FLORIDA: Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Broward di Florida, Amerika Syarikat terhempas di sebuah bangunan apartmen lalu meragut dua nyawa.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat lagi individu turut cedera dalam nahas berkenaan.
Rakaman detik kejadian yang disiarkan media tempatan memaparkan helikopter itu hilang kawalan dan berpusing sebelum terhempas di apartmen Pompano Beach.
Seorang anggota bomba dan seorang wanita dipercayai orang awam yang berada di aras bawah apartmen terbabit dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban.
Nahas turut mengakibatkan beberapa bahagian apartmen berkenaan rosak teruk.
Sehubungan itu, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan melakukan siasatan bersama bagi mengenal pasti punca nahas. — REUTERS
View this post on Instagram
BACA juga: