Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya dilihat membuat penjenamaan semula terhadap setiap dasar atau pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun membuat penjenamaan semula, kerajaan PH tetap mengambil kredit atau nama di atas apa yang telah dilaksanakan.
Namun, katanya, apa yang penting adalah rakyat masih mendapat manfaat dan menikmati kemudahan daripada inisiatif kerajaan terdahulu.
“Kerajaan hari ini cukup hebat dan istimewa. Mereka ini sarat dengan bakat penjenamaan semula. Saya faham mereka mahu menghapuskan apa-apa sahaja peninggalan Kerajaan Barisan Nasional dan Najib Razak.
“Walaupun hanya dari segi nama dan mereka nak ambil kredit. Tak apalah, nak tukar nama, tukarlah. Yang penting bagi saya, rakyat masih dapat manfaat dan nikmat dari kemudahan yang diberikan melalui semua program dan inisiatif yang kita bangunkan dulu,” katanya menerusi status laman Facebook hari ini.
* Penjenamaan juga melibatkan kos besar menukar papan tanda dan sebagainya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/484687/rtc-dijenamakan-sebagai-pkd