Seorang gadis Indonesia yang menetap di sana sanggup terbang ke negara ini semata-mata kerana beliau mahu filem animasi “Ejen Ali The Movie”.
Menggunakan akaun Twitter atas nama tofutoomis, beliau yang mengaku sebagai animator dan ilustratoe menonton filem tersebut di TGV D’pulze.
“Terbang dari Indonesia untuk menonton #EjenAliTheMovie,” katanya melalui hantaran pada 6 Disember lalu yang turut mendapat perhatian penerbit filem berkenaan Primeworks Studios Film.
Dalam hantaran lain, beliau juga sudah menonton filem animasi “Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal” dan “BoBoiBoy Movie 2”, dua lagi fiem animasi popular di Malaysia tahun ini.
Beberapa pengguna daripada Malaysia turut berterima kasih kepada gadis berkenaan.
“Terima kasih sokong (filem) animasi Malaysia,” kata Ibrahim Jamadi.
“Woah! Terima kasih atas sokongan awak,” kata Hilman pula.
“Ejen Ali The Movie” mencatat kutipan RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan di 162 pawagam tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
Filem itu juga mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung dengan kutipan melebihi RM1.8 juta selepas hari pertama ditayang ekaligus mencatat rekod baru bagi kutipan hari pertama untuk filem animasi tempatan.
Fly from Indonesia to watch this #EjenAliTheMovie pic.twitter.com/08GA966ziy
— Tofutoomis waiting #Mechamato (@tofutoomis) December 6, 2019