Dendam Mahathir berhubung dua ‘anak emas’ – Mukhriz dan Proton - pakdin.my

Pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir yang menentang Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib kerana didorong dendam ekoran permintaan peribadinya ditolak Najib, seharusnya diberikan perhatian serius.

Antaranya, Ismail menyebut Najib menolak permintaan Mahathir untuk menswastakan MAS kepada seorang rakannya, lesen judi sukan rakan Mahathir diberi kelulusan dan berbilion diberikan sebagai bantuan kepada Proton.

Mari kita lihat satu lagi kejadian yang kemudiannya disusuli dengan pengumuman popular pada Ogos 2014 di mana Mahathir tidak lagi mahu menyokong Najib.

Saya yakin apa yang berlaku dalam tempoh 10 bulan sangat kritikal untuk mendorong Mahathir menentang Najib walau apa sekalipun, yang kemudiannya mencetus kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.

Pada September 2013, anak Mahathir, Mukhriz mengenepikan saranan untuk mengekalkan status quo bagi jawatan tiga naib presiden Umno, sebaliknya memilih untuk bertanding sama, biarpun sebelum itu Mukhriz tewas teruk bagi pertandingan jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008.

Seperti dijangkakan, Mukhriz kalah sekali lagi bagi jawatan naib presiden ketika keputusan diumumkan pada 21 Oktober 2013.

Mahathir sangat ketara, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir naib presiden.

Sebuah media asing turut memetik kemarahan Mahathir:

“Kami diberitahu mereka telah menghapuskan politik wang ketika pemilihan Umno baru-baru ini, namun saya tidak yakin,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya.

Biarpun beliau tidak menyebut nama Najib secara spesifik, beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak penglibatan wang, melibatkan jutaan ringgit, dan ramai yang tidak sepatutnya menerima undi memperolehinya kerana wang yang dibelanjakan.”

Biarpun Mukhriz secara terbuka menyatakan dia mahu dilantik oleh presiden sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.

Najib yakin Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan menteri besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya sebelum mendaki tangga kepimpinan parti. Lagipun, Mukhriz akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi berikutan jawatan menteri besar disandangnya, oleh itu, dia tidak memerlukan jawatan yang sama melalui lantikan.

Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika hari pertama Perhimpunan Agung Umno pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Beliau memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.

Berikutan apa yang berlaku dan bila ia berlaku, ramai yang tidak mudah diperbodohkan dengan cubaan secara terbuka Mahathir untuk menunjukkan rasa tidak puashati terhadap Najib atas kekalahan anaknya, Mukhriz. Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan perletakan jawatan Mahathir sebagai penasihat Petronas:

“Perletakan jawatan Mahathir, bagaimanapun, hadir ekoran hubungan dengan Perdana Menteri, Najib Razak semakin tegang beberapa bulan lalu, lebih-lebih lagi dengan keengganan Najib untuk memberi sokongan kepada anak Mahathir bagi jawatan penting dalam Umno. Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada perdana menteri.”

Di sebalik alasan kurang sihat dan faktor usia untuk menjadi penasihat Petronas, Mahathir kemudiannya mengambil jawatan pengerusi Proton Berhad, lima bulan selepas itu pada Mei 2014.

Ramai yang tahu, Mahathir menganggap Proton bagai anaknya sendiri.

Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu. Berikutan ambil alih itu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.

Proton berdepan masalah dan ia turut menjadi beban kepada kumpulan DRB-Hicom. Beberapa tahun sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.

Adalah menjadi pengetahuan umum, perlantikan Mahathir sebagai pengerusi Proton adalah sebagai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan.

“Dengan Dr M di Proton, Putrajaya tidak boleh katakan tidak untuk wang yang diminta,” kata satu laporan.

“Perlantikan Dr Mahathir berusia 88 tahun itu sebagai pengerusi Proton akan memperkukuhkan kedudukan Proton terhadap kerajaan. Menurut beberapa individu, Mahathir kecewa ekoran keengganan Petrolium Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu,” kata laporan The Edge ketika itu.

Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.’

Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.

