Pada 22 April 2024 sekitar pukul 06:30 pagi, satu insiden menggemparkan berlaku di Daerah Saba Yoi, Songkhla, apabila penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta pikap Isuzu 4 pintu milik Sarjan Polis Wanat Chumapan, anggota Balai Polis Daerah Saba Yoi.
Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan untuk menjemput 6 sami dan samanera (Sami muda) bagi tujuan pemberian sedekah di kawasan perbandaran Saba Yoi.
Tembakkan balas oleh Sarjan Wanat menyebabkan penyerang berundur.
Serangan tersebut mengakibatka samanera Phongkorn Chumapan (16 tahun), anak lelaki Sarjan Wanat, disahkan maut.
Seorang samanera lain, Phoknith Morasilap (12 tahun) dari Tambon Ban Ko, Amphoe Prom Khiri, Nakhon Si Thammarat, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Saba Yoi.
Lokasi kejadian berhampiran Jalan Suan On, Kampung Khlong Rian, kira-kira 500 meter dari Wat Kula.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat untuk menjejaki penjenayah.
Sementara itu pada 23 April 2024, polis berjaya menahan Nasarri, ahli kumpulan BRN, suspek utama dalam kes seranngan tersebut.
Tangkapan dibuat berdasarkan bukti kritikal termasuk rakaman CCTV, cap jari, DNA di lokasi, dan keputusan forensik kelongsong peluru.
Bukti menunjukkan senapang M-16 yang digunakan dalam serangan ini dirampas daripada kes pembunuhan anggota polis di Balai Polis Na Pradu pada tahun 2023.
Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan Nasarri yang mengaku terlibat bersama seorang lagi rakan yang masih bebas.
Maklumat daripada penduduk tempatan membantu pihak berkuasa menjejaki suspek.
BACA juga: