Liwat II: Kesan Sabitan Anwar Ibrahim Terhadap Lanskap Politik Negara - pakdin.my

anwar-penjara

Lanskap politik Malaysia jelas mengalami perubahan sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

Tatkala sebahagian pihak melihat perubahan itu membawa kebaikan kepada amalan demokrasi negara, sehingga melahirkan kumpulan aktivis politik tetapi natijahnya ia membawa lebih banyak kesan negatif.

Sebagai seorang personaliti politik yang pada satu ketika bersama-sama kerajaan, dan kemudiannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar merupakan ahli politik penuh kontroversi, sinonim dengan laungan ‘reformasi’ dan perhimpunan jalanan melibatkan para penyokongnya.

Ada penyokongnya yang cuba membandingkan ketokohan Anwar dengan tokoh pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi, yang sebelum ini dikenakan tahanan rumah, malahan juga seperti pejuang anti-apartheid Nelson Mandela, yang pernah dipenjara selama 27 tahun.

Satu perbandingan yang sangat jauh berbeza dan tidak sepadan kerana perjuangan Anwar adalah lebih bersifat peribadi.

Hari ini, lanskap politik negara sekali lagi terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar berhubung tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Ini merupakan kes liwat kedua Anwar, selepas kes pertama apabila beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Benarkah ini perbicaraan kes liwat ini satu konspirasi atau cubaan untuk menjatuhkan Anwar?

Penganalisis politik yang dihubungi berpendapat keputusan penghakiman oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria adalah berdasarkan fakta kes dan keputusan penghakiman berdasarkan bukti yang ada.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak benar kerana elemen-elemen konspirasi tidak disandarkan dengan bukti-bukti jelas dan hanya berdasarkan andaian sahaja.

“Pihak pembela telah melantik bekas hakim mahkamah persekutuan (Datuk Seri Gopal Sri Ram) dan pihak pembelaan (yang dianggotai 14 peguam lain) diberi ruang yang cukup untuk membentangkan kes rayuan mereka.

“Oleh itu, dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak rasional kerana keputusan mahkamah adalah berdasarkan bukti sedia,” katanya.

Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.

Rayuannya ditolak atas alasan mendapati Anwar “tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah”. Mahkamah juga memutuskan pembelaan berhubung konspirasi politik kekal sebagai dakwaan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang keterangan berwibawa.

Keputusan prosiding kes jenayah yang mengambil masa begitu lama – enam tahun enam bulan – seharusnya diterima dengan terbuka semua pihak dan dihormati, sementelah kes yang bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2010 bukan sahaja melalui satu proses perundangan yang lengkap bahkan komprehensif.

Jelas sekali ia memperlihatkan proses perundangan negara berjalan dengan bebas mengikut lunas undang-undang negara.

Sepanjang tempoh prosiding kes itu ditangguhkan hampir 70 kali, dengan sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Rayuan pula ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar. Ini menunjukkan proses perbicaraan yang teliti dan telus.

Seorang peguam kanan Datuk N. Sivananthan berpendapat setiap pihak seharusnya menerima keputusan penghakiman kerana mahkamah membuat keputusan berdasarkan lunas undang-undang.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata Anwar gagal membawa pembuktian untuk menyangkal dakwaan pihak pendakwa, sebaliknya hanya mengemukakan teori konspirasi politik.

“Perlu diingatkan kepada orang ramai terutama penyokong Anwar, kes ini bukan difailkan oleh Barisan Nasional mahupun Umno sebaliknya oleh seorang mangsa yang pernah bekerja dengan Ketua Pembangkang itu.

“Kes ini melibatkan bekas pekerja (Mohd Saiful Bukhari) dengan bekas majikannya (Anwar). Kita perlu lihat secara rasional, ini adalah kes dalaman mereka berdua dan tiada kuasa luar atau kuasa politik lain yang mendorong mangsa untuk memfailkan kes tersebut,” katanya.

Abdul Halim berkata teori konspirasi adalah hujah Anwar sejak kes liwat pertama beliau.

“Anwar sering membangkitkan bahawa beliau dianiaya oleh sistem politik serta mahkamah telah dipolitikkan, sedangkan kita sedia maklum mahkamah adalah satu badan bebas dan berkecuali.

“Hakikatnya, teori konspirasi politik sengaja diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap keadilan sistem mahkamah,” katanya.

Abdul Halim berkata Anwar tidak boleh sama sekali mengaitkan kes beliau sebagai konspirasi politik kerana beliau sehingga hari ini (sebelum keputusan mahkamah) bebas menjalankan aktiviti politiknya termasuklah menyampaikan ceramah dan sering kali memfitnah kerajaan.

Bagi pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Unversiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling, tindakan mengaitkan keputusan mahkamah itu sebagai konspirasi kerajaan hanyalah bertujuan mengalih pandangan masyarakat terhadap keputusan mahkamah.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Anwar, 67, yang berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang lucut kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.

Ini adalah kali kedua Anwar lucut kelayakan sebagai anggota parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.

Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Yang pasti selepas ini satu pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Ketiadaan Anwar bakal memberi impak besar kepada parti pakatan iaitu PKR-DAP-PAS, yang perlu menyusun strategi baharu, sama ada akan membawa kelebihan atau perpecahan dalam parti itu.

“Ketiadaan Anwar akan beri kesan besar kepada parti pakatan. Ruang ini akan mewujudkan persaingan antara pemimpin dalam pakatan,” kata Mohamad Faisol.

Menurut Ahmad Marthada pula, ketiadaan Anwar memberi kesan kepada lanskap politik negara terutamanya kepada kekuatan pakatan untuk mencari calon yang akan dipilih bagi menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Liwat II: Kesan Sabitan Anwar Ibrahim Terhadap Lanskap Politik Negara - pakdin.my

anwar-penjara

Lanskap politik Malaysia jelas mengalami perubahan sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

Tatkala sebahagian pihak melihat perubahan itu membawa kebaikan kepada amalan demokrasi negara, sehingga melahirkan kumpulan aktivis politik tetapi natijahnya ia membawa lebih banyak kesan negatif.

Sebagai seorang personaliti politik yang pada satu ketika bersama-sama kerajaan, dan kemudiannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar merupakan ahli politik penuh kontroversi, sinonim dengan laungan ‘reformasi’ dan perhimpunan jalanan melibatkan para penyokongnya.

Ada penyokongnya yang cuba membandingkan ketokohan Anwar dengan tokoh pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi, yang sebelum ini dikenakan tahanan rumah, malahan juga seperti pejuang anti-apartheid Nelson Mandela, yang pernah dipenjara selama 27 tahun.

Satu perbandingan yang sangat jauh berbeza dan tidak sepadan kerana perjuangan Anwar adalah lebih bersifat peribadi.

Hari ini, lanskap politik negara sekali lagi terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar berhubung tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Ini merupakan kes liwat kedua Anwar, selepas kes pertama apabila beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Benarkah ini perbicaraan kes liwat ini satu konspirasi atau cubaan untuk menjatuhkan Anwar?

Penganalisis politik yang dihubungi berpendapat keputusan penghakiman oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria adalah berdasarkan fakta kes dan keputusan penghakiman berdasarkan bukti yang ada.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak benar kerana elemen-elemen konspirasi tidak disandarkan dengan bukti-bukti jelas dan hanya berdasarkan andaian sahaja.

“Pihak pembela telah melantik bekas hakim mahkamah persekutuan (Datuk Seri Gopal Sri Ram) dan pihak pembelaan (yang dianggotai 14 peguam lain) diberi ruang yang cukup untuk membentangkan kes rayuan mereka.

“Oleh itu, dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak rasional kerana keputusan mahkamah adalah berdasarkan bukti sedia,” katanya.

Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.

Rayuannya ditolak atas alasan mendapati Anwar “tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah”. Mahkamah juga memutuskan pembelaan berhubung konspirasi politik kekal sebagai dakwaan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang keterangan berwibawa.

Keputusan prosiding kes jenayah yang mengambil masa begitu lama – enam tahun enam bulan – seharusnya diterima dengan terbuka semua pihak dan dihormati, sementelah kes yang bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2010 bukan sahaja melalui satu proses perundangan yang lengkap bahkan komprehensif.

Jelas sekali ia memperlihatkan proses perundangan negara berjalan dengan bebas mengikut lunas undang-undang negara.

Sepanjang tempoh prosiding kes itu ditangguhkan hampir 70 kali, dengan sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Rayuan pula ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar. Ini menunjukkan proses perbicaraan yang teliti dan telus.

Seorang peguam kanan Datuk N. Sivananthan berpendapat setiap pihak seharusnya menerima keputusan penghakiman kerana mahkamah membuat keputusan berdasarkan lunas undang-undang.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata Anwar gagal membawa pembuktian untuk menyangkal dakwaan pihak pendakwa, sebaliknya hanya mengemukakan teori konspirasi politik.

“Perlu diingatkan kepada orang ramai terutama penyokong Anwar, kes ini bukan difailkan oleh Barisan Nasional mahupun Umno sebaliknya oleh seorang mangsa yang pernah bekerja dengan Ketua Pembangkang itu.

“Kes ini melibatkan bekas pekerja (Mohd Saiful Bukhari) dengan bekas majikannya (Anwar). Kita perlu lihat secara rasional, ini adalah kes dalaman mereka berdua dan tiada kuasa luar atau kuasa politik lain yang mendorong mangsa untuk memfailkan kes tersebut,” katanya.

Abdul Halim berkata teori konspirasi adalah hujah Anwar sejak kes liwat pertama beliau.

“Anwar sering membangkitkan bahawa beliau dianiaya oleh sistem politik serta mahkamah telah dipolitikkan, sedangkan kita sedia maklum mahkamah adalah satu badan bebas dan berkecuali.

“Hakikatnya, teori konspirasi politik sengaja diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap keadilan sistem mahkamah,” katanya.

Abdul Halim berkata Anwar tidak boleh sama sekali mengaitkan kes beliau sebagai konspirasi politik kerana beliau sehingga hari ini (sebelum keputusan mahkamah) bebas menjalankan aktiviti politiknya termasuklah menyampaikan ceramah dan sering kali memfitnah kerajaan.

Bagi pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Unversiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling, tindakan mengaitkan keputusan mahkamah itu sebagai konspirasi kerajaan hanyalah bertujuan mengalih pandangan masyarakat terhadap keputusan mahkamah.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Anwar, 67, yang berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang lucut kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.

Ini adalah kali kedua Anwar lucut kelayakan sebagai anggota parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.

Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.

Yang pasti selepas ini satu pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Ketiadaan Anwar bakal memberi impak besar kepada parti pakatan iaitu PKR-DAP-PAS, yang perlu menyusun strategi baharu, sama ada akan membawa kelebihan atau perpecahan dalam parti itu.

“Ketiadaan Anwar akan beri kesan besar kepada parti pakatan. Ruang ini akan mewujudkan persaingan antara pemimpin dalam pakatan,” kata Mohamad Faisol.

Menurut Ahmad Marthada pula, ketiadaan Anwar memberi kesan kepada lanskap politik negara terutamanya kepada kekuatan pakatan untuk mencari calon yang akan dipilih bagi menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Berita berkaitan