac 2014 (Sabtu), Boeing 777-2H6ER, pendaftaran 9M-MRO, dan nama penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dilaporkan hilang selepas melalui waypoint IGARI** semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dimaklumkan bahawa penerbangan MH370 telah hilang dan penyiasatan dilancarkan.

Menurut Lampiran 13 Kemalangan Pesawat dan Penyiasatan Kemalangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan Bahagian XII Penyiasatan Kemalangan, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996 dan bersama-sama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) USA, yang mewakili Negara Reka Bentuk dan Pengeluar pesawat itu, telah melantik Wakil Bertauliah untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam penyiasatan.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom, mewakili Negara Reka Bentuk dan Pengeluar bagi enjin, juga telah melantik Wakil Bertauliah.

Wakil Bertauliah NTSB dibantu oleh satu pasukan penasihat teknikal daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dan Boeing.

Wakil Bertauliah AAIB dibantu penasihat teknikal daripada Rolls-Royce dan Inmarsat iaitu operator Satelite yang telah berkomunikasi dengan pesawat itu semasa dalam penerbangan.

* Waktu Malaysia (MYT) adalah Masa Koordinasi Universal (UTC)+ 8 jam ** Waypoint Igari terletak di Latitud N6 darjah 56.87 minit dan Longitud E103 darjah 34.63 minit

Kerajaan Australia dan Kerajaan China juga telah melantik Wakil Bertauliah selaras dengan Lampiran 13 ICAO, Perenggan 5.23. Malaysian Airlines (MAS), selaku operator, memberikan kerjasama dalam penyiasatan, dan menyediakan kepakaran seperti diperlukan dan DCA Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangannya.

Sejarah penerbangan Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam jadual penerbangan ke Beijing, China. Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untuk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI.

MH 370 dipindahkan kepada LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52. Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untuk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06.

MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.

* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dengan 18,000 kaki.

Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pada frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dengan “selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong”.

Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bagi MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.

Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370.

Selepas itu KLATCC memulakan usaha dengan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan lokasi MH370.

Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dengan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.

Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.

Mencari dan Menyelamat (SAR)

Pusat Penyelarasan Menyelamat Kuala Lumpur (KL RCC) diaktifkan pada 05:30 LT selepas semua usaha untuk menghubungi dan mengesan lokasi pesawat gagal.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan di Laut China Selatan, tempat kedudukan terakhir pesawat itu diketahui.

Penelitian semula rakaman daripada radar primer tentera mendedahkan bahawa sebuah pesawat yang mungkin MH 370 telah berpatah balik menghala arah barat Semenanjung Malaysia. Kawasan pencarian kemudian diperluaskan ke Selat Melaka.

Selepas ACARS berhenti menyalurkan mesej daripada sistem komunikasi satelit automatik yang sebelumnya menyalurkan tujuh mesej yang telah mengesahkan bahawa sistem itu masih aktif dalam rangkaian.

Mesej terakhir diterima oleh stesen bumi satelit pada MYT 08:19. Dengan data radar primer, analisis data satelit dan data prestasi pesawat, Penyiasatan mengesahkan penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang sama ada di Koridor Utara atau Koridor Selatan.

Tranmisi terakhir berlaku apabila pesawat itu berada di titik 40 darjah dari satelit. Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, kawasan pencarian dialihkan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka ke Koridor Utara dan Koridor Selatan.

Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.

Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.

Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.

Operasi SAR masih diteruskan.

Cadangan keselamatan

Walaupun pesawat dilengkapi peralatan komunikasi yang perlu untuk memberikan maklumat tentang lokasinya, mesej terakhir ACARS direkodkan pada MYT 1:07:29 MYT, pengesanan terakhir radar sekunder pada MYT 1:21:13 dan komunikasi satelit terakhir pada MYT 08:19 pada 8 Mac.

Setelah lebih sebulan selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lokasinya masih tidak diketahui.

Meskipun pesawat pengangkutan udara komersial menghabiskan banyak masa beroperasi di kawasan terpencil, pada masa ini tidak disyaratkan bagi pengesanan pesawat berkenaan mengikut masa nyata.

Terdapat dua kejadian dalam tempoh lima tahun lepas apabila pesawat pengangkutan udara komersial bersaiz besar telah hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui secara tepat.

Ketidakpastian itu telah menimbulkan kesukaran untuk mengesan pesawat itu secara tepat pada masanya.

Oleh itu, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Malaysia telah mencadangkan langkah keselamatan berikut kepada ICAO:

Ia mencadangkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa meneliti faedah-faedah keselamatan dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

Nota

Maklumat terkandung dalam laporan awal ini adalah betul pada masa ia dikeluarkan dan bertujuan untuk memaklumkan kepada industri penerbangan dan orang awam tentang rentetan peristiwa itu secara amnya.

Pembaca diingatkan bahawa terdapat kemungkinan maklumat baharu akan diperolehi yang akan mengubah maklumat dalam Laporan Awal ini.

Laporan ini ditulis mengikut Manual Penyiasatan Kemalangan Pesawat dan Kemalangan Doc 9756 AN/965 ICAO

Pelaporan Bahagian IV.

Ketua Inspektor Kemalangan Udara

Kementerian Pengangkutan

Malaysia

9 April 2014

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Laporan Awal MH370 - pakdin.my

MH370-pesawat-gs

Berikut laporan awal oleh Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan di sini hari ini.

LAPORAN AWAL MH370 (SIRI 03/2014)

Jenis Pesawat & Pendaftaran: Boeing 777-2H6ER, 9M-MRO

Tahun Pengeluaran: 29 Mei 2002

Negara Pendaftaran: Malaysia

No & Jenis Engin: 2 Rolls Royce RB211 Trent 892B17

Lokasi: Tidak Diketahui (Kali terakhir ‘return’ oleh Radar Pemantauan Sekunder (SSR), Waypoint IGARI)

Tarikh & Masa (Masa Tempatan) 8 Mac 2014 & Tidak Diketahui (kali terakhir ‘return’ SSR pada jam 01:21:13)

Operator: Malaysian Airlines (MAS)

Nama Penerbangan: MH 370

Jenis Penerbangan: Berjadual (Pengangkutan Udara Komersial), IFR

Orang Dalam Pesawat: 227 penumpang + 12 anak kapal

Penyiasatan Pada jam 01:38 Waktu Malaysia* (MYT) pada 8 Mac 2014 (Sabtu), Boeing 777-2H6ER, pendaftaran 9M-MRO, dan nama penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dilaporkan hilang selepas melalui waypoint IGARI** semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dimaklumkan bahawa penerbangan MH370 telah hilang dan penyiasatan dilancarkan.

Menurut Lampiran 13 Kemalangan Pesawat dan Penyiasatan Kemalangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan Bahagian XII Penyiasatan Kemalangan, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996 dan bersama-sama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) USA, yang mewakili Negara Reka Bentuk dan Pengeluar pesawat itu, telah melantik Wakil Bertauliah untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam penyiasatan.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom, mewakili Negara Reka Bentuk dan Pengeluar bagi enjin, juga telah melantik Wakil Bertauliah.

Wakil Bertauliah NTSB dibantu oleh satu pasukan penasihat teknikal daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dan Boeing.

Wakil Bertauliah AAIB dibantu penasihat teknikal daripada Rolls-Royce dan Inmarsat iaitu operator Satelite yang telah berkomunikasi dengan pesawat itu semasa dalam penerbangan.

* Waktu Malaysia (MYT) adalah Masa Koordinasi Universal (UTC)+ 8 jam ** Waypoint Igari terletak di Latitud N6 darjah 56.87 minit dan Longitud E103 darjah 34.63 minit

Kerajaan Australia dan Kerajaan China juga telah melantik Wakil Bertauliah selaras dengan Lampiran 13 ICAO, Perenggan 5.23. Malaysian Airlines (MAS), selaku operator, memberikan kerjasama dalam penyiasatan, dan menyediakan kepakaran seperti diperlukan dan DCA Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangannya.

