#Justice4Adib: Sultan Nazrin menitis air mata menitahkan,jenayah sekejam ini tidak noleh dilindungi - pakdin.my

“Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,”
———–

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitiskan air mata ketika bertitah berkongsi kesedihan mengenai Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya, 27 Dis lepas.

Baginda yang sebak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan Muhammad Adib dan menyifatkan Allahyarham seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa.

Baginda mahu pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Muhammad Adib tidak terlepas daripada undang-undang dan dikenakan hukuman setimpal.

“Demi memastikan undang-undang didaulatkan, demi memastikan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.

“Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, tanggungjawab moral, dan tanggungjawab undang-undang untuk tampil, membantu kerja-kerja siasatan Polis Diraja Malaysia.

“Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,” titah baginda pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang di sini, pada Jumaat.

Titah Sultan Nazrin, baginda berkesempatan menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada kedua-dua ibu bapa Muhammad Adib, iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid dan Asma Aziz, sambil mendoakan bersama seluruh rakyat Malaysia supaya Muhammad Adib dapat diselamatkan.

………….

LIHAT video:
https://youtu.be/VNz6BT6P7Dk

Berikut titah DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah:

TITAH

DULI YANG MAHA MULIA

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

MAJLIS

PENYAMPAIAN TAULIAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM

DAN

SIJIL PELANTIKAN KEHAKIMAN SYARIE

NEGERI PULAU PINANG

“MUHAMMAD ADIB: WIRA TERBILANG”

Salam Sejahtera

Saudara tua Beta, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Hadirin yang dirahmati ALLAH.

YA HAKAM, YA HAKIM, YA ‘ADL, YA SHAHID, dengan keagungan Asmaul Husna, dengan niat mendapat keberkatan dari MU jua Ya ALLAH, berpedoman sabda

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, hamba-Mu memilih, hari Jumaat, penghulu kepada segala hari, untuk melangsungkan Majlis Pengurniaan tauliah pelantikan ahli Majlis Agama Islam, dan sijil pelantikan kehakiman syarie negeri Pulau Pinang. Dipohonkan, agar setiap seorang daripada mereka yang telah diperkenankan untuk diberikan amanah, pada setiap masa, mendapat rahmat bimbingan dari Mu jua, untuk menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh jujur lagi berintegriti. Semoga Engkau anugerahkan kepada mereka, kekuatan iman agar senantiasa berpendirian tegas dan bersuara ikhlas menyembahkan sebaik-baik nasihat kepada hamba-Mu yang daif ini, untuk membolehkan hamba-Mu menyempurnakan tugas seorang Amirulmukminin dengan adil lagi saksama, berteraskan Kitabullah dan Sunah Rasul.

2. Syura atau permuafakatan, dan keadilan, merupakan dua elemen yang sangat diutamakan dalam Islam. Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syarie, ialah dua buah institusi penting dalam sistem pentadbiran berlandaskan Islam; satu berperanan sebagai dewan permuafakatan, dan satu lagi berperanan untuk memastikan berlakunya keadilan.

3. Majlis Agama Islam, ialah institusi bukan politik, institusi yang bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, atas peranan Baginda sebagai ketua agama negeri. Majlis Agama Islam ialah pihak berkuasa utama mengenai hal ehwal Islam selepas Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Majlis Agama Islam dalam memenuhi peranannya, hendaklah bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik berparti; agar berupaya menyembahkan perkara-perkara kepada Raja Pemerintah secara tidak partisan, membantu Baginda memperkenankan sesuatu keputusan secara objektif lagi bijaksana.

4. Majlis Agama Islam, berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan:

Pertama: Dalam perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, dan dalam perkara yang tidak menderhakai tujuh wasiat Raja-raja Melayu, MAJLIS sewajarnya memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Kedua: Dalam perkara yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan, dan berunsur menderhakai tujuh wasiat Raja-raja Melayu, MAJLIS berlandaskan prinsip, wajib secara tegas, menolak serta menentang, dan segera menyembahkan kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong, demi mempertahankan syiar Islam – demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

5. MAJLIS sewajibnya berfungsi sebagai sebuah ‘DEWAN PEMIKIRAN DAN PENTADBIRAN ISLAM’, di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan Raja Pemerintah, antara umat Islam dengan kerajaan pilihan rakyat, dan antara umat Islam dengan warga bukan Islam. Oleh itu, kesetiaan ahli-ahli Majlis yang telah diperkenankan lantikan, ialah kepada takhta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan titah perkenan Baginda wajib diperoleh sebelum sesuatu dasar, arahan dan kegiatan mengenai Islam mahu dilaksanakan.

