PKR Kini Penentu Sama Ada 'Pakatan Rakyat' Wujud Atau Tidak - pakdin.my

dewan-ulama-pas-lulus-usul-bercerai-dengan-dap

Umpama telur di hujung tanduk, pendirian terbaharu DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) ‘tidak lagi wujud’ pastinya meletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam keadaan genting untuk membuat keputusan mengenai kedudukan pakatan pembangkang.

Sama ada PR, gabungan kerjasama politik yang dibentuk DAP, PAS dan PKR pada 1 April 2008 akan berkubur atau kekal, sebenarnya bergantung kepada pendirian PKR, yang kini tersepit sama ada mahu menyebelahi DAP atau PAS.

Penganalisis politik melihat keputusan dan pendirian PKR akan menjadi penentu, selepas PAS dan DAP memutuskan hubungan kerjasama sesama mereka dan masing-masing pula hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan PKR.

Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, yang juga Naib Presiden parti, dilapor sebagai berkata PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik mingguan malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu berkenaan.

Perseteruan antara PAS dan DAP tiba di kemuncaknya hari ini apabila DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud. Pendirian DAP, yang diumumkan Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam, yang mencapai kata sepakat bahawa PR tidak lagi wujud.

Ini susulan daripada keputusan Muktamar tahunan PAS ke-61 pada awal bulan ini yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu PAS memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan.

Lim berkata keputusan Muktamar PAS itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah ‘membunuh’ pakatan itu.

Sudah pasti kesan kepada keputusan DAP itu akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai mereka di Selangor dan juga Pulau Pinang.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang mempunyai 56 kerusi, PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (BN) (12) dan Bebas (satu). Bagi DUN Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10), BN (10) dan PAS (satu).

Apakah nasib Selangor dan Pulau Pinang ekoran pergolakan politik pakatan pembangkang?

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat keputusan DAP itu tidak akan menjejaskan perjalanan kerajaan negeri di Selangor mahupun Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti berkenaan untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan negeri yang ada sekarang.

“Di Selangor, saya rasa tidak menjadi masalah selagi ADUN PAS dan DAP memberikan sokongan kepada (Menteri Besar Selangor) Mohamad Azmin (Ali) untuk terus menerajui kerajaan negeri,” katanya.

Che Hamdan meramalkan bahawa PKR akan terus menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti itu bagi memastikan mereka tidak menghadapi risiko kehilangan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed pula berpendapat jika DAP masih meneruskan hubungan kerjasama politik dengan PKR, ini akan membolehkan kedua-dua parti itu membentuk kerajaan di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor.

“Di sisi undang-undang, kerajaan pakatan di Pulau Pinang tidak akan terjejas kerana PAS hanya mempunyai satu kerusi, jadi jumlah kerusi majoriti masih dikuasai oleh DAP dan PKR.

“Tetapi sebaliknya akan berlaku di Selangor jika PAS menarik diri daripada pakatan. Implikasinya besar kerana jika PKR dan DAP bergabung mereka hanya mempunyai 28 kerusi sahaja dan ini tidak cukup untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Ahmad Martadha menambah meskipun PAS dan UMNO bergabung selepas ini, masalah kekurangan satu kerusi tetap wujud untuk membentuk kerajaan dan bagi menyelesaikan perkara itu, Sultan Selangor perlu bertindak memanggil Menteri Besar dengan kadar segera bagi mengetahui keadaan semasa yang berlaku.

“Adalah tidak mustahil sekiranya DUN Selangor akan dibubarkan bagi memastikan siapakah yang akan mempunyai kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.

Lantaran tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001. Ini menjadikan hanya PAS dan KeADILan kekal bekerjasama dan memberi tentangan kepada BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Apakah sebenarnya yang mahu dilakukan DAP?

Che Hamdan berkata pendirian DAP pada hari ini dilihat tergantung sama ada mahu membubarkan pakatan pembangkang atau parti itu keluar daripada pakatan.

“Kenyataan DAP ini dikeluarkan atas persepsi bahawa muktamar PAS telah meluluskan usul berpisah dengan DAP,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 5 Jun lepas dilapor sebagai berkata usul Dewan Ulama PAS itu akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Ini sekaligus menggambarkan ia bukanlah pendirian rasmi PAS.

Ahmad Martadha berkata ‘Pakatan Rakyat’ yang diwujudkan PAS-PKR-DAP untuk membentuk kerajaan bukanlah satu gabungan yang sah kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata sama ada PAS atau DAP keluar daripada pakatan pembangkang, PR tetap tidak akan terbubar kerana ia adalah gabungan parti-parti politik yang diwujudkan secara tidak formal bagi menentang BN.

Ahmad Martadha berkata krisis yang berlaku dalam pakatan pada hari ini sememangnya sudah diramal oleh ramai pihak ekoran perbezaan ideologi politik terutama antara DAP dan PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini dilapor berkata pakatan pembangkang masih wujud dengan adanya kerjasama antara PAS dan PKR meskipun DAP mengisytiharkan gabungan tersebut tidak lagi wujud.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata pakatan pembangkang ditubuhkan atas dasar kerjasama dan kesepakatan ketiga-tiga parti berkenaan dan apa jua keputusan perlu dicapai secara bersama dan bukannya secara bersendirian.

