[Video] Teks ucapan penuh DS Najib Setelah Ahli-ahli Parlimen PH menjerit dan berterusan mengganggu seperti monyet - pakdin.my

Hari ini, saya cuba menyampaikan ucapan perbahasan titah Diraja melalui topik-topik penting berkaitan rakyat di Parlimen namun ekoran ganggguan serta jeritan berterusan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia menyebabkan kandungan ucapan saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya dan saya tidak dibenarkan melanjutkan masa.

Oleh itu, saya akan memuatnaik nota kandungan ucapan saya di laman FB saya dalam dua bahagian.

Bahagian 1.

Pengenalan

Alhamdulillah, peralihan kuasa pada 9 Mei berlangsung secara aman dan tersusun, disebalik dakwaan kononnya akan diisytihar darurat malah ada yang mendakwa saya mengadakan mesyuarat khas MKN pada malam itu, yang langsung tidak benar.

Dakwaan dakwaan itu tercetus kononnya saya takut akan kehilangan kuasa namun sejak 9 Mei, tuduhan ini langsung tidak berasas malah peralihan kuasa berjalan lancar secara aman.

Tuan Yang Dipertua,

Menyorot kembali keadaan ekonomi 2005 dan 2009, Menteri Kewangan dan TPM, April 2009 ambil alih. Dalam keadaan krisis ekonomi dunia, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi. Apa yang telah kerajaan BN lakukan, kerajaan BN telah laksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang besar.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi dunia.

Nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 10 peratus, berikutan pakej ransangan ekonomi.

Namun manfaatnya, Malaysia Berjaya elak dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi.

Bagaimanapun, peningkatan ini digunakan sebagai senjata propaganda.

Susulan pakej ransangan dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan direncanakan secara tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Pada tahun 2015 dan 2016, harga minyak global menyusut 75 peratus kepada bawah 30 Dolar Amerika. Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku kepada negara pengeluar minyak di Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah. Atau sebagaimana pernah berlaku pada 1985 dan 1986, kemelesetan yang teruk dialami negara ini.

Namun, melalui pentadbiran dan dasar kerajaan BN, Malaysia berjaya elak dari terjerumus atau terperangkap dalam krisis ekonomi ini, sekali lagi.

Ekoran dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi yang baik ketika mendepani krisis global itu, Malaysia tidak perlu mewujudkan Danaharta dan Dana Modal mahupun Tabung Harapan bagi menyelamatkan atau bail out syarikat korporat tertentu.

Hakikatnya, kerajaan BN telah mewariskan sebuah negara dengan ekonomi yang kukuh dan sihat berdasarkan laporan Bank Dunia, negara ke 23 paling berdaya saing sebagaimana dinyatakan World Economic Forum (dengan izin).

Kita juga, berada di landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia sebagai high income nation (dengan izin) sebagaimana dilaporkan Bank Dunia.

Seafdalnya, atas pengetahuan dan pengalaman ini, saya akan membantu Yang Berhormat Bagan Datoh sebagai ketua pembangkang dan negara secara keseluruhan.

Saya juga akan membantu Ketua Pembangkang bagi mendedahkan usaha kerajaan PH hari ini yang berterusan mengelirukan rakyat mengenai usaha dan projek pentadbiran lalu.

FELDA DAN KEBAJIKAN PENEROKA FELDA DAN FELCRA

1. Pada era terdahulu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli.

2. Pada ketika itu, FELDA berhenti menerima peneroka baharu. Satu keputusan turut dibuat untuk menghentikan pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri.

3. Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua. Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau yield (dengan izin) dari minyak sawit menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga diabaikan.

4. Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah iaitu penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit dan menambah baik kebajikan dan kehidupan peneroka.

5. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah berkenaan serta penyediaan dana bagi melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu.

6. Memandangkan FELDA diasaskan oleh bapa saya dan ramai penduduk di Parlimen Pekan adalah peneroka FELDA, menjaga kebajikan peneroka FELDA dan industri minyak sawit turut menjadi keutamaan ketika saya mentadbir.

7. Pada zaman pentadbiran BN, mereka telah dapat begitu banyak kemudahan seperti pada 2012, dengan penyenaraian FGV, setiap peneroka terima RM15 ribu dan dividen setiap tahun.

8. Pada 2017, mereka telah terima bayaran khas RM5,000. Setiap tahun terima bonus dan duit raya. Namun sebaik sahaja kerajaan baharu mentadbir, mereka bagai tidak diendahkan malah hari peneroka tidak disambut, bayaran lewat, janji tidak ditunaikan.

9. Malangnya, selepas PRU14 dengan kerajaan baharu, golongan paling tidak menerima manfaat malah terkesan adalah golongan peneroka.

10. Bonus Hari Raya lebih rendah dari sebelum ini. Adakah pembayaran kepada peneroka akan terus menurun pada masa akan datang?

11. Manifesto PH berjanji untuk membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari, dan ini masih tidak lagi dilakukan.

