Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah RM417.9 bilion atau bersamaan US$94.0 bilion, pada 30 Oktober lalu.
“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.