Satu lagi (1) kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada lapan (8), setakat tengah hari ini (30 Jan) .
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan, berkata kesemua lapan kes itu terdiri daripada warganegara China.
Beliau berkata kes terbaharu membabitkan seorang wanita berusia 49 tahun.
“Kes kelapan ini adalah warganegara China berusia 49 tahun yang telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor Bahru dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- Bernama