Pengurangan bajet menjaga keselamatan Sabah boleh menjejaskan keamanan – Hishammuddin - pakdin.my

Keselamatan Sabah

1. Sebagai bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, serta Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Kabinet Bayangan Barisan Nasional, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan penekanan dan penelitian mengenai pengurangan peruntukan bajet dalam menjaga keselamatan negeri Sabah.

2. Melalui pembentangan Belanjawan 2019, Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan bajet yang rendah, dan terdapat penurunan yang begitu jelas oleh Kerajaan Pakatan Harapan seperti :-

– Pertama, bajet untuk Pertahanan Maritim telah dikurangkan sebanyak RM 583,930,800 berbanding tahun lepas. Pertahanan Maritim ini meliputi operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meneruskan kerjasama pertahanan melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala, seperti Kerjasama Tiga Hala (MALINDOPHIL Trilateral Cooperative Arrangement – TCA) yang telah ditubuhkan bersama Kementerian Pertahanan Indonesia dan Kementerian Pertahanan Filipina sewaktu saya menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia. Kerjasama Tiga Hala ini yang merangkumi rondaan udara dan maritim diadakan bagi menghadapi ancaman pengganas yang bersekutu dengan Islamic State, dan memastikan keselamatan Lautan Sulu terus terbela;

– Kedua, peruntukan untuk Pengoperasian di ESSZONE dikurangkan sebanyak RM 22,607,200 berbanding tahun lepas; dan

– Ketiga, tiada sebarang peruntukan untuk Pangkalan Hadapan di Labuan/Lahad Datu dan Sistem Pesawat untuk menjaga keselamatan perairan negeri Sabah.

3. Peruntukan yang berkurangan ini sudah pasti memberikan indikasi yang tidak baik terhadap usaha Kerajaan memelihara kepentingan pertahanan dan keselamatan di Sabah. Hal ini dirunsingkan lagi dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh Marine Link pada 30hb Oktober berserta maklumat yang diterima oleh Information Sharing Center of Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (RECAAP). ReCAAP telah menerima laporan dari agensi pertahanan maritim di Filipina bahawa 10 ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf, lengkap dengan senjata api seperti pistol, senapang dan pelancar bom tangan, mempunyai perancangan untuk menjalankan aktiviti penculikan di beberapa kawasan di Sabah. Laporan tersebut juga menekankan bahawa penculik menyasarkan ahli perniagaan dan krew kapal asing, dengan hanya menggunakan motor banca yang tidak bertanda yang dikenali sebagai ‘jungkong’ – bot laju yang direka untuk perairan cetek.

4. Lebih lagi pada 31hb Oktober, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali juga telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima laporan yang sama dari rakan sejawatnya di Filipina. Susulan dari itu, tahap kawalan keselamatan ESSCOM telah diletakkan pada paras tertinggi. Ia juga dilaporkan bahawa kesemua aset di lapangan dan pos kawalan bahagian hadapan telah digerakkan untuk meningkatkan rondaan di kawasan perairan.

5. Berdasarkan kesemua laporan dan berita yang kian menular berkaitan tahap keselamatan perairan negeri Sabah hanya beberapa hari sebelum pembentangan Belanjawan 2019 jelas menunjukkan bahawa keadaan yang kita sedang lalui amatlah membimbangkan. Lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan walaupun jumlah peruntukan untuk Belanjawan 2019 lebih besar berbanding 2018. Jelas sekali keselamatan rakyat di negeri Sabah bukan lagi menjadi keutamaan bagi Kerajaan Persekutuan.

6. Tambahan lagi, hanya 2 hari lepas Ketua Polis Negara telah mengumumkan penangkapan 7 ahli kumpulan Abu Sayyaf yang terdiri daripada warganegara Filipina di Sabah. Mereka yang ditangkap terlibat dengan penculikan untuk tebusan (Kidnapping For Ransom) di Sabah dan juga selatan Filipina. Di antara mereka yang telah ditangkap adalah komander kepada kumpulan Abu Sayyaf yang juga orang kanan kepada Furuji Indama (pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf), seorang lagi di tugaskan untuk merekrut kanak-kanak untuk menyertai kumpulan Abu Sayyaf dan dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina, dan seorang lagi mempunyai kepakaran membuat senjata api untuk kegunaan kumpulan tersebut. Pengganas ini menjalankan kehidupan seperti rakyat biasa di sebahagian kawasan dalam negara kita ini, khususnya di Sabah.

7. Dengan itu, kementerian harus memberikan perhatian dan tindakan yang serius, khususnya dalam memperhalusi gerak kerja bagi menangani ancaman dan masalah ini. Pertahanan dan keselamatan bukanlah hanya terhad kepada menjaga sempadan perairan atau sekadar menghalang kemasukan pengganas ke dalam negara kita tetapi ia juga meliputi pembentukan kerjasama yang strategik serta membina hubungan yang rapat dengan agensi perisikan negara – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Hubungan baik dengan agensi-agensi tersebut telah pun dimulakan sejak saya menerajui Kementerian Pertahanan.

8. Kenyataan Menteri Pertahanan, YB Mohammad Sabu bahawa tiada ancaman serius di Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE), perairan di Sabah selamat, dan jaminan bahawa keselamatan Sabah terkawal amatlah jauh dengan kebenaran. Janji-janji retorik Pakatan Harapan bercanggah dengan realiti. Sebaliknya, tumpuan terhadap isu keselamatan, khususnya di Sabah, tidak diberikan perhatian dan keutamaan. Jika perkara ini berterusan, ia sekaligus akan menjejaskan keupayaan pertahanan dan keselamatan negara, terutamanya melindungi keselamatan negeri Sabah.

– tamat –

KENYATAAN MEDIA

YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ahli Parlimen P153 Sembrong

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

Pengurangan bajet menjaga keselamatan Sabah boleh menjejaskan keamanan – Hishammuddin - pakdin.my

Keselamatan Sabah

1. Sebagai bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, serta Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Kabinet Bayangan Barisan Nasional, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan penekanan dan penelitian mengenai pengurangan peruntukan bajet dalam menjaga keselamatan negeri Sabah.

2. Melalui pembentangan Belanjawan 2019, Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan bajet yang rendah, dan terdapat penurunan yang begitu jelas oleh Kerajaan Pakatan Harapan seperti :-

– Pertama, bajet untuk Pertahanan Maritim telah dikurangkan sebanyak RM 583,930,800 berbanding tahun lepas. Pertahanan Maritim ini meliputi operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meneruskan kerjasama pertahanan melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala, seperti Kerjasama Tiga Hala (MALINDOPHIL Trilateral Cooperative Arrangement – TCA) yang telah ditubuhkan bersama Kementerian Pertahanan Indonesia dan Kementerian Pertahanan Filipina sewaktu saya menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia. Kerjasama Tiga Hala ini yang merangkumi rondaan udara dan maritim diadakan bagi menghadapi ancaman pengganas yang bersekutu dengan Islamic State, dan memastikan keselamatan Lautan Sulu terus terbela;

– Kedua, peruntukan untuk Pengoperasian di ESSZONE dikurangkan sebanyak RM 22,607,200 berbanding tahun lepas; dan

– Ketiga, tiada sebarang peruntukan untuk Pangkalan Hadapan di Labuan/Lahad Datu dan Sistem Pesawat untuk menjaga keselamatan perairan negeri Sabah.

