Ketiadaan Dua Pemimpin Utama Wujudkan Kelompangan Dalam Pakatan - pakdin.my

pas dlm pakatan rakyat

Ketiadaan dua pemimpin utama – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.

Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS.

Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario ‘kawan makan kawan’, bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket ‘setia dan hormat’ terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.

PKR patah sayap apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun, manakala PAS kehilangan Nik Aziz, 84, yang meninggal dunia pada 12 Feb akibat kanser prostat.

SIAPA PENGGANTI ANWAR?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata ketiadaan dua tokoh pemimpin berkenaan memberi kesan kepada pakatan.

“Selama ini, Anwar berjaya meredakan perbezaan antara DAP dan PAS dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lebih abstrak untuk diperjuangkan bersama dan pastinya ketiadaan beliau menimbulkan persoalan siapakah yang boleh dan layak menggantikan ketua pembangkang.

“PAS pula secara khusus kehilangan kepimpinan ‘orang lama yang bijaksana’.

Generasi lama dan generasi muda akan berebut tempat dalam kepimpinan parti tanpa segan silu kerana tokoh yang disegani dan dihormati sudah tiada,” katanya.

Jayum berkata kepimpinan PKR pula berhadapan masalah kepimpinan ekoran belum ada ‘tengku mahkota’ yang dipersiapkan untuk mengambil alih tempat Anwar.

“Sekarang Anwar diberhentikan ‘tiba-tiba’ dan bukan berhenti secara sukarela. Persoalannya, siapakah ‘tengku mahkota’ itu? Sekiranya ada, apakah ‘tengku mahkota’ itu sudah bersedia?,” katanya.

PEMIMPIN BERPENGALAMAN

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ketiadaan pemimpin berpengalaman dalam PKR dan PAS dan memiliki kekuatan personaliti seperti Anwar dan Nik Aziz, melemahkan kedudukan pakatan buat masa ini.

“Anwar berjaya mendamaikan perbalahan sesama parti dalam pakatan, yang akhir-akhir ini menyaksikan PAS dan DAP tidak mahu berkompromi dalam perkara dasar yang melibatkan ideologi dan perjuangan parti masing-masing seperti pelaksanaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.

Kelompangan kepimpinan ini dilihat memberi kesan kepada kesinambungan hubungan antara parti dalam pakatan.

Merujuk ketokohan Nik Aziz, Ahmad Martadha berkata kewibawaan allahyarham amat dihormati dan bekas Menteri Besar Kelantan itu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan dalam pakatan.

“Bukan sahaja PAS bahkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya merasai ketiadaan beliau (Nik Aziz) dan kini berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya,” katanya.

PELUANG DAP

Apakah DAP akan menggunakan kelompangan ini untuk melebarkan sayap dan pengaruh mereka dalam pakatan?

Mengulas persoalan itu, Ahmad Martadha berkata DAP pastinya akan menjadi lebih vokal dalam pelbagai isu ekoran ketiadaan kedua-dua pemimpin itu.

“Sebelum ini, DAP tidak begitu lantang kerana menghormati pemimpin seperti Nik Aziz dalam isu seperti hudud. Namun, ketiadaan Tok Guru (Nik Aziz) memberi peluang dan ruang lebih besar kepada DAP untuk melontarkan pandangan tanpa rasa takut atau gusar terhadap komen daripada sekutunya, PAS,” katanya.

Pensyarah kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Dr Low Yong San pula berpendapat adalah tidak bijak sekiranya DAP berbuat demikian

kerana politik dalam sistem demokrasi adalah suatu permainan berkenaan dengan angka, di mana orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi pemenang.

“Asas sokongan DAP kebanyakannya berasal daripada masyarakat Cina yang merupakan golongan minoriti dan para pemimpin DAP harus sedar bahawa tanpa sokongan kaum lain terutamanya Melayu, mereka tidak mungkin boleh menjadi parti pemerintah sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Saya rasa pemimpin-pemimpin DAP sedar akan realiti politik ini,” katanya.

JEJAS HUBUNGAN

Secara umum, akan terjejaskah hubungan PAS-DAP dan kerjasama gabungan pakatan berikutan ketiadaan Anwar dan Nik Aziz?

