KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga.
Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti.
“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti.
BACA seterusnya di: https://t.co/cXCP4agY5Z
………… pic.twitter.com/VRzPoQPiVb— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) August 21, 2022
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek.