Teks penuh wawancara Perdana Menteri dengan Metro TV, Indonesia - pakdin.my

najib-metro-tv-indonesia

JAKARTA – Berikut adalah teks penuh wawancara eksklusif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan MetroTV di sini, semalam.

S: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terima kasih faktor anda dalam MetroTV. Dalam kunjungan ini, selain kerjasama ekonomi juga dibahas hal-hal penting lainya seperti soal tenaga kerja dan soal perbatasan antara dua negara. Saya ingin fokus kepada tenaga kerja dahulu. Seperti apa anda melihat penyelesaian masalah tenaga kerja antara Indonesia dengan Malaysia pada masa depan?

PM: Kita amat menghargai tenaga kerja dari Indonesia yang dapat membantu ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor sebagai sumber tenaga yang penting. Namun, kita berkehendakan supaya kemasukan tenaga kerja ini secara teratur dan mengikut undang-undang negara.

S: Ini bererti tidak ada lagi tenaga kerja ‘illegal’ (haram) begitu?

PM: Ini maksud saya, sebab dia mendatangkan satu masalah sosial, di samping itu kita tidak dapat memberi perlindungan melindungi kepentingan mereka.

S: Setelah kunjungan ini apa yang akan berbeza terhadap tenaga kerja Indonesia di Malaysia?

PM: Ramai kita bersetuju supaya masalah ini ditangani oleh jawatankuasa bersama.

Menteri Tenaga Kerja kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini dan kedua bagaimana kita boleh lebih melakukan nilai tambah. Salah satu daripada cadangan Presiden Jokowi ialah untuk ‘upgrade’ (meningkatkan) kemahiran mereka di sini dan kita juga mengenal pasti keperluan kemahiran yang diperlukan oleh industri oleh syarikat-syarikat peladangan, pembinaan dan sebagainya supaya kita dapat lakukan ‘matching’ (pemadanan).

S: Selain tenaga kerja ada hal yang penting apa kaitan dengan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia?

PM: Hubungan kita ini berada tahap hubungan yang boleh saya katakan sangat serasi. Saya sentiasa menganggap hubungan ini sebagai amat penting diusahakan secara bersungguh-sungguh, sebab kita tidak boleh bersandarkan semangat rumpun, soal sejarah kebersamaaan budaya, agama dan sebagainya tetapi kita mesti sedar bahawa kita perlu mengenal pasti bidang-bidang yang boleh membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi, tahap baharu.

S: Apa saja itu (contohnya) Pak Najib?

PM: Umpamanya dalam ekonomi, macam mana kita boleh ‘intergrate’ (mengintegrasikan) ekonomi Malaysia dan ekonomi Indonesia. Saya lihat langkah yang dibuat oleh Bapak Presiden di sini untuk membangunkan kemudahan asas ‘infrastructure spending’ (perbelanjaan infrastruktur) termasuk ‘public housing’ (perumahan awam), lebuh raya dan sebagainya. Ini semua boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat dari Malaysia dan saya hendak pertimbangan berdasarkan kepada merit.

S: Apabila membandingkan hubungan Malaysia-Indonesia sebelum anda menjawat sebagai ‘Prime Minister’ (Perdana Menteri). Sebelum 2009 dengan setelah saat anda menjawat sebagai ‘Prime Minister’, apa perbezaannya?

PM: Ini merupakan satu proses, ia tidak bererti bahawa hubungan ini tak baik sebelum saya ataupun kurang baik sebelum saya jadi Perdana Menteri. Tapi kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, misalnya kalau dulu sering ada demostrasi terhadap Malaysia tetapi akhir-akhirnya ini nampak tak ada, kadang-kadang soal agak kecil tetapi diperbesarkan, soal tarian dan sebagainya ini tidak seharusnya menjadi permasalahan antara kedua-dua negara yang mewarisi budaya yang sama.

Kalau kita boleh mengurangkan atau menolak sama sekali unsur-unsur untuk menjadikan sesuatu isu yang kecil itu menjadi isu besar, maka hubungan kita ini boleh dilihat daripada persepktif yang lebih besar, lebih luas dan betapa pentingnya dua negara serumpun ini bekerjasama seerat mungkin.

S: Sebagai investor (pelabur) terbesar kedua di Indonesia, bagaimana anda melihat Indonesia hari ini Pak Najib?

PM: Saya melihat, prospeknya begitu mengalakkan antaranya langkah yang dibuat oleh pemerintah hari ini untuk memudahkan kerenah birokrasi dari segi FDI (Pelaburan Langsung Asing) itu kami melihat bahawa Indonesia hari ini lebih ‘investor friendly’ (mesra pelabur), kedua dengan peluang-peluang perniagaan yang hasil daripada keputusan pemerintah dan Bapak Presiden, saya sebut tadi untuk membangunkan infrastruktur umpamanya dan kita syarikat-syarikat dari Malaysia boleh mengambil bahagian berdasarkan kepada kebolehan merit. Saya melihat prospeknya amat baik sekali.

S: Kalau tadi mengatakan Indonesia semakin ‘investor-friendly’, bagaimana Malaysia boleh memaksimumkan potensi itu sehingga mengeratkan hubungan ekonomi, kerjasama ekonomi antara dua negara?

PM: Ya, misalnya, keputusan ini mengadakan WIEF, Forum Ekonomi Islam Dunia di Jakarta ini, salah satu daripada platform bagaimana kita boleh tingkat usahasama antara ‘business to business aspect’ (aspek bisnes ke bisnes) ataupun perspektif dan juga isyarat yang diberikan, maknanya pelabur dan orang berniaga melihat pada ‘political signal’ (isyarat politik). Jadi, kalau dia lihat pucuk pimpinan pemerintah Malaysia-Indonesia ini hubungannya begitu akrab, begitu positif, maka itu memberi ‘signal’ yang jelas.

S: Pak Najib, bagaimana anda menjelaskan hubungan anda secara peribadi dengan Pak Jokowi?

PM: Saya amat senang hati dengan Pak Jokowi, saya lihat keterbukaannya, saya lihat keikhlasannya dan saya pun lihat bahawa dalam banyak isu kami ada pendirian dan ada perspektif yang sama, ini bererti kami kurang berbeza pendapat. Walaupun ada cabaran misalnya, kita terpaksa mencari penyelesaian yang bersifat tuntas dalam soal kesempadanan, perairan maritim dan sebagainya, soal nelayan yang ditangkap dan sebagainya, ini isu yang pratikal, isu yang tidak seharusnya membawa kepada isu-isu yang menghambat kepada hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

S: Apakah dengan adanya Presiden Jokowi sebagai presiden Republik Indonesia membuat anda rasa lebih nyaman sebagai ‘counterpart’ (rakan sejawat) untuk bekerjasama dengan Indonesia.

PM: Ya begitu, saya lihat, saya dah kenal Pak Jokowi sebelum dia jadi presiden Indonesia. Dia memang merupakan seorang ‘the people’s man’ (Pemimpin yang mengutamakan rakyat). Saya melihat bahawa dia amat sedar betapa pentingnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama dengan seerat mungkin.

S: Pak Najib, saya akan berpindah ke topik yang lain. Di negara anda, di peringkat antarabangsa anda dihujani dengan tuduhan soal 1MDB bahkan ‘US Justice Department’ Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengeluarkan ‘law suit’ (saman sivil) terhadap anda dan apa yang sebenarnya terjadi?

PM: Ini merupakan satu isu bisnes, tetapi malangnya isu bisnes ini dijadikan sebagai satu isu politik oleh musuh-musuh. Maknanya, kalau ada apa-apa kelemahan kalau ada apa-apa yang dilakukan tidak selari dengan undang-undang dan sebagainya, biarkan ini sebagai masalah bisnes dan diteliti dari segi proses undang-undang dan kerajaan Malaysia merupakan negara yang pertama sekali mengambil keputusan untuk disiasat dan kita tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) yang terdiri daripada ahli-ahli parti kerajaan dan pembangkang sebagainya dan badan-badan lain seperti MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Polis, Bank Negara, semua sudah siasat apa yang berlaku dalam 1MDB.

Tetapi malangnya dijadikan sebagai isu politik oleh musuh-musuh tertentu. Saya nak beritahu bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak melibatkan saya ataupun kerajaan Malaysia ataupun secara langsung 1MDB.

Ia cuma nama-nama lima orang yang ternama dalam ‘sivil suit’ (saman sivil) tersebut dan itu yang perlu dijelaskan dan ini merupakan saman sivil dan bukan saman ‘criminal’ (jenayah).

S: Anda mengatakan kes ini isu bisnes tetapi dipolitikkan. Apa motif dari aspek politik pada pandangan anda?

PM: Motifnya jelas, sebab kalau sebagai pembangkang dan yang mereka tak senang dengan kepemimpinan saya, mereka kena cari isu. Isu lain nampaknya mereka tak dapat ‘attraction’ (perhatian) tak dapat sambutan nak menjatuhkan saya dengan kerajaan, tapi dalam isu ini mungkin sedikit sebanyak ada perhatian daripada setengah pihak.

Tetapi bila berlaku pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, kita (Barisan Nasional) telah menang dengan ‘over whelming majority’ (majoriti yang sangat besar) dan bila kita ada dua ‘by-election’ (pilihan raya kecil) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam bulan Ramadan baru-baru ini, majoriti kita melonjak tinggi, jadi kalau kita jadikan ini sebagai ukuran dalam sistem demokrasi yang terbuka, rakyat telah membuat pilihan. Malah, bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir, dia buat kenyataan mahu jadikan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai referendum terhadap kepimpinan saya…referendum itu jelas jika dijadikan referendum, maknanya rakyat memberi sokongan yang semakin meningkat kepada kepimpinan saya, walaupun digunakan pelbagai isu.

S: Jadi ertinya tidak ada yang salah dengan 1MDB?

PM: Mungkin ada kelemahan-kelemahan tertentu dan kita telah betulkan, kita ambil ‘internal action’ (tindakan dalaman’), misalnya kita ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang baharu dan Kementerian Kewangan telah ambil alih dan seperti yang saya kata, jika ada apa-apa lagi yang perlu, kita akan ambil tindakan.

S: Baik, bagaimana anda menjelaskan ada yang menyatakan menyebut nama Dr Mahathir. Sebenarnya hubungan anda dengan Dr Mahathir seperti apa? Beliau adalah bekas mentor anda.

PM: Ya, memang Dr Mahathir menyokong kuat saya dulu dan menjadi mentor saya selama ini, tetapi Dr Mahathir ada sifat mahu ‘control’ (kawal), mahu jadi penentu kepada apa saja keputusan atau dasar negara walaupun dia tidak lagi menjadi perdana menteri. Maknanya, Dr Mahathir is ‘obsess about control’ (obses untuk mengawal) dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau. Mendapat ‘nasihat’ beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.

Maknanya, saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia, atau pun saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya berdasarkan kepada mandat rakyat telah berikan kepada saya, parti telah berikan kepada saya, maka saya harus lakukan apa yang terbaik untuk negara dan saya bertanggungjawab kepada rakyat.

S: Mana yang anda pilih?

PM: Saya pilih yang kedua, sebab itulah bila saya pilih yang kedua maknanya saya perlu menjadi seorang perdana menteri yang bertanggungjawab kepada rakyat membuat apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk negara tetapi saya tahu kesannya tentu sekali Dr Mahathir tidak akan senang hati dengan saya, sebab sejarah telah membuktikan bahawa dia telah cuba dan dia telah menolak serta membuang ramai pemimpin dalam kerajaan sejak dulu lagi.

S: Dari hubungan yang hangat menjadi hubungan yang masam?

PM: Sebab saya tidak dengar cakap dia, mudahnya saya tidak dengar cakap dia sebab saya ada pertimbangan yang saya fikir adalah tepat untuk negara Malaysia.

S: Pak Najib, bagaimana kehebohan kes 1MDB dengan ibaratnya hubungan yang masam anda dan Dr Mahathir dan pembangkang yang begitu mempengaruhi ‘partnership’ (kerjasama) atau corak pemerintahan anda?

PM: Ya, pada akhirnya, walaupun ia jadi isu yang agak hangat tetapi kita sebuah negara demokrasi, akhirnya kita akan serah kepada rakyat. Rakyat akan menentukan apakah kehendak mereka dan saya yakin atas kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan bila sampai masanya.