Nik Mohamad Abduh mengakui masa depan pakatan pembangkang kini di tangan PKR untuk memutuskannya dan menyelamatkan daripada krisis yang dihadapinya.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

PKR Kini Penentu Sama Ada 'Pakatan Rakyat' Wujud Atau Tidak - pakdin.my

dewan-ulama-pas-lulus-usul-bercerai-dengan-dap

Umpama telur di hujung tanduk, pendirian terbaharu DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) ‘tidak lagi wujud’ pastinya meletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam keadaan genting untuk membuat keputusan mengenai kedudukan pakatan pembangkang.

Sama ada PR, gabungan kerjasama politik yang dibentuk DAP, PAS dan PKR pada 1 April 2008 akan berkubur atau kekal, sebenarnya bergantung kepada pendirian PKR, yang kini tersepit sama ada mahu menyebelahi DAP atau PAS.

Penganalisis politik melihat keputusan dan pendirian PKR akan menjadi penentu, selepas PAS dan DAP memutuskan hubungan kerjasama sesama mereka dan masing-masing pula hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan PKR.

Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, yang juga Naib Presiden parti, dilapor sebagai berkata PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik mingguan malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu berkenaan.

Perseteruan antara PAS dan DAP tiba di kemuncaknya hari ini apabila DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud. Pendirian DAP, yang diumumkan Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam, yang mencapai kata sepakat bahawa PR tidak lagi wujud.

Ini susulan daripada keputusan Muktamar tahunan PAS ke-61 pada awal bulan ini yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu PAS memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan.

Lim berkata keputusan Muktamar PAS itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah ‘membunuh’ pakatan itu.

Sudah pasti kesan kepada keputusan DAP itu akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai mereka di Selangor dan juga Pulau Pinang.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang mempunyai 56 kerusi, PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (BN) (12) dan Bebas (satu). Bagi DUN Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10), BN (10) dan PAS (satu).

Apakah nasib Selangor dan Pulau Pinang ekoran pergolakan politik pakatan pembangkang?

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat keputusan DAP itu tidak akan menjejaskan perjalanan kerajaan negeri di Selangor mahupun Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti berkenaan untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan negeri yang ada sekarang.

“Di Selangor, saya rasa tidak menjadi masalah selagi ADUN PAS dan DAP memberikan sokongan kepada (Menteri Besar Selangor) Mohamad Azmin (Ali) untuk terus menerajui kerajaan negeri,” katanya.

Che Hamdan meramalkan bahawa PKR akan terus menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti itu bagi memastikan mereka tidak menghadapi risiko kehilangan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed pula berpendapat jika DAP masih meneruskan hubungan kerjasama politik dengan PKR, ini akan membolehkan kedua-dua parti itu membentuk kerajaan di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor.

“Di sisi undang-undang, kerajaan pakatan di Pulau Pinang tidak akan terjejas kerana PAS hanya mempunyai satu kerusi, jadi jumlah kerusi majoriti masih dikuasai oleh DAP dan PKR.

“Tetapi sebaliknya akan berlaku di Selangor jika PAS menarik diri daripada pakatan. Implikasinya besar kerana jika PKR dan DAP bergabung mereka hanya mempunyai 28 kerusi sahaja dan ini tidak cukup untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Ahmad Martadha menambah meskipun PAS dan UMNO bergabung selepas ini, masalah kekurangan satu kerusi tetap wujud untuk membentuk kerajaan dan bagi menyelesaikan perkara itu, Sultan Selangor perlu bertindak memanggil Menteri Besar dengan kadar segera bagi mengetahui keadaan semasa yang berlaku.

“Adalah tidak mustahil sekiranya DUN Selangor akan dibubarkan bagi memastikan siapakah yang akan mempunyai kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.

Lantaran tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001. Ini menjadikan hanya PAS dan KeADILan kekal bekerjasama dan memberi tentangan kepada BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Apakah sebenarnya yang mahu dilakukan DAP?

Che Hamdan berkata pendirian DAP pada hari ini dilihat tergantung sama ada mahu membubarkan pakatan pembangkang atau parti itu keluar daripada pakatan.

“Kenyataan DAP ini dikeluarkan atas persepsi bahawa muktamar PAS telah meluluskan usul berpisah dengan DAP,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 5 Jun lepas dilapor sebagai berkata usul Dewan Ulama PAS itu akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Ini sekaligus menggambarkan ia bukanlah pendirian rasmi PAS.

Ahmad Martadha berkata ‘Pakatan Rakyat’ yang diwujudkan PAS-PKR-DAP untuk membentuk kerajaan bukanlah satu gabungan yang sah kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata sama ada PAS atau DAP keluar daripada pakatan pembangkang, PR tetap tidak akan terbubar kerana ia adalah gabungan parti-parti politik yang diwujudkan secara tidak formal bagi menentang BN.

Ahmad Martadha berkata krisis yang berlaku dalam pakatan pada hari ini sememangnya sudah diramal oleh ramai pihak ekoran perbezaan ideologi politik terutama antara DAP dan PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini dilapor berkata pakatan pembangkang masih wujud dengan adanya kerjasama antara PAS dan PKR meskipun DAP mengisytiharkan gabungan tersebut tidak lagi wujud.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata pakatan pembangkang ditubuhkan atas dasar kerjasama dan kesepakatan ketiga-tiga parti berkenaan dan apa jua keputusan perlu dicapai secara bersama dan bukannya secara bersendirian.

Nik Mohamad Abduh mengakui masa depan pakatan pembangkang kini di tangan PKR untuk memutuskannya dan menyelamatkan daripada krisis yang dihadapinya.

Berita berkaitan