Jamil Mohd Yusof, Peniaga Di Ladang Kerling Tak Sangka Ucapan Deepavali Boleh Popular - pakdin.my

Nota: Masa aku mengikut keluarga menanam sayur dan padi huma di Batu 4, Kerling sekitar tahun 68, selalu aku minum di kedai Pak Cik Jamil. Kegemaran aku teh tarik dan tose.

Ucapan Deepavali: Jamil Lambang ‘Rakyat Malaysia Tulen’

ucapan-deepavali-jamil-kerling

KERLING: “Dulu lain sekarang lain…dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama…gembira betul.

“Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu ‘kurang’,” begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas baru-baru ini.

Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan ‘klip video’ pendek selama 1 minit 10 saat.

Dalam klip tersebut yang berkonsepkan ‘Nothing Greater Than Being Malaysian,’ Jamil mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Deepavali’ kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.

 ‘Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal’ (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).

Rata-ratanya semua rakyat Malaysia daripada pemimpin tertinggi, ahli politik, ahli akademik, peniaga, pelajar, orang kampung serta pekerja asing menyifatkan klip video itu sangat bermakna dan signifikan dengan mesej padat, selain melabelkan beliau sebagai ‘Rakyat Malaysia Tulen’.

P Elango, 45, pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak dapat menyambut Deepavali tahun ini berikutan kematian ayahnya berkata, klip dwibahasa, Melayu dan Tamil dengan terjemahan bahasa Inggeris itu menyentuh hati beliau.

“Biasa kalau Deepavali, iklan Petronas yang menjadi tarikan utama dengan penampilan konsep baharu. Tahun ini, klip ini pula begitu popular dengan mesejnya. Walaupun Pak Cik Jamil orang ladang, tetapi mesejnya cukup bagus,” katanya.

Elango yang sempat berkongsi klip video tersebut dengan saudara mara dan rakan-rakannya yang kini melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara berkata, mereka kagum dengan Jamil sambil akur hubungan antara kaum pada masa dulu dan kini berbeza.

Mengimbas kembali bagaimana klip itu dihasilkan, Jamil berkata sekumpulan kru India tempatan yang membuat penggambaran di Batu 2, Ladang Kerling, kira-kira tujuh kilometer dari Kuala Kubu Baru tahun lalu (2013) merakamkan perbualan itu secara santai.

“Mereka tengok saya pandai dalam bahasa Tamil, mereka minta saya bercakap. Orang estet apa boleh cakap besar? Cakap saja apa yang ada dalam hati. Betul jugakan orang dulu dan sekarang lain. Tapi tak sangka ia boleh popular macam ini,” katanya.

Anak kelahiran Jalan Bukit Kuda, bandar diraja Klang itu mengambil alih perniagaan kedai makanan dan runcit di Ladang Kerling itu, kira-kira 53 tahun lalu, daripada abang iparnya ketika beliau berusia 23 tahun.

“Sebelum itu, saya bekerja sebagai tukang masak di rumah pengurus ladang Sungai Chua, F W Harrison. Masa itu saya baru berumur 15 tahun, jadi isteri beliau yang mengajar saya cara memasak.

“Mereka juga ajak saya ikut ke Australia kerja di rumah mereka. Tetapi isteri dan anak-anak saya kata jangan. Mereka takut mungkin saya kahwin kali kedua pulak,” katanya sambil ketawa besar, berkongsi pengalamannya.

Hasil perkongsian hidup dengan Stiah Kutty, 72, wanita keturunan Malabar, India, pasangan itu dikurniakan tujuh anak (tiga lelaki dan empat perempuan), 25 cucu dan dua cicit, yang kesemuanya boleh bertutur pelbagai bahasa.