S: Selain…kita cuba singkirkan dulu skandal, tuduhan dan sebagainya. Kita harus akui anda adalah pemimpin yang dipuji kerana menggunakan ‘personal touch’ (Sentuhan peribadi) untuk rakyat Malaysia. Bagaimana anda menjelaskan hubungan anda dengan warganegara Malaysia saat ini?.

PM: Saya kira baik sebab saya turun ke peringkat akar umbi. Rajin juga saya berjumpa dengan rakyat dan saya melihat sambutan agak hangat bila saya turun dan Alhamdulillah sehari dua ini dari segi hubungan dengan rakyat, saya rasa senang hati. (Walaupun ada pelbagai tuduhan) itu biasa dalam politik, itu adat resam politik tetapi hakikatnya kita mesti mendapat sokongan dan keyakinan rakyat jelata.

S: Ada kebijakan (cara pentadbiran) yang tidak popular tetapi banyak pihak yang mengatakan perlu. Seperti memotong subsidi bahan bakar dan menggantikannya dengan pembangunan projek MRT dan juga LRT. Boleh dijelaskan kepada kami apakah signifikan langkah itu?

PM: Kita ada cabaran yang hampir sama. Dua malam lalu, saya berbual dengan Pak Jokowi dan di Indonesia pun telah memansuhkan subsidi minyak, di Malaysia pun kita telah memansuhkan subsidi minyak, walaupun, ini soal ujian kepimpinan, sama ada kita berani membuat keputusan tepat, tetapi tidak popular dalam jangka pendek ataupun kita buat keputusan tepat, lambat laun rakyat akan sedar bahawa keputusan itu adalah keputusan yang tepat sekali.

S: Kita akan beralih kepada soal terorisme (keganasan), ini satu hal yang anda sampaikan kelmarin dalam ucapan anda di WIEF. Anda mengatakan bahawa ketika ini Malaysia begitu fokus untuk mengalahkan ISIS terutama aspek keganasan di Malaysia. Formula apa yang paling tepat untuk menangkis keganasan dan mengalahkan ISIS.

PM: Kita perlu melakukan melalui berbagai cara. Pertamanya, kita mesti mengenal pasti (pengganas) sebagai satu ancaman yang benar, satu ancaman yang serius, satu ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita terima itu sebagai satu realiti, maka kita perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Pertamanya, saya telah bersama-sama dengan jemaah menteri, kita meluluskan set perundangan baharu untuk memberi kuasa yang lebih kepada pasukan keselamatan untuk bertindak.

Kita percaya kepada kuasa ‘pre-emptive’ (pengcegahan awal) umpamanya, jika ada bukti yang jelas bahawa sesuatu tindakan dalam bentuk keganasan akan berlaku oleh mana-mana individu, maka individu itu boleh ditahan.

Tetapi kuasa itu bukan kuasa eksekutif (ia adalah) kuasa mahkamah. Jadi kita kemukakan bukti kepada mahkamah dan mahkamah putuskan sama ada orang ini merupakan ancaman kepada masyarakat ataupun tidak. Ya betul, dari segi prinsip undang-undang belum berlaku kejadian itu tetapi apakah kita perlu menunggu sesuatu itu, kejadian yang buruk berlaku sebelum kita boleh bertindak.

S:Apa yang boleh Indonesia belajar daripada usaha Malaysia membanteras radikalisme dan keganasan?

PM: Kuasa ‘pre-emptive’, tetapi kuasa itu jangan diberi kepada kuasa pentadbiran, tetapi beri kepada mahkamah. Kemukakan bukti di mahkamah bahawa mereka ini akan melakukan sesuatu tindakan keganasan yang berbentuk ‘eminent’ (popular). Jadi, kalau kita menunggu sesuatu berlaku, kesannya cukup buruk.

Kesannya kepada individu, kepada masyarakat dan kepada ekonomi negara. Lihat Tunisia umpamanya, industri pelancongannya lumpuh sekarang.

S: Bagaimana anda melihat saat ini Indonesia sedang membahaskan mengenai undang-undang penganasan untuk memasukkan tentera dalam usaha membanteras keganasan?. Apakah ini, anda fikir akan berkesan apabila pihak tentera dan polis bekerjsama membanteras keganasan?