Membincangkan hal ini, Low tidak menolak kemungkinan ketiadaan Nik Aziz akan memberi kesan kepada hubungan PAS dan DAP. Begitu juga ketiadaan Anwar yang berperanan sebagai perantara antara PAS dan DAP terutama apabila timbul konflik atau perbalahan antara kedua-dua parti komponen itu.

“Namun begitu, saya berpendapat masa depan pakatan bukanlah semata-mata bergantung kepada mana-mana individu pemimpin, tetapi bergantung kepada soal fundamental yang melibatkan perbezaan ideologi politik antara PAS dan DAP.

“Sekiranya isu (kerjasama politik) ini tidak diselesaikan, tidak sukar untuk kita membayangkan keadaan kelam kabut yang akan timbul sekiranya PR memerintah di peringkat persekutuan dengan PAS kekal dengan agenda negara Islamnya, DAP sibuk dengan bantahannya, sementara PKR sibuk dengan peranannya sebagai orang tengah menyelesaikan konflik,” katanya.

SOKONGAN BERDASARKAN SIMPATI

Apakah keputusan mahkamah terhadap Anwar kali ini berupaya menarik lebih ramai menyokong parti pakatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan elemen simpati?

Berbanding peristiwa tahun 1998/1999 yang memperlihatkan peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada BN kepada pembangkang, Low berpendapat isu Anwar dipenjara pada kali ini tidak memberi impak besar seperti sebelum ini.

“Sokongan politik berasaskan simpati terhadap individu atau keluarga individu tertentu tidak akan bertahan lama, sebaliknya ia bergantung kepada keberkesanan PKR untuk menyakinkan rakyat bahawa kes Anwar adalah konspirasi politik yang melibatkan integriti institusi politik di negara ini.

“Untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar dianiaya oleh institusi politik sebanyak dua kali berturut-turut dan seterusnya memobilisasikan sokongan massa, ia merupakan satu cabaran besar bagi PKR,” katanya.

Jayum pula berpendapat bukanlah semudah pilihan raya sebelum ini untuk parti pakatan mempertahankan kedudukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

“Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama bergantung kepada pakej yang ditawarkan kepada pengundi yang sudah bijak memilih,” katanya.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Ketiadaan Dua Pemimpin Utama Wujudkan Kelompangan Dalam Pakatan - pakdin.my

pas dlm pakatan rakyat

Ketiadaan dua pemimpin utama – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.

Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS.

Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario ‘kawan makan kawan’, bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket ‘setia dan hormat’ terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.

PKR patah sayap apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun, manakala PAS kehilangan Nik Aziz, 84, yang meninggal dunia pada 12 Feb akibat kanser prostat.

SIAPA PENGGANTI ANWAR?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata ketiadaan dua tokoh pemimpin berkenaan memberi kesan kepada pakatan.

“Selama ini, Anwar berjaya meredakan perbezaan antara DAP dan PAS dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lebih abstrak untuk diperjuangkan bersama dan pastinya ketiadaan beliau menimbulkan persoalan siapakah yang boleh dan layak menggantikan ketua pembangkang.

“PAS pula secara khusus kehilangan kepimpinan ‘orang lama yang bijaksana’.

Generasi lama dan generasi muda akan berebut tempat dalam kepimpinan parti tanpa segan silu kerana tokoh yang disegani dan dihormati sudah tiada,” katanya.

Jayum berkata kepimpinan PKR pula berhadapan masalah kepimpinan ekoran belum ada ‘tengku mahkota’ yang dipersiapkan untuk mengambil alih tempat Anwar.

“Sekarang Anwar diberhentikan ‘tiba-tiba’ dan bukan berhenti secara sukarela. Persoalannya, siapakah ‘tengku mahkota’ itu? Sekiranya ada, apakah ‘tengku mahkota’ itu sudah bersedia?,” katanya.

PEMIMPIN BERPENGALAMAN

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ketiadaan pemimpin berpengalaman dalam PKR dan PAS dan memiliki kekuatan personaliti seperti Anwar dan Nik Aziz, melemahkan kedudukan pakatan buat masa ini.

“Anwar berjaya mendamaikan perbalahan sesama parti dalam pakatan, yang akhir-akhir ini menyaksikan PAS dan DAP tidak mahu berkompromi dalam perkara dasar yang melibatkan ideologi dan perjuangan parti masing-masing seperti pelaksanaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.