“Rojak… bahasa Melayu, Tamil, Malayalam, Inggeris…sikit-sikit bahasa Cina, semua boleh. Sejak kecil lagi, saya pandai cakap bahasa Tamil. Sebab itu bila jatuh cinta dengan Stiah masa saya umur 20 tahun, kedua-dua keluarga pun tak ada halangan untuk dikahwinkan,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘anneh’ (abang) dan ‘kadaikaru'(pekedai) menetap di Ladang Kerling lebih 50 tahun lalu berkata dalam keadaan serba kekurangan, masyarakat pelbagai kaum ketika itu tetap menikmati kehidupan aman dan baik seperti mana yang diimpikan pemimpin negara.

Malangnya, pembangunan pesat negara telah ‘menelan’ nilai-nilai mulia seperti sikap bertolak ansur, hormat menghormati, tolong menolong, kunjung-mengunjungi rumah terbuka perayaan mahupun memahami perasaan dan sensitiviti sesuatu kaum, kata beliau dengan nada kesal.

“Dulu lebih 200 keluarga ada di ladang ini…India, Melayu, Cina semua ada. Kita macam abang adik, satu keluarga. Tak ada kacau, gaduh, tak ada masalah. Kalau Hari Raya, kita buat kuih untuk semua orang…sebab semua kita kenal.

“Kalau Deepavali, rumah saya penuh dengan kuih-muih daripada kawan-kawan India. Begitu juga kena pergi kesemua rumah. Kalau terlepas satu, kawan India itu marah pulak. Itu sambutan dulu…”

“Sekarang negara maju, tapi semangat kekitaan-kekeluargaan itu tak ada. Saya tak tahulah, ia dapat dihidupkan semula atau tidak. Kalau disuburkan semula, bagus untuk semua,” katanya sambil menyatakan sebilangan kecil kawan-kawan lama dari ladang itu masih menghubungi beliau dan mengunjungi kedainya apabila melalui kawasan itu.

Beliau merupakan penggemar lagu klasik Tamil dan cerita filem Tamil berlatarbelakangkan keluarga, selain filem-filem klasik Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurutnya, beliau pernah melawat beberapa negara antaranya Australia, Jerman, England, Arab Saudi, Singapura dan India, namun baginya tidak ada negara yang unik dan aman seperti Malaysia dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan perayaan yang dikongsi bersama semua orang.

Sementara itu, bekas anak kelahiran ladang itu, Ketua Pemuda MIC Selangor V Mugilan berkata, Jamil banyak menolong masyarakat ladang itu, termasuk beliau sendiri sehingga menjejak kaki ke Universiti Malaya.

“Sewaktu di sekolah rendah dan menengah, setiap hari saya pergi ke kedai Pak Cik Jamil untuk baca akhbar Tamil dan Utusan Melayu secara percuma, sebab tak mampu beli akhbar. Beliau menggalakkan saya baca akhbar dan mahu melihat anak-anak ladang maju.

“Lagipun Pak Cik (Jamil) kenal sangat dengan ayah saya, beliau juga sentiasa menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan menyedari pengorbanan ibunya terutamanya selepas ayahnya meninggal dunia,” katanya sambil melahirkan rasa gembira dengan tersebar luasnya ‘Klip Pak Cik Jamil’ dalam media sosial.

Pekerja ladang Kerling, Tamil Selvam pula menyifatkan Jamil yang telah menunaikan haji tujuh tahun lalu sebagai orang yang mudah mesra, pandai berjenaka dan suka menolong orang lain.

“Walaupun harga makanan naik di semua tempat, Pak Cik Jamil hanya kenakan 80 sen bagi teh tarik dan 70 sen bagi roti canai. Kita orang lama ada lebih kurang 10 keluarga sahaja. Kita ‘respect’ dia (Jamil),” katanya.