Alasan diberikan ialah rasa tidak puashatinya terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA, menyalurkan BR1M, melaksanakan gaji minimum dan menuduh Najib mengutamakan produk import berbanding barangan tempatan yang dipercayai merujuk kepada Proton.

Tiada langsung disebut mengenai RM2.6 bilion atau 1MDB ketika pengumuman itu ditulis.
Ironinya, sebagaimana manifesto Pakatan bagi Pilihanraya Umum ke-14, Mahathir kini membuat pusingan-U bagi kebanyakan rasa tidak puashatinya dengan menyatakan BR1M akan diteruskan dan menaikkan gaji minimum sebanyak 50 peratus kepada RM1,500 sebulan.

Sebelum ini, Mahathir telah menulis bahawa kerajaan yang melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan pada tahun 2011 akan menyebabkan inflasi teruk, perniagaan akan lingkup dan mengurangkan daya saing Malaysia. Tetapi kini, manifesto diumumkan beliau mahu menaikkan kadar itu kepada RM1,500 sebulan.

Secara ringkasnya, Mahathir sudah tentu merasa sangat kecewa dan egonya terluka akibat layanan diberikan terhadap dua anaknya, Mukhriz dan Proton sepanjang 10 bulan itu.

Mahathir sudah tentu menyalahkan Najib dan kekecewaan ini diterjemahkan melalui kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam.

Pada awalnya, Mahathir mengorak langkah dan cuba untuk mengguling Najib melalui pengaruh dalam parti namun gagal. Ini termasuk menggunakan isu RM2.6 bilion dan siasatan 1MDB.

Dua bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin memberitahu ahli Majlis Tertinggi Umno bahawa sememangnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Najib tetapi beliau mendakwa tidak terlibat.

Muhyiddin turut merujuk kepada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dan berkata beliau tidak mempunyai masalah terhadap dana berkenaan kerana ia sememangnya adalah amalan dari dahulu lagi di mana wujud satu akaun khas bagi presiden Umno.

Sehingga kini, Muhyiddin enggan mengesahkan atau menafikan apa yang dikatakan itu biarpun wujud satu rakaman audio pengakuannya yang sudah disebarkan dua tahun lalu.

Selepas berusaha lebih dua tahun dan masih gagal menggulingkan Najib ketika Mahathir masih lagi dalam Umno, Mahathir kemudian meninggalkan Umno untuk bekerjasama dengan Pakatan termasuk musuh utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Ramai pemimpin DAP berulangkali menyatakan mereka hanya menggunakan Mahathir dan Mahathir tidak kisah dipergunakan asalkan matlamat utamanya tercapai, iaitu membalas dendam.
Anda juga mungkin terfikir apakah konsesi yang diberikan Mahathir kepada DAP serta PKR untuk menyatakan persetujuan bekerjasama.

Ini juga menjelaskan mengapa Mahathir membuat banyak pusingan-U terhadap prinsip yang dilaungkan sebelum ini termasuk mengenai Anwar, ISA, gaji minimum, GST, DAP, mengawal media dan sebagainya.

Beliau hanya menggunakan apa sahaja cara yang boleh, bercakap apa dikehendakinya serta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat untuk membalas dendam.

Dan ini sangat ketara ketika pelancaran manifesto Pakatan bagi PRU14, di mana 45 minit dihabiskan Mahathir untuk menyebut nama Najib beratus kali dan hanya beberapa kali sahaja menyebut tentang manifesto berkenaan.

Sebagai peneraju Pakatan Harapan dan calon perdana menteri, Mahathir sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat betapa hebatnya manifesto mereka, apa manifesto mereka yang boleh selesaikan, bagaimana rakyat mendapat manfaat dan apa visinya untuk negara ini.

Sebaliknya, beliau menggunakan platform itu untuk menyerang secara peribadi terhadap Najib ekoran dendam menggunungnya.

Apapun, saya tidak tahu sama ada Mahathir sedar apa yang termaktub dalam manifesto mereka. Bukannya beliau tidak peduli tetapi dendam kesumatnya melangkaui segala-galanya, termasuk masa depan negaranya.

