
Setiausaha Pemuda Hulu Selangor, Aedi Redzwan Suhaimi hari ini tidak mengaku salah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan a/l Panchanathan di Pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Kes didengar di hadapan hakim Zulhelmey Hassan di Mahkamah Rendah Kuala Kubu Bharu.
Beliau di tuduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 23hb September bagi sebutan kes dan mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.
Aedi Redzwan Suhaimi diwakili peguam, Dakrim bin Daud.