Isterinya Stiah berkata, walaupun anak-anaknya mengajak mereka tinggal bersama di bandar namun bagi beliau dan suaminya, Ladang Kerling tetap istimewa dan akan menyambut Deepavali tahun ini juga bersama penduduk ladang ini.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Jamil Mohd Yusof, Peniaga Di Ladang Kerling Tak Sangka Ucapan Deepavali Boleh Popular - pakdin.my

Nota: Masa aku mengikut keluarga menanam sayur dan padi huma di Batu 4, Kerling sekitar tahun 68, selalu aku minum di kedai Pak Cik Jamil. Kegemaran aku teh tarik dan tose.

Ucapan Deepavali: Jamil Lambang ‘Rakyat Malaysia Tulen’

ucapan-deepavali-jamil-kerling

KERLING: “Dulu lain sekarang lain…dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama…gembira betul.

“Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu ‘kurang’,” begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas baru-baru ini.

Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan ‘klip video’ pendek selama 1 minit 10 saat.

Dalam klip tersebut yang berkonsepkan ‘Nothing Greater Than Being Malaysian,’ Jamil mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Deepavali’ kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.

 ‘Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal’ (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).

Rata-ratanya semua rakyat Malaysia daripada pemimpin tertinggi, ahli politik, ahli akademik, peniaga, pelajar, orang kampung serta pekerja asing menyifatkan klip video itu sangat bermakna dan signifikan dengan mesej padat, selain melabelkan beliau sebagai ‘Rakyat Malaysia Tulen’.

P Elango, 45, pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak dapat menyambut Deepavali tahun ini berikutan kematian ayahnya berkata, klip dwibahasa, Melayu dan Tamil dengan terjemahan bahasa Inggeris itu menyentuh hati beliau.

“Biasa kalau Deepavali, iklan Petronas yang menjadi tarikan utama dengan penampilan konsep baharu. Tahun ini, klip ini pula begitu popular dengan mesejnya. Walaupun Pak Cik Jamil orang ladang, tetapi mesejnya cukup bagus,” katanya.

Elango yang sempat berkongsi klip video tersebut dengan saudara mara dan rakan-rakannya yang kini melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara berkata, mereka kagum dengan Jamil sambil akur hubungan antara kaum pada masa dulu dan kini berbeza.

Mengimbas kembali bagaimana klip itu dihasilkan, Jamil berkata sekumpulan kru India tempatan yang membuat penggambaran di Batu 2, Ladang Kerling, kira-kira tujuh kilometer dari Kuala Kubu Baru tahun lalu (2013) merakamkan perbualan itu secara santai.

“Mereka tengok saya pandai dalam bahasa Tamil, mereka minta saya bercakap. Orang estet apa boleh cakap besar? Cakap saja apa yang ada dalam hati. Betul jugakan orang dulu dan sekarang lain. Tapi tak sangka ia boleh popular macam ini,” katanya.

Anak kelahiran Jalan Bukit Kuda, bandar diraja Klang itu mengambil alih perniagaan kedai makanan dan runcit di Ladang Kerling itu, kira-kira 53 tahun lalu, daripada abang iparnya ketika beliau berusia 23 tahun.

“Sebelum itu, saya bekerja sebagai tukang masak di rumah pengurus ladang Sungai Chua, F W Harrison. Masa itu saya baru berumur 15 tahun, jadi isteri beliau yang mengajar saya cara memasak.

“Mereka juga ajak saya ikut ke Australia kerja di rumah mereka. Tetapi isteri dan anak-anak saya kata jangan. Mereka takut mungkin saya kahwin kali kedua pulak,” katanya sambil ketawa besar, berkongsi pengalamannya.

Hasil perkongsian hidup dengan Stiah Kutty, 72, wanita keturunan Malabar, India, pasangan itu dikurniakan tujuh anak (tiga lelaki dan empat perempuan), 25 cucu dan dua cicit, yang kesemuanya boleh bertutur pelbagai bahasa.

“Rojak… bahasa Melayu, Tamil, Malayalam, Inggeris…sikit-sikit bahasa Cina, semua boleh. Sejak kecil lagi, saya pandai cakap bahasa Tamil. Sebab itu bila jatuh cinta dengan Stiah masa saya umur 20 tahun, kedua-dua keluarga pun tak ada halangan untuk dikahwinkan,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘anneh’ (abang) dan ‘kadaikaru'(pekedai) menetap di Ladang Kerling lebih 50 tahun lalu berkata dalam keadaan serba kekurangan, masyarakat pelbagai kaum ketika itu tetap menikmati kehidupan aman dan baik seperti mana yang diimpikan pemimpin negara.

Malangnya, pembangunan pesat negara telah ‘menelan’ nilai-nilai mulia seperti sikap bertolak ansur, hormat menghormati, tolong menolong, kunjung-mengunjungi rumah terbuka perayaan mahupun memahami perasaan dan sensitiviti sesuatu kaum, kata beliau dengan nada kesal.

“Dulu lebih 200 keluarga ada di ladang ini…India, Melayu, Cina semua ada. Kita macam abang adik, satu keluarga. Tak ada kacau, gaduh, tak ada masalah. Kalau Hari Raya, kita buat kuih untuk semua orang…sebab semua kita kenal.

“Kalau Deepavali, rumah saya penuh dengan kuih-muih daripada kawan-kawan India. Begitu juga kena pergi kesemua rumah. Kalau terlepas satu, kawan India itu marah pulak. Itu sambutan dulu…”

“Sekarang negara maju, tapi semangat kekitaan-kekeluargaan itu tak ada. Saya tak tahulah, ia dapat dihidupkan semula atau tidak. Kalau disuburkan semula, bagus untuk semua,” katanya sambil menyatakan sebilangan kecil kawan-kawan lama dari ladang itu masih menghubungi beliau dan mengunjungi kedainya apabila melalui kawasan itu.

Beliau merupakan penggemar lagu klasik Tamil dan cerita filem Tamil berlatarbelakangkan keluarga, selain filem-filem klasik Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurutnya, beliau pernah melawat beberapa negara antaranya Australia, Jerman, England, Arab Saudi, Singapura dan India, namun baginya tidak ada negara yang unik dan aman seperti Malaysia dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan perayaan yang dikongsi bersama semua orang.

Sementara itu, bekas anak kelahiran ladang itu, Ketua Pemuda MIC Selangor V Mugilan berkata, Jamil banyak menolong masyarakat ladang itu, termasuk beliau sendiri sehingga menjejak kaki ke Universiti Malaya.

“Sewaktu di sekolah rendah dan menengah, setiap hari saya pergi ke kedai Pak Cik Jamil untuk baca akhbar Tamil dan Utusan Melayu secara percuma, sebab tak mampu beli akhbar. Beliau menggalakkan saya baca akhbar dan mahu melihat anak-anak ladang maju.

“Lagipun Pak Cik (Jamil) kenal sangat dengan ayah saya, beliau juga sentiasa menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan menyedari pengorbanan ibunya terutamanya selepas ayahnya meninggal dunia,” katanya sambil melahirkan rasa gembira dengan tersebar luasnya ‘Klip Pak Cik Jamil’ dalam media sosial.

Pekerja ladang Kerling, Tamil Selvam pula menyifatkan Jamil yang telah menunaikan haji tujuh tahun lalu sebagai orang yang mudah mesra, pandai berjenaka dan suka menolong orang lain.

“Walaupun harga makanan naik di semua tempat, Pak Cik Jamil hanya kenakan 80 sen bagi teh tarik dan 70 sen bagi roti canai. Kita orang lama ada lebih kurang 10 keluarga sahaja. Kita ‘respect’ dia (Jamil),” katanya.

Isterinya Stiah berkata, walaupun anak-anaknya mengajak mereka tinggal bersama di bandar namun bagi beliau dan suaminya, Ladang Kerling tetap istimewa dan akan menyambut Deepavali tahun ini juga bersama penduduk ladang ini.

Berita berkaitan