12. Terdapat juga laporan mengenai kelewatan bayaran kepada peneroka. Bayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang sepatutnya dibayar sering dilewatkan tanpa sebarang sebab.
Ini menyebabkan kepayahan kepada kehidupan seharian peneroka.

13. Sebelum 9 Mei, harga minyak sawit adalah lebih tinggi kerana saya berterusan mempromosikan hasil minyak sawit ke pasaran dunia, seperti di China di mana saya berbincang dengan Presiden Xi dan Perdana Menteri, Li Ke Qiang pada 2016 untuk membeli minyak sawit tambahan dari Malaysia dan lanjutan itu, pada 2017, China membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia bagi menunaikan janji mereka.

14. Tetapi kini harga minyak sawit dan getah turun mendadak. Harga minyak sawit sudah menyusut di bawah RM2,100 setiap tan dan ini adalah paling rendah dalam tempoh tiga tahun. Harga getah juga rendah dan kehidupan pekebun kecil turut terjejas

15. Malah, eksport ke India dan China turut menurun secara mendadak. FGV berkata mereka kehilangan bahagian pasaran (market share) di China.

16. Eksport minyak sawit dari Indonesia ke China berterusan meningkat manakala eksport kita menyusut. Selepas janji Perdana Menteri China Lee Ke Qiang di Indonesia pada Mei lalu untuk membeli minimum 500 ribu tan minyak sawit dari negara itu. Berikutan janji itu, pada 12 Julai lalu, syarikat China membeli minyak sawit tambahan dari Indonesia sebanyak US$726 juta. Kesannya kepada Malaysia, negara ini akan terus ketinggalan dalam penguasaan pasaran kepada negara jiran jika kita tidak mempunyai hubungan diplomatik yang baik.

17. Kerajaan baharu digesa tidak melihat peneroka sebagai rakyat kelas kedua atau ketiga dan kerajaan perlu mengumumkan apakah perancangan mereka bagi FELDA dan langkah bagi mengatasi harga komoditi yang semakin rendah ini.

Bahagian kedua ucapan perbahasan titah Diraja yang saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya di dewan Parlimen hari ini.

ADAKAH MALAYSIA BAHARU INI UNTUK PENDUDUK BANDAR DAN GOLONGAN KAYA SAHAJA?

1. Di bawah agenda transformasi BN, tumpuan diberikan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan menyediakan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan rakyat B40, penduduk luar bandar dan di negeri yang kurang pembangunan.

2. Pelbagai program bantuan dan inisiatif dilaksanakan bagi membantu secara langsung kumpulan ini seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, UTC, RTC, bantuan nelayan dan petani, bantuan buku, PR1MA dan projek perumahan lain, projek infrastruktur pengangkutan awam, di mana ia akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kewangan harian mereka.

3. Projek seperti Central Spine Road, Lebuhraya Pan Borneo, Pengerang RAPID, ECRL dilaksanakan dengan tumpuan bagi menyediakan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, pembangunan dan peluang pekerjaan bagi negeri yang kurang membangun di sebelah Pantai timur, Sabah dan Sarawak.

4. Malah, GST itu sendiri memainkan peranan dengan mengenakan cukai lebih banyak terhadap golongan kaya berbanding rakyat miskin. GST dilaksana berasaskan kepada lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda bayar. Memandangkan golongan kaya berbelanja lebih banyak, mereka membayar bahagian yang besar bagi GST. Ia juga membantu mengurangkan dan mengenakan cukai terhadap ekonomi gelap (black economy, dengan izin), mengurangkan lari cukai serta pengaliran keluar dana haram, illicit capital outflow (dengan izin). Sebab itu, GST mengutip lebih banyak berbanding SST. Lebihan perolehan GST itu kemudiannya disalurkan bagi membantu kumpulan B40.

5. Hasilnya, pendapatan median isirumah kumpulan B40 berganda dari 2007 hingga 2016 dan pekali GINI yang mengukur jurang pendapatan turut menyusut di bawah 0.40 buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, dan ini bermakna rakyat Malaysia menikmati kesaksamaan yang tak pernah dinikmati sebelum ini.

Negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak turut menerima manfaat daripada pembangunan rancak dan peningkatan kepada infrastruktur.

6. Bagaimanapun, polisi dan rancangan terkini kerajaan PH telah menjurus kepada kebimbangan adakah jurang pendapatan rakyat akan kembali tinggi dan negara yang dipanggil Malaysia Baharu ini hanya beri manfaat kepada golongan kaya dan penduduk bandar sahaja.

7. Projek pengangkutan awam dan infrastruktur seperti ECRL, HSR dan projek paip gas yang memanfaatkan mereka yang kurang berkemampuan dan negeri yang kurang membangun, dihentikan, jumlah penerima BR1M dan jumlah wang yang akan dibayar dikurangkan, bantuan kepada nelayan dan petani berdepan nasib dihentikan manakala arah tuju ekonomi dan hubungan antarabangsa tidak membantu harga getah dan minyak kelapa sawit untuk pulih dan mencetus tekanan terhadap berjuta pekebun kecil dan peneroka.

8. Selain bonus Hari Raya yang rendah kepada peneroka dan kakitangan awam berbanding sebelum ini, kenaikan gaji penjawat awam juga dihentikan.

9. GST sifar mempunyai kesan dengan memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin. Seorang dari golongan kaya yang membeli kereta mewah RM500,000 akan memperoleh diskaun sebanyak RM30,000 manakala individu dari golongan pendapatan rendah yang membeli MyVi pada harga RM50,000 hanya dapat berjimat RM3,000.

10. Ini dapat dilihat dari laporan jualan kereta Jun lalu di mana jualan kereta MyVi menyusut 10.8 peratus berbanding Mei manakala jenama kereta mewah seperti Lexus meningkat 3,166 peratus, Porsche (+477.8%), Audi (+483.3%), Volkswagen (+676.8%) manakala Mercedes serta BMW masing-masing menerima peningkatan jualan sebanyak 150%.

11. Bukan sahaja ini bermakna golongan kaya dapat menjimatkan wang, tetapi cukai yang sepatutnya dapat dikutip bagi membantu golongan miskin hilang hasil penjimatan pembelian kereta mewah.

12. Terdapat juga kerisauan terhadap pelepasan cukai GST sifar turut mengundang kepada pembelian besar-besaran yang tidak diperlukan dan ini meningkatkan nisbah hutang isirumah berbanding KDNK yang sebelum ini sudah menurun bagi tempoh tiga tahun lalu.

13. Pada ketika golongan kaya menerima manfaat dari GST sifar dan subsidi menyeluruh tanpa bersasar, golongan miskin berdepan dengan harga barangan keperluan tidak menurun apabila GST disifarkan. Ini akan memudaratkan bagi golongan miskin apabila berlaku pertukaran sistem percukaian yang akan menyumbang kepada satu lagi pusingan inflasi pada September apabila SST dilaksanakan.

14. Kita lihat polisi Malaysia baharu ini adalah sama dengan polisi ketika Malaysia dahulu sebelum saya menjadi Perdana Menteri. Mengembalikan SST, pengurangan bantuan kepada golongan miskin, mengembalikan subsidi menyeluruh, gaji lebih rendah kakitangan awam dan kembali kepada model pengangkutan berasaskan kereta berbanding pengangkutan awam akan menjadi penyumbang kepada jurang pendapatan berbeza yang tinggi sebagaimana masa lalu. Polisi lama adalah masalah lama yang sudah diselesaikan, tetapi akan dikembalikan termasuk jurang pendapatan yang besar.

15. Ini membawa kita kepada persoalan, adakah Malaysia baharu ini untuk golongan kaya dan penduduk bandar sahaja?
———–
HUTANG NEGARA

1. Kerajaan baharu tidak membuang masa untuk menggunakan definisi sendiri bagi hutang negara yang berbeza daripada digunapakai seluruh dunia dan standard yang diketahui.

Hasilnya, mereka kini mempunyai cerita hutang RM1 trilion yang boleh digunakan sebagai alasan mengapa mereka melaksanakan keputusan tidak popular dan terhadap kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto.

2. Kerajaan PH melakukan ini dengan turut memasukkan liabiliti kontingen dan mendakwa hutang negara kini adalah pada paras 80.3 peratus KDNK. Terdapat juga dakwaan kononnya pentadbiran kerajaan lalu telah berusaha menyembunyikan liabiliti kontingen ini sebagai sebahagian dari rancangan untuk menyelindungi hutang sebenar kerajaan.

3. Ini adalah tidak benar kerana liabiliti kontingen sebagaimana lazim dilaporkan dan secara telus berasaskan kepada garis panduan serta standard antarabangsa melalui laporan seperti laporan kewangan Bank Negara Malaysia.

Tidak pernah wujud sebarang usaha untuk berselindung kerana liabiliti kontingen tidak pernah dimasukkan sebagai perkiraan hutang awam. Pasaran tahu mengenai hakikat ini dan kerajaan PH juga sedar sebelum PRU14 dan sering bercakap mengenai liabiliti kontingen ini.

4. Pada masa ini mereka menafikan mengetahuinya, mendakwa kita berbohong dan menggunakan alasan ini untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka, sekaligus menunjukkan betapa tidak jujurnya mereka.

5. Dengan memasukkan liabiliti kontingen dan sewa PFI, Menteri Kewangan baharu berkata, hutang kerajaan berbanding KDNK kini adalah pada 80.3 peratus.

6. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, apabila saya dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, nisbah hutang negara berbanding KDNK mengalami peningkatan pada 2009 dan 2010. Namun ia adalah disebabkan oleh perlaksanaan pakej perangsang kewangan yang tinggi yang direkabentuk dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada terjerumus ke dalam krisis ekonomi global yang dianggap paling buruk sejak 1930an.

7. Langkah perangsang ekonomi ini berjaya. Malaysia berjaya mengelak dari krisis dan sejak itu kita mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik setiap tahun. Bagaimanapun, saya dan kerajaan dipersalahkan kerana berlaku peningkatan hutang dek propaganda PH bagi tempoh itu.

8. Apapun, kerajaan saya telah memastikan kita berdisiplin dalam mengurangkan defisit bajet setiap tahun sejak 2009 di mana pada 2017, ia adalah paling rendah sejak 20 tahun. Nisbah hutang berbanding KDNK juga menurun kepada 50.8 peratus pada 2017 dan diunjurkan untuk menurun pada tahun berikutnya.

9. Biarpun propaganda dicipta PH mengenai nisbah 80.3 peratus itu, ia masih lagi bukan paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Dari pertengahan 1980an hingga awal 90an, nisbah ini adalah lebih tinggi di mana Perdana Menteri ketika itu, YB Langkawi meningkatkan nisbah setinggi 103.4 peratus tanpa mengambil kira liabiliti kontingen mengikut perkiraan Menteri Kewangan baharu. Jika ditambah dengan liabiliti kontingen, nilai hutang mungkin sudah menjadi 150 peratus berbanding KDNK.

10. Ya, adalah tidak betul bagi Perdana Menteri untuk menyatakan di Parlimen, Isnin lalu bahawa nisbah hutang ketika pentadbirannya tidak pernah melepasi 27 peratus berbanding KDNK. Saya tahu kerana saya pernah menjadi Menteri Kewangan dan mempunyai akses kepada data ini malah ia turut dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia.

11. Kerajaan PH sepatutnya berlaku jujur kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa hutang kerajaan perlu dilihat dalam konteks pendapatan, saiz ekonomi dan aset dimiliki kerajaan. Jangan hanya beritahu separuh-separuh bagi memenuhi selera propaganda.

12. Pada ketika hutang mungkin meningkat, kita juga perlu lihat saiz ekonomi, pendapatan dan aset kerajaan juga meningkat.

13. Dari 2008 hingga 2017, KDNK kita meningkat dari RM769 bilion kepada RM1.35 trilion dengan turut menunjukkan peningkatan pendapatan kepada kerajaan dan keupayaan untuk membayar serta mentadbir hutang awam.

14. Saya juga menyebut sebelum ini mengenai peningkatan besar saiz aset Khazanah dan saiz aset kerajaan turut meningkat. Malah, nilai aset bersih BNM (tidak termasuk rizab matawang asing), Khazanah dan Petronas, dengan hanya melihat kepada tiga aset milik penuh kerajaan ini, meningkat dari RM313 bilion pada 2008 kepada RM684 bilion pada 2017.

Petronas sendiri melaporkan ia kini memiliki RM147 bilion wang tunai pada akhir Mac, 2018.

15. Saya ambil maklum bahawa Menteri Kewangan menyatakan akan meminta tiga badan ini untuk membayar dividen lebih tinggi bagi mengisi kekurangan pendapatan GST dan saya gembira kerana pentadbiran BN mampu meninggalkan aset yang tinggi untuk dipergunakan mereka.

16. Bukan itu sahaja, dana GLC yang mewakili simpanan rakyat juga meningkat. Aset bersih KSWP sendiri meningkat dari RM341 bilion pada 2008 kepada RM814 bilion pada masa ini, Dana seperti PNB, Tabung Haji dan KWAP juga menunjukkan gandaan atau peningkatan tiga kali ganda bagi saiz aset bersih mereka untuk tempoh yang sama.

17. Dihitung bersama, aset bagi 7 entiti ini iaitu BNM, Khazanah, Petronas, KWSP, Tabung Haji, PNB, KWAP sahaja akan menunjukkan jumlah aset telah meningkat daripada RM847.8 bilion kepada hamper RM2 trilion atau angka tepat RM1,992.3 bilion.

18. Ketika pentadbiran saya, saya telah memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan tumpuan diberikan kepada rakyat dalam memastikan dividen lebih tinggi bagi KWSP, PNB, Tabung Haji dan dana lain berbanding pada akhir 1990 dan awal 2000.

19. Jangan melihat kepada hutang sahaja. Hutang perlu dilihat bersama kenaikan pendapatan negara dan peningkatan saiz aset negara.

20. Kerajaan PH perlu berhenti menggunakan terma dan definisi dicipta sendiri bagi hutang negara demi menjustifikasi kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto atau membatalkan projek yang memanfaatkan rakyat. Bukan itu sahaja, ketidakjujuran seperti itu menakutkan pasaran, melemahkan keyakinan pelabur asing dan ini akan membawa kepada kerugian kepada Malaysia dan rakyat.

……………..

……………..
Lihat video:
https://youtu.be/PuHVZNK6as8
……………..

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

[Video] Teks ucapan penuh DS Najib Setelah Ahli-ahli Parlimen PH menjerit dan berterusan mengganggu seperti monyet - pakdin.my

Hari ini, saya cuba menyampaikan ucapan perbahasan titah Diraja melalui topik-topik penting berkaitan rakyat di Parlimen namun ekoran ganggguan serta jeritan berterusan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia menyebabkan kandungan ucapan saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya dan saya tidak dibenarkan melanjutkan masa.

Oleh itu, saya akan memuatnaik nota kandungan ucapan saya di laman FB saya dalam dua bahagian.

Bahagian 1.

Pengenalan

Alhamdulillah, peralihan kuasa pada 9 Mei berlangsung secara aman dan tersusun, disebalik dakwaan kononnya akan diisytihar darurat malah ada yang mendakwa saya mengadakan mesyuarat khas MKN pada malam itu, yang langsung tidak benar.

Dakwaan dakwaan itu tercetus kononnya saya takut akan kehilangan kuasa namun sejak 9 Mei, tuduhan ini langsung tidak berasas malah peralihan kuasa berjalan lancar secara aman.

Tuan Yang Dipertua,

Menyorot kembali keadaan ekonomi 2005 dan 2009, Menteri Kewangan dan TPM, April 2009 ambil alih. Dalam keadaan krisis ekonomi dunia, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi. Apa yang telah kerajaan BN lakukan, kerajaan BN telah laksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang besar.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi dunia.

Nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 10 peratus, berikutan pakej ransangan ekonomi.

Namun manfaatnya, Malaysia Berjaya elak dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi.

Bagaimanapun, peningkatan ini digunakan sebagai senjata propaganda.

Susulan pakej ransangan dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan direncanakan secara tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Pada tahun 2015 dan 2016, harga minyak global menyusut 75 peratus kepada bawah 30 Dolar Amerika. Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku kepada negara pengeluar minyak di Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah. Atau sebagaimana pernah berlaku pada 1985 dan 1986, kemelesetan yang teruk dialami negara ini.

Namun, melalui pentadbiran dan dasar kerajaan BN, Malaysia berjaya elak dari terjerumus atau terperangkap dalam krisis ekonomi ini, sekali lagi.

Ekoran dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi yang baik ketika mendepani krisis global itu, Malaysia tidak perlu mewujudkan Danaharta dan Dana Modal mahupun Tabung Harapan bagi menyelamatkan atau bail out syarikat korporat tertentu.

Hakikatnya, kerajaan BN telah mewariskan sebuah negara dengan ekonomi yang kukuh dan sihat berdasarkan laporan Bank Dunia, negara ke 23 paling berdaya saing sebagaimana dinyatakan World Economic Forum (dengan izin).

Kita juga, berada di landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia sebagai high income nation (dengan izin) sebagaimana dilaporkan Bank Dunia.

Seafdalnya, atas pengetahuan dan pengalaman ini, saya akan membantu Yang Berhormat Bagan Datoh sebagai ketua pembangkang dan negara secara keseluruhan.

Saya juga akan membantu Ketua Pembangkang bagi mendedahkan usaha kerajaan PH hari ini yang berterusan mengelirukan rakyat mengenai usaha dan projek pentadbiran lalu.

FELDA DAN KEBAJIKAN PENEROKA FELDA DAN FELCRA

1. Pada era terdahulu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli.

2. Pada ketika itu, FELDA berhenti menerima peneroka baharu. Satu keputusan turut dibuat untuk menghentikan pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri.

3. Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua. Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau yield (dengan izin) dari minyak sawit menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga diabaikan.

4. Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah iaitu penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit dan menambah baik kebajikan dan kehidupan peneroka.

5. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah berkenaan serta penyediaan dana bagi melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu.

6. Memandangkan FELDA diasaskan oleh bapa saya dan ramai penduduk di Parlimen Pekan adalah peneroka FELDA, menjaga kebajikan peneroka FELDA dan industri minyak sawit turut menjadi keutamaan ketika saya mentadbir.

7. Pada zaman pentadbiran BN, mereka telah dapat begitu banyak kemudahan seperti pada 2012, dengan penyenaraian FGV, setiap peneroka terima RM15 ribu dan dividen setiap tahun.

8. Pada 2017, mereka telah terima bayaran khas RM5,000. Setiap tahun terima bonus dan duit raya. Namun sebaik sahaja kerajaan baharu mentadbir, mereka bagai tidak diendahkan malah hari peneroka tidak disambut, bayaran lewat, janji tidak ditunaikan.

9. Malangnya, selepas PRU14 dengan kerajaan baharu, golongan paling tidak menerima manfaat malah terkesan adalah golongan peneroka.

10. Bonus Hari Raya lebih rendah dari sebelum ini. Adakah pembayaran kepada peneroka akan terus menurun pada masa akan datang?

11. Manifesto PH berjanji untuk membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari, dan ini masih tidak lagi dilakukan.

12. Terdapat juga laporan mengenai kelewatan bayaran kepada peneroka. Bayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang sepatutnya dibayar sering dilewatkan tanpa sebarang sebab.
Ini menyebabkan kepayahan kepada kehidupan seharian peneroka.

13. Sebelum 9 Mei, harga minyak sawit adalah lebih tinggi kerana saya berterusan mempromosikan hasil minyak sawit ke pasaran dunia, seperti di China di mana saya berbincang dengan Presiden Xi dan Perdana Menteri, Li Ke Qiang pada 2016 untuk membeli minyak sawit tambahan dari Malaysia dan lanjutan itu, pada 2017, China membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia bagi menunaikan janji mereka.

14. Tetapi kini harga minyak sawit dan getah turun mendadak. Harga minyak sawit sudah menyusut di bawah RM2,100 setiap tan dan ini adalah paling rendah dalam tempoh tiga tahun. Harga getah juga rendah dan kehidupan pekebun kecil turut terjejas

15. Malah, eksport ke India dan China turut menurun secara mendadak. FGV berkata mereka kehilangan bahagian pasaran (market share) di China.

16. Eksport minyak sawit dari Indonesia ke China berterusan meningkat manakala eksport kita menyusut. Selepas janji Perdana Menteri China Lee Ke Qiang di Indonesia pada Mei lalu untuk membeli minimum 500 ribu tan minyak sawit dari negara itu. Berikutan janji itu, pada 12 Julai lalu, syarikat China membeli minyak sawit tambahan dari Indonesia sebanyak US$726 juta. Kesannya kepada Malaysia, negara ini akan terus ketinggalan dalam penguasaan pasaran kepada negara jiran jika kita tidak mempunyai hubungan diplomatik yang baik.

17. Kerajaan baharu digesa tidak melihat peneroka sebagai rakyat kelas kedua atau ketiga dan kerajaan perlu mengumumkan apakah perancangan mereka bagi FELDA dan langkah bagi mengatasi harga komoditi yang semakin rendah ini.

Bahagian kedua ucapan perbahasan titah Diraja yang saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya di dewan Parlimen hari ini.

ADAKAH MALAYSIA BAHARU INI UNTUK PENDUDUK BANDAR DAN GOLONGAN KAYA SAHAJA?

1. Di bawah agenda transformasi BN, tumpuan diberikan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan menyediakan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan rakyat B40, penduduk luar bandar dan di negeri yang kurang pembangunan.

2. Pelbagai program bantuan dan inisiatif dilaksanakan bagi membantu secara langsung kumpulan ini seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, UTC, RTC, bantuan nelayan dan petani, bantuan buku, PR1MA dan projek perumahan lain, projek infrastruktur pengangkutan awam, di mana ia akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kewangan harian mereka.

3. Projek seperti Central Spine Road, Lebuhraya Pan Borneo, Pengerang RAPID, ECRL dilaksanakan dengan tumpuan bagi menyediakan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, pembangunan dan peluang pekerjaan bagi negeri yang kurang membangun di sebelah Pantai timur, Sabah dan Sarawak.

4. Malah, GST itu sendiri memainkan peranan dengan mengenakan cukai lebih banyak terhadap golongan kaya berbanding rakyat miskin. GST dilaksana berasaskan kepada lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda bayar. Memandangkan golongan kaya berbelanja lebih banyak, mereka membayar bahagian yang besar bagi GST. Ia juga membantu mengurangkan dan mengenakan cukai terhadap ekonomi gelap (black economy, dengan izin), mengurangkan lari cukai serta pengaliran keluar dana haram, illicit capital outflow (dengan izin). Sebab itu, GST mengutip lebih banyak berbanding SST. Lebihan perolehan GST itu kemudiannya disalurkan bagi membantu kumpulan B40.

5. Hasilnya, pendapatan median isirumah kumpulan B40 berganda dari 2007 hingga 2016 dan pekali GINI yang mengukur jurang pendapatan turut menyusut di bawah 0.40 buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, dan ini bermakna rakyat Malaysia menikmati kesaksamaan yang tak pernah dinikmati sebelum ini.

Negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak turut menerima manfaat daripada pembangunan rancak dan peningkatan kepada infrastruktur.

6. Bagaimanapun, polisi dan rancangan terkini kerajaan PH telah menjurus kepada kebimbangan adakah jurang pendapatan rakyat akan kembali tinggi dan negara yang dipanggil Malaysia Baharu ini hanya beri manfaat kepada golongan kaya dan penduduk bandar sahaja.

7. Projek pengangkutan awam dan infrastruktur seperti ECRL, HSR dan projek paip gas yang memanfaatkan mereka yang kurang berkemampuan dan negeri yang kurang membangun, dihentikan, jumlah penerima BR1M dan jumlah wang yang akan dibayar dikurangkan, bantuan kepada nelayan dan petani berdepan nasib dihentikan manakala arah tuju ekonomi dan hubungan antarabangsa tidak membantu harga getah dan minyak kelapa sawit untuk pulih dan mencetus tekanan terhadap berjuta pekebun kecil dan peneroka.

8. Selain bonus Hari Raya yang rendah kepada peneroka dan kakitangan awam berbanding sebelum ini, kenaikan gaji penjawat awam juga dihentikan.

9. GST sifar mempunyai kesan dengan memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin. Seorang dari golongan kaya yang membeli kereta mewah RM500,000 akan memperoleh diskaun sebanyak RM30,000 manakala individu dari golongan pendapatan rendah yang membeli MyVi pada harga RM50,000 hanya dapat berjimat RM3,000.

10. Ini dapat dilihat dari laporan jualan kereta Jun lalu di mana jualan kereta MyVi menyusut 10.8 peratus berbanding Mei manakala jenama kereta mewah seperti Lexus meningkat 3,166 peratus, Porsche (+477.8%), Audi (+483.3%), Volkswagen (+676.8%) manakala Mercedes serta BMW masing-masing menerima peningkatan jualan sebanyak 150%.

11. Bukan sahaja ini bermakna golongan kaya dapat menjimatkan wang, tetapi cukai yang sepatutnya dapat dikutip bagi membantu golongan miskin hilang hasil penjimatan pembelian kereta mewah.

12. Terdapat juga kerisauan terhadap pelepasan cukai GST sifar turut mengundang kepada pembelian besar-besaran yang tidak diperlukan dan ini meningkatkan nisbah hutang isirumah berbanding KDNK yang sebelum ini sudah menurun bagi tempoh tiga tahun lalu.

13. Pada ketika golongan kaya menerima manfaat dari GST sifar dan subsidi menyeluruh tanpa bersasar, golongan miskin berdepan dengan harga barangan keperluan tidak menurun apabila GST disifarkan. Ini akan memudaratkan bagi golongan miskin apabila berlaku pertukaran sistem percukaian yang akan menyumbang kepada satu lagi pusingan inflasi pada September apabila SST dilaksanakan.

14. Kita lihat polisi Malaysia baharu ini adalah sama dengan polisi ketika Malaysia dahulu sebelum saya menjadi Perdana Menteri. Mengembalikan SST, pengurangan bantuan kepada golongan miskin, mengembalikan subsidi menyeluruh, gaji lebih rendah kakitangan awam dan kembali kepada model pengangkutan berasaskan kereta berbanding pengangkutan awam akan menjadi penyumbang kepada jurang pendapatan berbeza yang tinggi sebagaimana masa lalu. Polisi lama adalah masalah lama yang sudah diselesaikan, tetapi akan dikembalikan termasuk jurang pendapatan yang besar.

15. Ini membawa kita kepada persoalan, adakah Malaysia baharu ini untuk golongan kaya dan penduduk bandar sahaja?
———–
HUTANG NEGARA

1. Kerajaan baharu tidak membuang masa untuk menggunakan definisi sendiri bagi hutang negara yang berbeza daripada digunapakai seluruh dunia dan standard yang diketahui.

Hasilnya, mereka kini mempunyai cerita hutang RM1 trilion yang boleh digunakan sebagai alasan mengapa mereka melaksanakan keputusan tidak popular dan terhadap kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto.

2. Kerajaan PH melakukan ini dengan turut memasukkan liabiliti kontingen dan mendakwa hutang negara kini adalah pada paras 80.3 peratus KDNK. Terdapat juga dakwaan kononnya pentadbiran kerajaan lalu telah berusaha menyembunyikan liabiliti kontingen ini sebagai sebahagian dari rancangan untuk menyelindungi hutang sebenar kerajaan.

3. Ini adalah tidak benar kerana liabiliti kontingen sebagaimana lazim dilaporkan dan secara telus berasaskan kepada garis panduan serta standard antarabangsa melalui laporan seperti laporan kewangan Bank Negara Malaysia.

Tidak pernah wujud sebarang usaha untuk berselindung kerana liabiliti kontingen tidak pernah dimasukkan sebagai perkiraan hutang awam. Pasaran tahu mengenai hakikat ini dan kerajaan PH juga sedar sebelum PRU14 dan sering bercakap mengenai liabiliti kontingen ini.

4. Pada masa ini mereka menafikan mengetahuinya, mendakwa kita berbohong dan menggunakan alasan ini untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka, sekaligus menunjukkan betapa tidak jujurnya mereka.

5. Dengan memasukkan liabiliti kontingen dan sewa PFI, Menteri Kewangan baharu berkata, hutang kerajaan berbanding KDNK kini adalah pada 80.3 peratus.

6. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, apabila saya dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, nisbah hutang negara berbanding KDNK mengalami peningkatan pada 2009 dan 2010. Namun ia adalah disebabkan oleh perlaksanaan pakej perangsang kewangan yang tinggi yang direkabentuk dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada terjerumus ke dalam krisis ekonomi global yang dianggap paling buruk sejak 1930an.

7. Langkah perangsang ekonomi ini berjaya. Malaysia berjaya mengelak dari krisis dan sejak itu kita mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik setiap tahun. Bagaimanapun, saya dan kerajaan dipersalahkan kerana berlaku peningkatan hutang dek propaganda PH bagi tempoh itu.

8. Apapun, kerajaan saya telah memastikan kita berdisiplin dalam mengurangkan defisit bajet setiap tahun sejak 2009 di mana pada 2017, ia adalah paling rendah sejak 20 tahun. Nisbah hutang berbanding KDNK juga menurun kepada 50.8 peratus pada 2017 dan diunjurkan untuk menurun pada tahun berikutnya.

9. Biarpun propaganda dicipta PH mengenai nisbah 80.3 peratus itu, ia masih lagi bukan paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Dari pertengahan 1980an hingga awal 90an, nisbah ini adalah lebih tinggi di mana Perdana Menteri ketika itu, YB Langkawi meningkatkan nisbah setinggi 103.4 peratus tanpa mengambil kira liabiliti kontingen mengikut perkiraan Menteri Kewangan baharu. Jika ditambah dengan liabiliti kontingen, nilai hutang mungkin sudah menjadi 150 peratus berbanding KDNK.

10. Ya, adalah tidak betul bagi Perdana Menteri untuk menyatakan di Parlimen, Isnin lalu bahawa nisbah hutang ketika pentadbirannya tidak pernah melepasi 27 peratus berbanding KDNK. Saya tahu kerana saya pernah menjadi Menteri Kewangan dan mempunyai akses kepada data ini malah ia turut dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia.

11. Kerajaan PH sepatutnya berlaku jujur kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa hutang kerajaan perlu dilihat dalam konteks pendapatan, saiz ekonomi dan aset dimiliki kerajaan. Jangan hanya beritahu separuh-separuh bagi memenuhi selera propaganda.

12. Pada ketika hutang mungkin meningkat, kita juga perlu lihat saiz ekonomi, pendapatan dan aset kerajaan juga meningkat.

13. Dari 2008 hingga 2017, KDNK kita meningkat dari RM769 bilion kepada RM1.35 trilion dengan turut menunjukkan peningkatan pendapatan kepada kerajaan dan keupayaan untuk membayar serta mentadbir hutang awam.

14. Saya juga menyebut sebelum ini mengenai peningkatan besar saiz aset Khazanah dan saiz aset kerajaan turut meningkat. Malah, nilai aset bersih BNM (tidak termasuk rizab matawang asing), Khazanah dan Petronas, dengan hanya melihat kepada tiga aset milik penuh kerajaan ini, meningkat dari RM313 bilion pada 2008 kepada RM684 bilion pada 2017.

Petronas sendiri melaporkan ia kini memiliki RM147 bilion wang tunai pada akhir Mac, 2018.

15. Saya ambil maklum bahawa Menteri Kewangan menyatakan akan meminta tiga badan ini untuk membayar dividen lebih tinggi bagi mengisi kekurangan pendapatan GST dan saya gembira kerana pentadbiran BN mampu meninggalkan aset yang tinggi untuk dipergunakan mereka.

16. Bukan itu sahaja, dana GLC yang mewakili simpanan rakyat juga meningkat. Aset bersih KSWP sendiri meningkat dari RM341 bilion pada 2008 kepada RM814 bilion pada masa ini, Dana seperti PNB, Tabung Haji dan KWAP juga menunjukkan gandaan atau peningkatan tiga kali ganda bagi saiz aset bersih mereka untuk tempoh yang sama.

17. Dihitung bersama, aset bagi 7 entiti ini iaitu BNM, Khazanah, Petronas, KWSP, Tabung Haji, PNB, KWAP sahaja akan menunjukkan jumlah aset telah meningkat daripada RM847.8 bilion kepada hamper RM2 trilion atau angka tepat RM1,992.3 bilion.

18. Ketika pentadbiran saya, saya telah memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan tumpuan diberikan kepada rakyat dalam memastikan dividen lebih tinggi bagi KWSP, PNB, Tabung Haji dan dana lain berbanding pada akhir 1990 dan awal 2000.

19. Jangan melihat kepada hutang sahaja. Hutang perlu dilihat bersama kenaikan pendapatan negara dan peningkatan saiz aset negara.

20. Kerajaan PH perlu berhenti menggunakan terma dan definisi dicipta sendiri bagi hutang negara demi menjustifikasi kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto atau membatalkan projek yang memanfaatkan rakyat. Bukan itu sahaja, ketidakjujuran seperti itu menakutkan pasaran, melemahkan keyakinan pelabur asing dan ini akan membawa kepada kerugian kepada Malaysia dan rakyat.

……………..

……………..
Lihat video:
https://youtu.be/PuHVZNK6as8
……………..

Berita berkaitan