Kelompangan kepimpinan ini dilihat memberi kesan kepada kesinambungan hubungan antara parti dalam pakatan.

Merujuk ketokohan Nik Aziz, Ahmad Martadha berkata kewibawaan allahyarham amat dihormati dan bekas Menteri Besar Kelantan itu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan dalam pakatan.

“Bukan sahaja PAS bahkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya merasai ketiadaan beliau (Nik Aziz) dan kini berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya,” katanya.

PELUANG DAP

Apakah DAP akan menggunakan kelompangan ini untuk melebarkan sayap dan pengaruh mereka dalam pakatan?

Mengulas persoalan itu, Ahmad Martadha berkata DAP pastinya akan menjadi lebih vokal dalam pelbagai isu ekoran ketiadaan kedua-dua pemimpin itu.

“Sebelum ini, DAP tidak begitu lantang kerana menghormati pemimpin seperti Nik Aziz dalam isu seperti hudud. Namun, ketiadaan Tok Guru (Nik Aziz) memberi peluang dan ruang lebih besar kepada DAP untuk melontarkan pandangan tanpa rasa takut atau gusar terhadap komen daripada sekutunya, PAS,” katanya.

Pensyarah kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Dr Low Yong San pula berpendapat adalah tidak bijak sekiranya DAP berbuat demikian

kerana politik dalam sistem demokrasi adalah suatu permainan berkenaan dengan angka, di mana orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi pemenang.

“Asas sokongan DAP kebanyakannya berasal daripada masyarakat Cina yang merupakan golongan minoriti dan para pemimpin DAP harus sedar bahawa tanpa sokongan kaum lain terutamanya Melayu, mereka tidak mungkin boleh menjadi parti pemerintah sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Saya rasa pemimpin-pemimpin DAP sedar akan realiti politik ini,” katanya.

JEJAS HUBUNGAN

Secara umum, akan terjejaskah hubungan PAS-DAP dan kerjasama gabungan pakatan berikutan ketiadaan Anwar dan Nik Aziz?

Membincangkan hal ini, Low tidak menolak kemungkinan ketiadaan Nik Aziz akan memberi kesan kepada hubungan PAS dan DAP. Begitu juga ketiadaan Anwar yang berperanan sebagai perantara antara PAS dan DAP terutama apabila timbul konflik atau perbalahan antara kedua-dua parti komponen itu.

“Namun begitu, saya berpendapat masa depan pakatan bukanlah semata-mata bergantung kepada mana-mana individu pemimpin, tetapi bergantung kepada soal fundamental yang melibatkan perbezaan ideologi politik antara PAS dan DAP.

“Sekiranya isu (kerjasama politik) ini tidak diselesaikan, tidak sukar untuk kita membayangkan keadaan kelam kabut yang akan timbul sekiranya PR memerintah di peringkat persekutuan dengan PAS kekal dengan agenda negara Islamnya, DAP sibuk dengan bantahannya, sementara PKR sibuk dengan peranannya sebagai orang tengah menyelesaikan konflik,” katanya.

SOKONGAN BERDASARKAN SIMPATI

Apakah keputusan mahkamah terhadap Anwar kali ini berupaya menarik lebih ramai menyokong parti pakatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan elemen simpati?

Berbanding peristiwa tahun 1998/1999 yang memperlihatkan peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada BN kepada pembangkang, Low berpendapat isu Anwar dipenjara pada kali ini tidak memberi impak besar seperti sebelum ini.

“Sokongan politik berasaskan simpati terhadap individu atau keluarga individu tertentu tidak akan bertahan lama, sebaliknya ia bergantung kepada keberkesanan PKR untuk menyakinkan rakyat bahawa kes Anwar adalah konspirasi politik yang melibatkan integriti institusi politik di negara ini.

“Untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar dianiaya oleh institusi politik sebanyak dua kali berturut-turut dan seterusnya memobilisasikan sokongan massa, ia merupakan satu cabaran besar bagi PKR,” katanya.

Jayum pula berpendapat bukanlah semudah pilihan raya sebelum ini untuk parti pakatan mempertahankan kedudukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

“Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama bergantung kepada pakej yang ditawarkan kepada pengundi yang sudah bijak memilih,” katanya.

Berita berkaitan