6. Ahli-ahli MAJLIS wajib melakukan perekayasaan, membawa minda keluar, merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif demi kemuliaan sinar Islam, dan demi membela martabat umat Islam. Peranan MAJLIS wajib diluaskan, dimerdekakan daripada minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris.1 Peranan MAJLIS hendaklah ditakrif secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran, dan tenaga pelaksana berwibawa, untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.2 Walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara, selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai sebuah institusi yang berperanan penting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah.

7. Dalam suasana umat Islam kelihatan berterusan berselisih pendirian, dan dalam senario ukhuwah sesama umat Islam terbayang semakin retak, MAJLIS hendaklah mengambil tanggungjawab, sebagai instrumen penyatuan ummah; bebas daripada sebarang agenda politik kepartian, yang dianggap berpihak dan berat sebelah, supaya peranan MAJLIS dilihat neutral, lantas dapat diterima tanpa prejudis – tanpa prasangka oleh majoriti umat Islam.

8. Berpandukan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran, begitu juga sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, nyatalah Islam meletakkan satu fardu, untuk mewujudkan institusi kehakiman dalam sesebuah negara; sebagai contoh, firman ALLAH dalam ayat 26, surah Al-Shaad bermaksud:

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana itu akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH…”3

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bermaksud:

“Jika seseorang hakim telah berijtihad semasa menjatuhkan hukuman dan ijtihadnya itu tepat, maka ia akan mendapat satu ganjaran”4

9. Islam menekankan aspek pemerintahan berlandaskan undang-undang. Institusi kehakiman, berperanan sebagai badan penegak keadilan, memenuhi fungsi untuk menyelesaikan pertikaian sesama manusia, sama ada dituntut oleh individu, kumpulan atau sesuatu kaum terhadap hak, harta, darah dan nyawa. Tanpa institusi-institusi kehakiman yang berwibawa lagi adil, masyarakat akan menjadi tempang, ketidakadilan akan berlaku, kemungkaran akan bertebaran, dan kezaliman akan berleluasa.

10. Piagam Madinah atau Sahifah Al-Madina, dipersetujui secara bersama oleh semua golongan, terdiri daripada umat Islam dan orang Yahudi yang menjadi warga negara Madinah, di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, berperanan sebagai kompas rujukan mengurus tadbir negara kota Madinah. Piagam Madinah, perlembagaan bertulis yang pertama di dunia, menjadi bukti bahawa sistem pemerintahan Islam, disandarkan dengan undang-undang.

11. Negara kita juga ditetapkan tadbir urusnya, bersandarkan Perlembagaan yang dipersetujui oleh rakyat daripada pelbagai agama – pelbagai kaum. Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, ialah dua prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Negara akan berada dalam keadaan aman, dan rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmoni, selagi undang-undang dipatuhi dan dihormati. Tetapi, apabila undang-undang dipinggirkan, dan manusia memilih menunjukkan kekuatan atau kelebihan, melalui kaedah-kaedah lain, seperti menggunakan jawatan, kekayaan, kekerasan, rasuah, nafsu dan tipu helah, akan tergelincirlah keadilan, akibatnya yang lemah, yang tidak berdosa, semakin ramai menjadi mangsa.

12. Negara Malaysia, diasaskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) sebagai negara yang rakyatnya, walaupun terdiri daripada pelbagai penganut agama dan kaum, memiliki sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan yang saling menyayangi – saling menghargai. Tetapi pada pagi 27 November 2018, sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan tersebut bagaikan lenyap (disappear) dan menyejat (evaporate), dengan berlakunya rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Seafield, Subang Jaya. Undang-undang telah disisihkan, oleh manusia-manusia yang bertindak ganas kerana dipengaruhi prasangka dan emosi.

13. Negara bertanya, apakah yang sudah terjadi kepada warga di negara ini? Apakah yang telah mempengaruhi fikiran warga kita?, warga yang selama ini terkenal dengan sifat menghargai kedamaian dan mengutamakan keharmonian, warga yang pada biasanya mengamalkan sifat bertoleransi antara kaum – antara agama. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, serta barisan pemimpin seangkatan, telah berusaha dan berjaya menyatukan kita sebagai satu rumpun warga dalam sebuah negara, pertama kali pada 31 Ogos 1957, ketika negara menjadi sebuah Persekutuan yang merdeka lagi berdaulat; dan kali kedua, pada 16 September 1963 melalui penubuhan Malaysia.

