ANWAR LAWAN SAIFUL: INI PENGAKUAN SHAFEE - pakdin.my

Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan

anwar-penjara

Ketua Pasukan Pendakwa Raya Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah menyifatkan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cerita perlakuan manusia bukannya cerita politik

Ia juga cerita yang mencabar perspektif Badan Kehakiman negara ini, kata Shafee dalam kenyataan selepas perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh tahun itu selesai, semalam.

Berikut kenyataan penuh beliau. 
 
1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan – kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta – sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 – dalam erti kata lain, padanan sempurna (‘full flush’). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

Anwar-Saiful

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia – dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.

20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

Terima kasih

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

ANWAR LAWAN SAIFUL: INI PENGAKUAN SHAFEE - pakdin.my

Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan

anwar-penjara

Ketua Pasukan Pendakwa Raya Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah menyifatkan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cerita perlakuan manusia bukannya cerita politik

Ia juga cerita yang mencabar perspektif Badan Kehakiman negara ini, kata Shafee dalam kenyataan selepas perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh tahun itu selesai, semalam.

Berikut kenyataan penuh beliau. 
 
1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan – kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta – sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 – dalam erti kata lain, padanan sempurna (‘full flush’). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

Anwar-Saiful

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia – dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.

20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

Terima kasih

Berita berkaitan