Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat Terengganu bertenang dan bersabar dalam menghadapi kemelut politik di negeri itu.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional BN yakin akan mendapat jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Beliau berkata demikian menerusi laman Twitternya, siang tadi.
Salam.. Saya berharap rakyat Tganu dapat bertenang dan bersabar, insyaAllah kita akan dapat jalan yg terbaik utk selesaikan kemelut ini..
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 13, 2014