PM: Saya sokong sebab polis sahaja tidak mencukupi, kita perlu kekuatan angkatan tentera, namun ia mesti ada kerjasama.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Teks penuh wawancara Perdana Menteri dengan Metro TV, Indonesia - pakdin.my

najib-metro-tv-indonesia

JAKARTA – Berikut adalah teks penuh wawancara eksklusif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan MetroTV di sini, semalam.

S: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terima kasih faktor anda dalam MetroTV. Dalam kunjungan ini, selain kerjasama ekonomi juga dibahas hal-hal penting lainya seperti soal tenaga kerja dan soal perbatasan antara dua negara. Saya ingin fokus kepada tenaga kerja dahulu. Seperti apa anda melihat penyelesaian masalah tenaga kerja antara Indonesia dengan Malaysia pada masa depan?

PM: Kita amat menghargai tenaga kerja dari Indonesia yang dapat membantu ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor sebagai sumber tenaga yang penting. Namun, kita berkehendakan supaya kemasukan tenaga kerja ini secara teratur dan mengikut undang-undang negara.

S: Ini bererti tidak ada lagi tenaga kerja ‘illegal’ (haram) begitu?

PM: Ini maksud saya, sebab dia mendatangkan satu masalah sosial, di samping itu kita tidak dapat memberi perlindungan melindungi kepentingan mereka.

S: Setelah kunjungan ini apa yang akan berbeza terhadap tenaga kerja Indonesia di Malaysia?

PM: Ramai kita bersetuju supaya masalah ini ditangani oleh jawatankuasa bersama.

Menteri Tenaga Kerja kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini dan kedua bagaimana kita boleh lebih melakukan nilai tambah. Salah satu daripada cadangan Presiden Jokowi ialah untuk ‘upgrade’ (meningkatkan) kemahiran mereka di sini dan kita juga mengenal pasti keperluan kemahiran yang diperlukan oleh industri oleh syarikat-syarikat peladangan, pembinaan dan sebagainya supaya kita dapat lakukan ‘matching’ (pemadanan).

S: Selain tenaga kerja ada hal yang penting apa kaitan dengan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia?

PM: Hubungan kita ini berada tahap hubungan yang boleh saya katakan sangat serasi. Saya sentiasa menganggap hubungan ini sebagai amat penting diusahakan secara bersungguh-sungguh, sebab kita tidak boleh bersandarkan semangat rumpun, soal sejarah kebersamaaan budaya, agama dan sebagainya tetapi kita mesti sedar bahawa kita perlu mengenal pasti bidang-bidang yang boleh membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi, tahap baharu.

S: Apa saja itu (contohnya) Pak Najib?

PM: Umpamanya dalam ekonomi, macam mana kita boleh ‘intergrate’ (mengintegrasikan) ekonomi Malaysia dan ekonomi Indonesia. Saya lihat langkah yang dibuat oleh Bapak Presiden di sini untuk membangunkan kemudahan asas ‘infrastructure spending’ (perbelanjaan infrastruktur) termasuk ‘public housing’ (perumahan awam), lebuh raya dan sebagainya. Ini semua boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat dari Malaysia dan saya hendak pertimbangan berdasarkan kepada merit.

S: Apabila membandingkan hubungan Malaysia-Indonesia sebelum anda menjawat sebagai ‘Prime Minister’ (Perdana Menteri). Sebelum 2009 dengan setelah saat anda menjawat sebagai ‘Prime Minister’, apa perbezaannya?

PM: Ini merupakan satu proses, ia tidak bererti bahawa hubungan ini tak baik sebelum saya ataupun kurang baik sebelum saya jadi Perdana Menteri. Tapi kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, misalnya kalau dulu sering ada demostrasi terhadap Malaysia tetapi akhir-akhirnya ini nampak tak ada, kadang-kadang soal agak kecil tetapi diperbesarkan, soal tarian dan sebagainya ini tidak seharusnya menjadi permasalahan antara kedua-dua negara yang mewarisi budaya yang sama.

Kalau kita boleh mengurangkan atau menolak sama sekali unsur-unsur untuk menjadikan sesuatu isu yang kecil itu menjadi isu besar, maka hubungan kita ini boleh dilihat daripada persepktif yang lebih besar, lebih luas dan betapa pentingnya dua negara serumpun ini bekerjasama seerat mungkin.

S: Sebagai investor (pelabur) terbesar kedua di Indonesia, bagaimana anda melihat Indonesia hari ini Pak Najib?