Sejarah penerbangan Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam jadual penerbangan ke Beijing, China. Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untuk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI.

MH 370 dipindahkan kepada LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52. Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untuk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06.

MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.

* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dengan 18,000 kaki.

Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pada frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dengan “selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong”.

Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bagi MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.

Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370.

Selepas itu KLATCC memulakan usaha dengan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan lokasi MH370.

Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dengan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.

Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.

Mencari dan Menyelamat (SAR)

Pusat Penyelarasan Menyelamat Kuala Lumpur (KL RCC) diaktifkan pada 05:30 LT selepas semua usaha untuk menghubungi dan mengesan lokasi pesawat gagal.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan di Laut China Selatan, tempat kedudukan terakhir pesawat itu diketahui.

Penelitian semula rakaman daripada radar primer tentera mendedahkan bahawa sebuah pesawat yang mungkin MH 370 telah berpatah balik menghala arah barat Semenanjung Malaysia. Kawasan pencarian kemudian diperluaskan ke Selat Melaka.

Selepas ACARS berhenti menyalurkan mesej daripada sistem komunikasi satelit automatik yang sebelumnya menyalurkan tujuh mesej yang telah mengesahkan bahawa sistem itu masih aktif dalam rangkaian.

Mesej terakhir diterima oleh stesen bumi satelit pada MYT 08:19. Dengan data radar primer, analisis data satelit dan data prestasi pesawat, Penyiasatan mengesahkan penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang sama ada di Koridor Utara atau Koridor Selatan.

Tranmisi terakhir berlaku apabila pesawat itu berada di titik 40 darjah dari satelit. Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, kawasan pencarian dialihkan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka ke Koridor Utara dan Koridor Selatan.

Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.

Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.

Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.

Operasi SAR masih diteruskan.

Cadangan keselamatan

Walaupun pesawat dilengkapi peralatan komunikasi yang perlu untuk memberikan maklumat tentang lokasinya, mesej terakhir ACARS direkodkan pada MYT 1:07:29 MYT, pengesanan terakhir radar sekunder pada MYT 1:21:13 dan komunikasi satelit terakhir pada MYT 08:19 pada 8 Mac.

Setelah lebih sebulan selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lokasinya masih tidak diketahui.

Meskipun pesawat pengangkutan udara komersial menghabiskan banyak masa beroperasi di kawasan terpencil, pada masa ini tidak disyaratkan bagi pengesanan pesawat berkenaan mengikut masa nyata.

Terdapat dua kejadian dalam tempoh lima tahun lepas apabila pesawat pengangkutan udara komersial bersaiz besar telah hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui secara tepat.

Ketidakpastian itu telah menimbulkan kesukaran untuk mengesan pesawat itu secara tepat pada masanya.

Oleh itu, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Malaysia telah mencadangkan langkah keselamatan berikut kepada ICAO:

Ia mencadangkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa meneliti faedah-faedah keselamatan dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

Nota

Maklumat terkandung dalam laporan awal ini adalah betul pada masa ia dikeluarkan dan bertujuan untuk memaklumkan kepada industri penerbangan dan orang awam tentang rentetan peristiwa itu secara amnya.

Pembaca diingatkan bahawa terdapat kemungkinan maklumat baharu akan diperolehi yang akan mengubah maklumat dalam Laporan Awal ini.

Laporan ini ditulis mengikut Manual Penyiasatan Kemalangan Pesawat dan Kemalangan Doc 9756 AN/965 ICAO

Pelaporan Bahagian IV.

Ketua Inspektor Kemalangan Udara

Kementerian Pengangkutan

Malaysia

9 April 2014

Berita berkaitan