————
ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Dendam Mahathir berhubung dua ‘anak emas’ – Mukhriz dan Proton - pakdin.my

Pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir yang menentang Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib kerana didorong dendam ekoran permintaan peribadinya ditolak Najib, seharusnya diberikan perhatian serius.

Antaranya, Ismail menyebut Najib menolak permintaan Mahathir untuk menswastakan MAS kepada seorang rakannya, lesen judi sukan rakan Mahathir diberi kelulusan dan berbilion diberikan sebagai bantuan kepada Proton.

Mari kita lihat satu lagi kejadian yang kemudiannya disusuli dengan pengumuman popular pada Ogos 2014 di mana Mahathir tidak lagi mahu menyokong Najib.

Saya yakin apa yang berlaku dalam tempoh 10 bulan sangat kritikal untuk mendorong Mahathir menentang Najib walau apa sekalipun, yang kemudiannya mencetus kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.

Pada September 2013, anak Mahathir, Mukhriz mengenepikan saranan untuk mengekalkan status quo bagi jawatan tiga naib presiden Umno, sebaliknya memilih untuk bertanding sama, biarpun sebelum itu Mukhriz tewas teruk bagi pertandingan jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008.

Seperti dijangkakan, Mukhriz kalah sekali lagi bagi jawatan naib presiden ketika keputusan diumumkan pada 21 Oktober 2013.

Mahathir sangat ketara, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir naib presiden.

Sebuah media asing turut memetik kemarahan Mahathir:

“Kami diberitahu mereka telah menghapuskan politik wang ketika pemilihan Umno baru-baru ini, namun saya tidak yakin,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya.

Biarpun beliau tidak menyebut nama Najib secara spesifik, beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak penglibatan wang, melibatkan jutaan ringgit, dan ramai yang tidak sepatutnya menerima undi memperolehinya kerana wang yang dibelanjakan.”

Biarpun Mukhriz secara terbuka menyatakan dia mahu dilantik oleh presiden sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.

Najib yakin Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan menteri besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya sebelum mendaki tangga kepimpinan parti. Lagipun, Mukhriz akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi berikutan jawatan menteri besar disandangnya, oleh itu, dia tidak memerlukan jawatan yang sama melalui lantikan.

Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika hari pertama Perhimpunan Agung Umno pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Beliau memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.

Berikutan apa yang berlaku dan bila ia berlaku, ramai yang tidak mudah diperbodohkan dengan cubaan secara terbuka Mahathir untuk menunjukkan rasa tidak puashati terhadap Najib atas kekalahan anaknya, Mukhriz. Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan perletakan jawatan Mahathir sebagai penasihat Petronas:

“Perletakan jawatan Mahathir, bagaimanapun, hadir ekoran hubungan dengan Perdana Menteri, Najib Razak semakin tegang beberapa bulan lalu, lebih-lebih lagi dengan keengganan Najib untuk memberi sokongan kepada anak Mahathir bagi jawatan penting dalam Umno. Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada perdana menteri.”

Di sebalik alasan kurang sihat dan faktor usia untuk menjadi penasihat Petronas, Mahathir kemudiannya mengambil jawatan pengerusi Proton Berhad, lima bulan selepas itu pada Mei 2014.

Ramai yang tahu, Mahathir menganggap Proton bagai anaknya sendiri.

Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu. Berikutan ambil alih itu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.

Proton berdepan masalah dan ia turut menjadi beban kepada kumpulan DRB-Hicom. Beberapa tahun sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.

Adalah menjadi pengetahuan umum, perlantikan Mahathir sebagai pengerusi Proton adalah sebagai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan.

“Dengan Dr M di Proton, Putrajaya tidak boleh katakan tidak untuk wang yang diminta,” kata satu laporan.

“Perlantikan Dr Mahathir berusia 88 tahun itu sebagai pengerusi Proton akan memperkukuhkan kedudukan Proton terhadap kerajaan. Menurut beberapa individu, Mahathir kecewa ekoran keengganan Petrolium Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu,” kata laporan The Edge ketika itu.

Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.’

Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.