PM: Saya melihat, prospeknya begitu mengalakkan antaranya langkah yang dibuat oleh pemerintah hari ini untuk memudahkan kerenah birokrasi dari segi FDI (Pelaburan Langsung Asing) itu kami melihat bahawa Indonesia hari ini lebih ‘investor friendly’ (mesra pelabur), kedua dengan peluang-peluang perniagaan yang hasil daripada keputusan pemerintah dan Bapak Presiden, saya sebut tadi untuk membangunkan infrastruktur umpamanya dan kita syarikat-syarikat dari Malaysia boleh mengambil bahagian berdasarkan kepada kebolehan merit. Saya melihat prospeknya amat baik sekali.

S: Kalau tadi mengatakan Indonesia semakin ‘investor-friendly’, bagaimana Malaysia boleh memaksimumkan potensi itu sehingga mengeratkan hubungan ekonomi, kerjasama ekonomi antara dua negara?

PM: Ya, misalnya, keputusan ini mengadakan WIEF, Forum Ekonomi Islam Dunia di Jakarta ini, salah satu daripada platform bagaimana kita boleh tingkat usahasama antara ‘business to business aspect’ (aspek bisnes ke bisnes) ataupun perspektif dan juga isyarat yang diberikan, maknanya pelabur dan orang berniaga melihat pada ‘political signal’ (isyarat politik). Jadi, kalau dia lihat pucuk pimpinan pemerintah Malaysia-Indonesia ini hubungannya begitu akrab, begitu positif, maka itu memberi ‘signal’ yang jelas.

S: Pak Najib, bagaimana anda menjelaskan hubungan anda secara peribadi dengan Pak Jokowi?

PM: Saya amat senang hati dengan Pak Jokowi, saya lihat keterbukaannya, saya lihat keikhlasannya dan saya pun lihat bahawa dalam banyak isu kami ada pendirian dan ada perspektif yang sama, ini bererti kami kurang berbeza pendapat. Walaupun ada cabaran misalnya, kita terpaksa mencari penyelesaian yang bersifat tuntas dalam soal kesempadanan, perairan maritim dan sebagainya, soal nelayan yang ditangkap dan sebagainya, ini isu yang pratikal, isu yang tidak seharusnya membawa kepada isu-isu yang menghambat kepada hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

S: Apakah dengan adanya Presiden Jokowi sebagai presiden Republik Indonesia membuat anda rasa lebih nyaman sebagai ‘counterpart’ (rakan sejawat) untuk bekerjasama dengan Indonesia.

PM: Ya begitu, saya lihat, saya dah kenal Pak Jokowi sebelum dia jadi presiden Indonesia. Dia memang merupakan seorang ‘the people’s man’ (Pemimpin yang mengutamakan rakyat). Saya melihat bahawa dia amat sedar betapa pentingnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama dengan seerat mungkin.

S: Pak Najib, saya akan berpindah ke topik yang lain. Di negara anda, di peringkat antarabangsa anda dihujani dengan tuduhan soal 1MDB bahkan ‘US Justice Department’ Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengeluarkan ‘law suit’ (saman sivil) terhadap anda dan apa yang sebenarnya terjadi?

PM: Ini merupakan satu isu bisnes, tetapi malangnya isu bisnes ini dijadikan sebagai satu isu politik oleh musuh-musuh. Maknanya, kalau ada apa-apa kelemahan kalau ada apa-apa yang dilakukan tidak selari dengan undang-undang dan sebagainya, biarkan ini sebagai masalah bisnes dan diteliti dari segi proses undang-undang dan kerajaan Malaysia merupakan negara yang pertama sekali mengambil keputusan untuk disiasat dan kita tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) yang terdiri daripada ahli-ahli parti kerajaan dan pembangkang sebagainya dan badan-badan lain seperti MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Polis, Bank Negara, semua sudah siasat apa yang berlaku dalam 1MDB.

Tetapi malangnya dijadikan sebagai isu politik oleh musuh-musuh tertentu. Saya nak beritahu bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak melibatkan saya ataupun kerajaan Malaysia ataupun secara langsung 1MDB.