3. Peruntukan yang berkurangan ini sudah pasti memberikan indikasi yang tidak baik terhadap usaha Kerajaan memelihara kepentingan pertahanan dan keselamatan di Sabah. Hal ini dirunsingkan lagi dengan laporan yang telah dikeluarkan oleh Marine Link pada 30hb Oktober berserta maklumat yang diterima oleh Information Sharing Center of Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (RECAAP). ReCAAP telah menerima laporan dari agensi pertahanan maritim di Filipina bahawa 10 ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf, lengkap dengan senjata api seperti pistol, senapang dan pelancar bom tangan, mempunyai perancangan untuk menjalankan aktiviti penculikan di beberapa kawasan di Sabah. Laporan tersebut juga menekankan bahawa penculik menyasarkan ahli perniagaan dan krew kapal asing, dengan hanya menggunakan motor banca yang tidak bertanda yang dikenali sebagai ‘jungkong’ – bot laju yang direka untuk perairan cetek.

4. Lebih lagi pada 31hb Oktober, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali juga telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima laporan yang sama dari rakan sejawatnya di Filipina. Susulan dari itu, tahap kawalan keselamatan ESSCOM telah diletakkan pada paras tertinggi. Ia juga dilaporkan bahawa kesemua aset di lapangan dan pos kawalan bahagian hadapan telah digerakkan untuk meningkatkan rondaan di kawasan perairan.

5. Berdasarkan kesemua laporan dan berita yang kian menular berkaitan tahap keselamatan perairan negeri Sabah hanya beberapa hari sebelum pembentangan Belanjawan 2019 jelas menunjukkan bahawa keadaan yang kita sedang lalui amatlah membimbangkan. Lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan walaupun jumlah peruntukan untuk Belanjawan 2019 lebih besar berbanding 2018. Jelas sekali keselamatan rakyat di negeri Sabah bukan lagi menjadi keutamaan bagi Kerajaan Persekutuan.

6. Tambahan lagi, hanya 2 hari lepas Ketua Polis Negara telah mengumumkan penangkapan 7 ahli kumpulan Abu Sayyaf yang terdiri daripada warganegara Filipina di Sabah. Mereka yang ditangkap terlibat dengan penculikan untuk tebusan (Kidnapping For Ransom) di Sabah dan juga selatan Filipina. Di antara mereka yang telah ditangkap adalah komander kepada kumpulan Abu Sayyaf yang juga orang kanan kepada Furuji Indama (pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf), seorang lagi di tugaskan untuk merekrut kanak-kanak untuk menyertai kumpulan Abu Sayyaf dan dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina, dan seorang lagi mempunyai kepakaran membuat senjata api untuk kegunaan kumpulan tersebut. Pengganas ini menjalankan kehidupan seperti rakyat biasa di sebahagian kawasan dalam negara kita ini, khususnya di Sabah.

7. Dengan itu, kementerian harus memberikan perhatian dan tindakan yang serius, khususnya dalam memperhalusi gerak kerja bagi menangani ancaman dan masalah ini. Pertahanan dan keselamatan bukanlah hanya terhad kepada menjaga sempadan perairan atau sekadar menghalang kemasukan pengganas ke dalam negara kita tetapi ia juga meliputi pembentukan kerjasama yang strategik serta membina hubungan yang rapat dengan agensi perisikan negara – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Hubungan baik dengan agensi-agensi tersebut telah pun dimulakan sejak saya menerajui Kementerian Pertahanan.

8. Kenyataan Menteri Pertahanan, YB Mohammad Sabu bahawa tiada ancaman serius di Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE), perairan di Sabah selamat, dan jaminan bahawa keselamatan Sabah terkawal amatlah jauh dengan kebenaran. Janji-janji retorik Pakatan Harapan bercanggah dengan realiti. Sebaliknya, tumpuan terhadap isu keselamatan, khususnya di Sabah, tidak diberikan perhatian dan keutamaan. Jika perkara ini berterusan, ia sekaligus akan menjejaskan keupayaan pertahanan dan keselamatan negara, terutamanya melindungi keselamatan negeri Sabah.

– tamat –

KENYATAAN MEDIA

YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ahli Parlimen P153 Sembrong

Berita berkaitan