14. Sekam prasangka yang dihidupkan bara, dan api sengketa yang dinyalakan oleh pihak tertentu, telah mencetuskan peristiwa buruk yang tidak sepatutnya berlaku. Pertikaian milik tapak tanah, antara jawatankuasa kuil dengan pemaju hartanah, telah mendorong beberapa pihak untuk mengetepikan proses undang-undang (ignoring the rule of law); di sebaliknya, tanpa bertanggungjawab, bereksperimen dengan kaedah penyelesaian yang mengumpan kepada berlakunya malapetaka.

15. Firman ALLAH dalam ayat 32, Surah Al-Maa’idah bermaksud:

“…, bahawa: barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya…”5

16. Muhammad Adib bin Mohd. Kassim, seorang anggota bomba dan penyelamat, yang memenuhi tugas negara, telah menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield, Subang. Dilaporkan, Muhammad Adib, telah ditarik keluar daripada kenderaan, lalu diserang dan dipukul oleh para perusuh. Muhammad Adib mengalami cedera parah. Beta berpeluang berangkat menziarahi Muhammad Adib, di Institut Jantung Negara dan menzahirkan rasa dukacita dan simpati Beta kepada kedua-dua ibu bapa beliau, Mohd. Kassim Abdul Hamid dan Azma Aziz pada pagi Jumaat, 30 November, sambil mendoakan, bersama seluruh rakyat Malaysia, agar Muhammad Adib dapat diselamatkan. Meskipun para doktor menjalankan segala usaha yang terdaya, ALLAH jua yang Maha berkuasa, penentu kepada segala-galanya. Pada jam 9.41 malam, 17 Disember 2018, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir, kembali menemui Penciptanya, ketika baru berusia 24 tahun.

17. Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama, daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana, sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib. Demi memastikan undang-undang didaulatkan, demi memastikan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.

18. Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, tanggungjawab moral, dan tanggungjawab undang-undang untuk tampil, membantu kerja-kerja siasatan Polis Diraja Malaysia. Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada ALLAH kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan.

19. Pada pagi 18 Disember, jenazah Muhammad Adib, diterbangkan untuk diabadikan selama-lamanya di Kuala Kedah, empat hari sebelum tarikh yang ditetapkan, untuk beliau diijabkabulkan dengan Nurul Najihah Mohd. Rodzi. Negara dihujani gerimis hiba. Atas nama negara, Beta menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada Encik Mohd. Kassim Abdul Hamid, Puan Azma Aziz dan Cik Nurul Najihah, serta seluruh keluarga, atas pemergian Muhammad Adib secara tragik. Sesungguhnya MUHAMMAD ADIB IALAH SEORANG WIRA TERBILANG; BERANI, CEKAL LAGI BERWIBAWA, telah terkorban untuk negaranya. Semoga ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja Muhammad Adib dianugerahi ILAHI dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi peristiwa pahit ini. Pada pagi Jumaat yang berkat ini, sama-sama kita pohon kepada ILAHI, agar roh Muhammad Adib mendapat dakapan ihsan dan kasih ILAHI; kita pohonkan agar ALLAH Subhanahu Wata’ala menerima rohnya dalam kalangan roh-roh yang dimuliakan sebagai syahid. Sama-sama kita bacakan Surah Al-Fatihah, semoga apa juga ganjaran daripada bacaan tersebut, disampaikan kepada roh Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd. Kassim. Al-Fatihah.

Semoga ALLAH Subhanahu Wata’ala memberikan kita petunjuk menemui jalan yang lurus.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

VIDEO: Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari

Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lima hari.

VIDEO: Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA

Bersih, Muda, C4, dan bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan peguam negara selepas keputusan mahkamah memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Najib Abdul Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk di Songkhla, jalan raya ditutup

Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi sangat kritikal di kawasan seperti persimpangan Ko Yo, Baan Kuan Hin dan Baan Bang Dan, di mana air banjir telah menghalang laluan kenderaan kecil.

[VIDEO] SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air

SONGKHLA, Thailand: Kereta Api Negeri Thailand (SRT) melaraskan semula jadual perjalanannya di Laluan Selatan pada hari Rabu 28 November 2024 akibat banjir teruk.

[VIDEO] 16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia

Pasukan penyelamat di Indonesia menemui 16 mayat di bawah bertan-tan lumpur dan batu atau yang dihanyutkan dalam banjir kilat yang melanda perkampungan lereng gunung di Pulau Sumatera.

VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

Terbongkar rahsia hubungan songsang semburit Anwar Ibrahim dengan Aidil...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali...

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
Tolong lah subscribe:

#Justice4Adib: Sultan Nazrin menitis air mata menitahkan,jenayah sekejam ini tidak noleh dilindungi - pakdin.my

“Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,”
———–

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitiskan air mata ketika bertitah berkongsi kesedihan mengenai Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya, 27 Dis lepas.

Baginda yang sebak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan Muhammad Adib dan menyifatkan Allahyarham seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa.

Baginda mahu pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Muhammad Adib tidak terlepas daripada undang-undang dan dikenakan hukuman setimpal.

“Demi memastikan undang-undang didaulatkan, demi memastikan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.

“Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, tanggungjawab moral, dan tanggungjawab undang-undang untuk tampil, membantu kerja-kerja siasatan Polis Diraja Malaysia.

“Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,” titah baginda pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang di sini, pada Jumaat.

Titah Sultan Nazrin, baginda berkesempatan menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada kedua-dua ibu bapa Muhammad Adib, iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid dan Asma Aziz, sambil mendoakan bersama seluruh rakyat Malaysia supaya Muhammad Adib dapat diselamatkan.

………….

LIHAT video:
https://youtu.be/VNz6BT6P7Dk

Berikut titah DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah:

TITAH

DULI YANG MAHA MULIA

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

MAJLIS

PENYAMPAIAN TAULIAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM

DAN

SIJIL PELANTIKAN KEHAKIMAN SYARIE

NEGERI PULAU PINANG

“MUHAMMAD ADIB: WIRA TERBILANG”

Salam Sejahtera

Saudara tua Beta, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Hadirin yang dirahmati ALLAH.

YA HAKAM, YA HAKIM, YA ‘ADL, YA SHAHID, dengan keagungan Asmaul Husna, dengan niat mendapat keberkatan dari MU jua Ya ALLAH, berpedoman sabda

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, hamba-Mu memilih, hari Jumaat, penghulu kepada segala hari, untuk melangsungkan Majlis Pengurniaan tauliah pelantikan ahli Majlis Agama Islam, dan sijil pelantikan kehakiman syarie negeri Pulau Pinang. Dipohonkan, agar setiap seorang daripada mereka yang telah diperkenankan untuk diberikan amanah, pada setiap masa, mendapat rahmat bimbingan dari Mu jua, untuk menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh jujur lagi berintegriti. Semoga Engkau anugerahkan kepada mereka, kekuatan iman agar senantiasa berpendirian tegas dan bersuara ikhlas menyembahkan sebaik-baik nasihat kepada hamba-Mu yang daif ini, untuk membolehkan hamba-Mu menyempurnakan tugas seorang Amirulmukminin dengan adil lagi saksama, berteraskan Kitabullah dan Sunah Rasul.

2. Syura atau permuafakatan, dan keadilan, merupakan dua elemen yang sangat diutamakan dalam Islam. Majlis Agama Islam dan Mahkamah Syarie, ialah dua buah institusi penting dalam sistem pentadbiran berlandaskan Islam; satu berperanan sebagai dewan permuafakatan, dan satu lagi berperanan untuk memastikan berlakunya keadilan.

3. Majlis Agama Islam, ialah institusi bukan politik, institusi yang bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, atas peranan Baginda sebagai ketua agama negeri. Majlis Agama Islam ialah pihak berkuasa utama mengenai hal ehwal Islam selepas Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Majlis Agama Islam dalam memenuhi peranannya, hendaklah bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik berparti; agar berupaya menyembahkan perkara-perkara kepada Raja Pemerintah secara tidak partisan, membantu Baginda memperkenankan sesuatu keputusan secara objektif lagi bijaksana.