Ia cuma nama-nama lima orang yang ternama dalam ‘sivil suit’ (saman sivil) tersebut dan itu yang perlu dijelaskan dan ini merupakan saman sivil dan bukan saman ‘criminal’ (jenayah).

S: Anda mengatakan kes ini isu bisnes tetapi dipolitikkan. Apa motif dari aspek politik pada pandangan anda?

PM: Motifnya jelas, sebab kalau sebagai pembangkang dan yang mereka tak senang dengan kepemimpinan saya, mereka kena cari isu. Isu lain nampaknya mereka tak dapat ‘attraction’ (perhatian) tak dapat sambutan nak menjatuhkan saya dengan kerajaan, tapi dalam isu ini mungkin sedikit sebanyak ada perhatian daripada setengah pihak.

Tetapi bila berlaku pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, kita (Barisan Nasional) telah menang dengan ‘over whelming majority’ (majoriti yang sangat besar) dan bila kita ada dua ‘by-election’ (pilihan raya kecil) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam bulan Ramadan baru-baru ini, majoriti kita melonjak tinggi, jadi kalau kita jadikan ini sebagai ukuran dalam sistem demokrasi yang terbuka, rakyat telah membuat pilihan. Malah, bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir, dia buat kenyataan mahu jadikan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai referendum terhadap kepimpinan saya…referendum itu jelas jika dijadikan referendum, maknanya rakyat memberi sokongan yang semakin meningkat kepada kepimpinan saya, walaupun digunakan pelbagai isu.

S: Jadi ertinya tidak ada yang salah dengan 1MDB?

PM: Mungkin ada kelemahan-kelemahan tertentu dan kita telah betulkan, kita ambil ‘internal action’ (tindakan dalaman’), misalnya kita ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang baharu dan Kementerian Kewangan telah ambil alih dan seperti yang saya kata, jika ada apa-apa lagi yang perlu, kita akan ambil tindakan.

S: Baik, bagaimana anda menjelaskan ada yang menyatakan menyebut nama Dr Mahathir. Sebenarnya hubungan anda dengan Dr Mahathir seperti apa? Beliau adalah bekas mentor anda.

PM: Ya, memang Dr Mahathir menyokong kuat saya dulu dan menjadi mentor saya selama ini, tetapi Dr Mahathir ada sifat mahu ‘control’ (kawal), mahu jadi penentu kepada apa saja keputusan atau dasar negara walaupun dia tidak lagi menjadi perdana menteri. Maknanya, Dr Mahathir is ‘obsess about control’ (obses untuk mengawal) dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau. Mendapat ‘nasihat’ beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.

Maknanya, saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia, atau pun saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya berdasarkan kepada mandat rakyat telah berikan kepada saya, parti telah berikan kepada saya, maka saya harus lakukan apa yang terbaik untuk negara dan saya bertanggungjawab kepada rakyat.

S: Mana yang anda pilih?

PM: Saya pilih yang kedua, sebab itulah bila saya pilih yang kedua maknanya saya perlu menjadi seorang perdana menteri yang bertanggungjawab kepada rakyat membuat apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk negara tetapi saya tahu kesannya tentu sekali Dr Mahathir tidak akan senang hati dengan saya, sebab sejarah telah membuktikan bahawa dia telah cuba dan dia telah menolak serta membuang ramai pemimpin dalam kerajaan sejak dulu lagi.

S: Dari hubungan yang hangat menjadi hubungan yang masam?

PM: Sebab saya tidak dengar cakap dia, mudahnya saya tidak dengar cakap dia sebab saya ada pertimbangan yang saya fikir adalah tepat untuk negara Malaysia.

S: Pak Najib, bagaimana kehebohan kes 1MDB dengan ibaratnya hubungan yang masam anda dan Dr Mahathir dan pembangkang yang begitu mempengaruhi ‘partnership’ (kerjasama) atau corak pemerintahan anda?

PM: Ya, pada akhirnya, walaupun ia jadi isu yang agak hangat tetapi kita sebuah negara demokrasi, akhirnya kita akan serah kepada rakyat. Rakyat akan menentukan apakah kehendak mereka dan saya yakin atas kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan bila sampai masanya.

S: Selain…kita cuba singkirkan dulu skandal, tuduhan dan sebagainya. Kita harus akui anda adalah pemimpin yang dipuji kerana menggunakan ‘personal touch’ (Sentuhan peribadi) untuk rakyat Malaysia. Bagaimana anda menjelaskan hubungan anda dengan warganegara Malaysia saat ini?.

PM: Saya kira baik sebab saya turun ke peringkat akar umbi. Rajin juga saya berjumpa dengan rakyat dan saya melihat sambutan agak hangat bila saya turun dan Alhamdulillah sehari dua ini dari segi hubungan dengan rakyat, saya rasa senang hati. (Walaupun ada pelbagai tuduhan) itu biasa dalam politik, itu adat resam politik tetapi hakikatnya kita mesti mendapat sokongan dan keyakinan rakyat jelata.

S: Ada kebijakan (cara pentadbiran) yang tidak popular tetapi banyak pihak yang mengatakan perlu. Seperti memotong subsidi bahan bakar dan menggantikannya dengan pembangunan projek MRT dan juga LRT. Boleh dijelaskan kepada kami apakah signifikan langkah itu?

PM: Kita ada cabaran yang hampir sama. Dua malam lalu, saya berbual dengan Pak Jokowi dan di Indonesia pun telah memansuhkan subsidi minyak, di Malaysia pun kita telah memansuhkan subsidi minyak, walaupun, ini soal ujian kepimpinan, sama ada kita berani membuat keputusan tepat, tetapi tidak popular dalam jangka pendek ataupun kita buat keputusan tepat, lambat laun rakyat akan sedar bahawa keputusan itu adalah keputusan yang tepat sekali.

S: Kita akan beralih kepada soal terorisme (keganasan), ini satu hal yang anda sampaikan kelmarin dalam ucapan anda di WIEF. Anda mengatakan bahawa ketika ini Malaysia begitu fokus untuk mengalahkan ISIS terutama aspek keganasan di Malaysia. Formula apa yang paling tepat untuk menangkis keganasan dan mengalahkan ISIS.

PM: Kita perlu melakukan melalui berbagai cara. Pertamanya, kita mesti mengenal pasti (pengganas) sebagai satu ancaman yang benar, satu ancaman yang serius, satu ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita terima itu sebagai satu realiti, maka kita perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Pertamanya, saya telah bersama-sama dengan jemaah menteri, kita meluluskan set perundangan baharu untuk memberi kuasa yang lebih kepada pasukan keselamatan untuk bertindak.

Kita percaya kepada kuasa ‘pre-emptive’ (pengcegahan awal) umpamanya, jika ada bukti yang jelas bahawa sesuatu tindakan dalam bentuk keganasan akan berlaku oleh mana-mana individu, maka individu itu boleh ditahan.

Tetapi kuasa itu bukan kuasa eksekutif (ia adalah) kuasa mahkamah. Jadi kita kemukakan bukti kepada mahkamah dan mahkamah putuskan sama ada orang ini merupakan ancaman kepada masyarakat ataupun tidak. Ya betul, dari segi prinsip undang-undang belum berlaku kejadian itu tetapi apakah kita perlu menunggu sesuatu itu, kejadian yang buruk berlaku sebelum kita boleh bertindak.

S:Apa yang boleh Indonesia belajar daripada usaha Malaysia membanteras radikalisme dan keganasan?

PM: Kuasa ‘pre-emptive’, tetapi kuasa itu jangan diberi kepada kuasa pentadbiran, tetapi beri kepada mahkamah. Kemukakan bukti di mahkamah bahawa mereka ini akan melakukan sesuatu tindakan keganasan yang berbentuk ‘eminent’ (popular). Jadi, kalau kita menunggu sesuatu berlaku, kesannya cukup buruk.

Kesannya kepada individu, kepada masyarakat dan kepada ekonomi negara. Lihat Tunisia umpamanya, industri pelancongannya lumpuh sekarang.

S: Bagaimana anda melihat saat ini Indonesia sedang membahaskan mengenai undang-undang penganasan untuk memasukkan tentera dalam usaha membanteras keganasan?. Apakah ini, anda fikir akan berkesan apabila pihak tentera dan polis bekerjsama membanteras keganasan?

PM: Saya sokong sebab polis sahaja tidak mencukupi, kita perlu kekuatan angkatan tentera, namun ia mesti ada kerjasama.

Berita berkaitan