Alasan diberikan ialah rasa tidak puashatinya terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA, menyalurkan BR1M, melaksanakan gaji minimum dan menuduh Najib mengutamakan produk import berbanding barangan tempatan yang dipercayai merujuk kepada Proton.

Tiada langsung disebut mengenai RM2.6 bilion atau 1MDB ketika pengumuman itu ditulis.
Ironinya, sebagaimana manifesto Pakatan bagi Pilihanraya Umum ke-14, Mahathir kini membuat pusingan-U bagi kebanyakan rasa tidak puashatinya dengan menyatakan BR1M akan diteruskan dan menaikkan gaji minimum sebanyak 50 peratus kepada RM1,500 sebulan.

Sebelum ini, Mahathir telah menulis bahawa kerajaan yang melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan pada tahun 2011 akan menyebabkan inflasi teruk, perniagaan akan lingkup dan mengurangkan daya saing Malaysia. Tetapi kini, manifesto diumumkan beliau mahu menaikkan kadar itu kepada RM1,500 sebulan.

Secara ringkasnya, Mahathir sudah tentu merasa sangat kecewa dan egonya terluka akibat layanan diberikan terhadap dua anaknya, Mukhriz dan Proton sepanjang 10 bulan itu.

Mahathir sudah tentu menyalahkan Najib dan kekecewaan ini diterjemahkan melalui kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam.

Pada awalnya, Mahathir mengorak langkah dan cuba untuk mengguling Najib melalui pengaruh dalam parti namun gagal. Ini termasuk menggunakan isu RM2.6 bilion dan siasatan 1MDB.

Dua bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin memberitahu ahli Majlis Tertinggi Umno bahawa sememangnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Najib tetapi beliau mendakwa tidak terlibat.

Muhyiddin turut merujuk kepada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dan berkata beliau tidak mempunyai masalah terhadap dana berkenaan kerana ia sememangnya adalah amalan dari dahulu lagi di mana wujud satu akaun khas bagi presiden Umno.

Sehingga kini, Muhyiddin enggan mengesahkan atau menafikan apa yang dikatakan itu biarpun wujud satu rakaman audio pengakuannya yang sudah disebarkan dua tahun lalu.

Selepas berusaha lebih dua tahun dan masih gagal menggulingkan Najib ketika Mahathir masih lagi dalam Umno, Mahathir kemudian meninggalkan Umno untuk bekerjasama dengan Pakatan termasuk musuh utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Ramai pemimpin DAP berulangkali menyatakan mereka hanya menggunakan Mahathir dan Mahathir tidak kisah dipergunakan asalkan matlamat utamanya tercapai, iaitu membalas dendam.
Anda juga mungkin terfikir apakah konsesi yang diberikan Mahathir kepada DAP serta PKR untuk menyatakan persetujuan bekerjasama.

Ini juga menjelaskan mengapa Mahathir membuat banyak pusingan-U terhadap prinsip yang dilaungkan sebelum ini termasuk mengenai Anwar, ISA, gaji minimum, GST, DAP, mengawal media dan sebagainya.

Beliau hanya menggunakan apa sahaja cara yang boleh, bercakap apa dikehendakinya serta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat untuk membalas dendam.

Dan ini sangat ketara ketika pelancaran manifesto Pakatan bagi PRU14, di mana 45 minit dihabiskan Mahathir untuk menyebut nama Najib beratus kali dan hanya beberapa kali sahaja menyebut tentang manifesto berkenaan.

Sebagai peneraju Pakatan Harapan dan calon perdana menteri, Mahathir sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat betapa hebatnya manifesto mereka, apa manifesto mereka yang boleh selesaikan, bagaimana rakyat mendapat manfaat dan apa visinya untuk negara ini.

Sebaliknya, beliau menggunakan platform itu untuk menyerang secara peribadi terhadap Najib ekoran dendam menggunungnya.

Apapun, saya tidak tahu sama ada Mahathir sedar apa yang termaktub dalam manifesto mereka. Bukannya beliau tidak peduli tetapi dendam kesumatnya melangkaui segala-galanya, termasuk masa depan negaranya.

————
ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).

Berita berkaitan