4. Majlis Agama Islam, berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan:

Pertama: Dalam perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, dan dalam perkara yang tidak menderhakai tujuh wasiat Raja-raja Melayu, MAJLIS sewajarnya memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Kedua: Dalam perkara yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan, dan berunsur menderhakai tujuh wasiat Raja-raja Melayu, MAJLIS berlandaskan prinsip, wajib secara tegas, menolak serta menentang, dan segera menyembahkan kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong, demi mempertahankan syiar Islam – demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

5. MAJLIS sewajibnya berfungsi sebagai sebuah ‘DEWAN PEMIKIRAN DAN PENTADBIRAN ISLAM’, di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan Raja Pemerintah, antara umat Islam dengan kerajaan pilihan rakyat, dan antara umat Islam dengan warga bukan Islam. Oleh itu, kesetiaan ahli-ahli Majlis yang telah diperkenankan lantikan, ialah kepada takhta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan titah perkenan Baginda wajib diperoleh sebelum sesuatu dasar, arahan dan kegiatan mengenai Islam mahu dilaksanakan.

6. Ahli-ahli MAJLIS wajib melakukan perekayasaan, membawa minda keluar, merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif demi kemuliaan sinar Islam, dan demi membela martabat umat Islam. Peranan MAJLIS wajib diluaskan, dimerdekakan daripada minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris.1 Peranan MAJLIS hendaklah ditakrif secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran, dan tenaga pelaksana berwibawa, untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.2 Walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara, selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai sebuah institusi yang berperanan penting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah.

7. Dalam suasana umat Islam kelihatan berterusan berselisih pendirian, dan dalam senario ukhuwah sesama umat Islam terbayang semakin retak, MAJLIS hendaklah mengambil tanggungjawab, sebagai instrumen penyatuan ummah; bebas daripada sebarang agenda politik kepartian, yang dianggap berpihak dan berat sebelah, supaya peranan MAJLIS dilihat neutral, lantas dapat diterima tanpa prejudis – tanpa prasangka oleh majoriti umat Islam.

8. Berpandukan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran, begitu juga sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, nyatalah Islam meletakkan satu fardu, untuk mewujudkan institusi kehakiman dalam sesebuah negara; sebagai contoh, firman ALLAH dalam ayat 26, surah Al-Shaad bermaksud:

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana itu akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH…”3

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bermaksud:

“Jika seseorang hakim telah berijtihad semasa menjatuhkan hukuman dan ijtihadnya itu tepat, maka ia akan mendapat satu ganjaran”4

9. Islam menekankan aspek pemerintahan berlandaskan undang-undang. Institusi kehakiman, berperanan sebagai badan penegak keadilan, memenuhi fungsi untuk menyelesaikan pertikaian sesama manusia, sama ada dituntut oleh individu, kumpulan atau sesuatu kaum terhadap hak, harta, darah dan nyawa. Tanpa institusi-institusi kehakiman yang berwibawa lagi adil, masyarakat akan menjadi tempang, ketidakadilan akan berlaku, kemungkaran akan bertebaran, dan kezaliman akan berleluasa.

10. Piagam Madinah atau Sahifah Al-Madina, dipersetujui secara bersama oleh semua golongan, terdiri daripada umat Islam dan orang Yahudi yang menjadi warga negara Madinah, di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, berperanan sebagai kompas rujukan mengurus tadbir negara kota Madinah. Piagam Madinah, perlembagaan bertulis yang pertama di dunia, menjadi bukti bahawa sistem pemerintahan Islam, disandarkan dengan undang-undang.

11. Negara kita juga ditetapkan tadbir urusnya, bersandarkan Perlembagaan yang dipersetujui oleh rakyat daripada pelbagai agama – pelbagai kaum. Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, ialah dua prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Negara akan berada dalam keadaan aman, dan rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmoni, selagi undang-undang dipatuhi dan dihormati. Tetapi, apabila undang-undang dipinggirkan, dan manusia memilih menunjukkan kekuatan atau kelebihan, melalui kaedah-kaedah lain, seperti menggunakan jawatan, kekayaan, kekerasan, rasuah, nafsu dan tipu helah, akan tergelincirlah keadilan, akibatnya yang lemah, yang tidak berdosa, semakin ramai menjadi mangsa.

12. Negara Malaysia, diasaskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) sebagai negara yang rakyatnya, walaupun terdiri daripada pelbagai penganut agama dan kaum, memiliki sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan yang saling menyayangi – saling menghargai. Tetapi pada pagi 27 November 2018, sifat kemanusiaan dan perasaan keinsanan tersebut bagaikan lenyap (disappear) dan menyejat (evaporate), dengan berlakunya rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Seafield, Subang Jaya. Undang-undang telah disisihkan, oleh manusia-manusia yang bertindak ganas kerana dipengaruhi prasangka dan emosi.

13. Negara bertanya, apakah yang sudah terjadi kepada warga di negara ini? Apakah yang telah mempengaruhi fikiran warga kita?, warga yang selama ini terkenal dengan sifat menghargai kedamaian dan mengutamakan keharmonian, warga yang pada biasanya mengamalkan sifat bertoleransi antara kaum – antara agama. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, serta barisan pemimpin seangkatan, telah berusaha dan berjaya menyatukan kita sebagai satu rumpun warga dalam sebuah negara, pertama kali pada 31 Ogos 1957, ketika negara menjadi sebuah Persekutuan yang merdeka lagi berdaulat; dan kali kedua, pada 16 September 1963 melalui penubuhan Malaysia.

14. Sekam prasangka yang dihidupkan bara, dan api sengketa yang dinyalakan oleh pihak tertentu, telah mencetuskan peristiwa buruk yang tidak sepatutnya berlaku. Pertikaian milik tapak tanah, antara jawatankuasa kuil dengan pemaju hartanah, telah mendorong beberapa pihak untuk mengetepikan proses undang-undang (ignoring the rule of law); di sebaliknya, tanpa bertanggungjawab, bereksperimen dengan kaedah penyelesaian yang mengumpan kepada berlakunya malapetaka.

15. Firman ALLAH dalam ayat 32, Surah Al-Maa’idah bermaksud:

“…, bahawa: barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya…”5

16. Muhammad Adib bin Mohd. Kassim, seorang anggota bomba dan penyelamat, yang memenuhi tugas negara, telah menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield, Subang. Dilaporkan, Muhammad Adib, telah ditarik keluar daripada kenderaan, lalu diserang dan dipukul oleh para perusuh. Muhammad Adib mengalami cedera parah. Beta berpeluang berangkat menziarahi Muhammad Adib, di Institut Jantung Negara dan menzahirkan rasa dukacita dan simpati Beta kepada kedua-dua ibu bapa beliau, Mohd. Kassim Abdul Hamid dan Azma Aziz pada pagi Jumaat, 30 November, sambil mendoakan, bersama seluruh rakyat Malaysia, agar Muhammad Adib dapat diselamatkan. Meskipun para doktor menjalankan segala usaha yang terdaya, ALLAH jua yang Maha berkuasa, penentu kepada segala-galanya. Pada jam 9.41 malam, 17 Disember 2018, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir, kembali menemui Penciptanya, ketika baru berusia 24 tahun.

17. Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama, daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana, sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib. Demi memastikan undang-undang didaulatkan, demi memastikan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.

18. Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, tanggungjawab moral, dan tanggungjawab undang-undang untuk tampil, membantu kerja-kerja siasatan Polis Diraja Malaysia. Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada ALLAH kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan.

19. Pada pagi 18 Disember, jenazah Muhammad Adib, diterbangkan untuk diabadikan selama-lamanya di Kuala Kedah, empat hari sebelum tarikh yang ditetapkan, untuk beliau diijabkabulkan dengan Nurul Najihah Mohd. Rodzi. Negara dihujani gerimis hiba. Atas nama negara, Beta menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada Encik Mohd. Kassim Abdul Hamid, Puan Azma Aziz dan Cik Nurul Najihah, serta seluruh keluarga, atas pemergian Muhammad Adib secara tragik. Sesungguhnya MUHAMMAD ADIB IALAH SEORANG WIRA TERBILANG; BERANI, CEKAL LAGI BERWIBAWA, telah terkorban untuk negaranya. Semoga ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja Muhammad Adib dianugerahi ILAHI dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi peristiwa pahit ini. Pada pagi Jumaat yang berkat ini, sama-sama kita pohon kepada ILAHI, agar roh Muhammad Adib mendapat dakapan ihsan dan kasih ILAHI; kita pohonkan agar ALLAH Subhanahu Wata’ala menerima rohnya dalam kalangan roh-roh yang dimuliakan sebagai syahid. Sama-sama kita bacakan Surah Al-Fatihah, semoga apa juga ganjaran daripada bacaan tersebut, disampaikan kepada roh Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd. Kassim. Al-Fatihah.

Semoga ALLAH Subhanahu Wata’ala memberikan kita petunjuk menemui jalan yang lurus.

Berita berkaitan