Pagi ini, seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja didakwa di mahkamah dengan tiga tuduhan atas kesalahan menerima RM19 juta dari pemilik syarikat yang dianugerahkan projek mega terowong Pulau Pinang kononnya sebagai bayaran untuk menutup siasatan rasuah SPRM.
Pada masa itu, RPK membuat pendedahan dengan memaparkan dokumen SPRM yang dikatakan kertas siasatan dalam SPRM.
Bagaimanapun pada bulan lepas, Kerajaan PH dan Lim Guan Eng tegas beberapa kali menuduh RPK telah menipu dalam isu ini.
Jika benar bahawa RPK menipu dalam isu ini dan kertas siasatan SPRM tidak sahih, mengapa semua butiran terperinci termasuk tarikh wang di bayar, tempat wang di bayar, siapa pemberi, siapa penerima, pecahan serta berapa kali bayaran dibuat dan bank penghantar dengan bank penerima termasuk nombor akaun bank telah berpadanan hingga 100%?
Jika kertas siasatan yang dibongkarkan oleh RPK itu sekarang terbukti sahih maka adakah bukti-bukti dari dokumen yang sama bahawa pemimpin kanan DAP menerima rasuah serta 10% kepentingan dalam projek terowong juga adalah benar dan mereka sepatutnya didakwa seperti G Gnanaraja, pagi ini?
Apakah Rule of Law negara ini? Atau ada yang menentukan pendakwaan berpilih?
Kerajaan PH perlu jawab persoalan ini semua.
Malaysia-Today.net
…….
Rujukan:
Dato Seri akan didakwa besok berhubung Rasuah Projek terowong Pulau Pinang
https://pakdin.my/dato-seri-akan-didakwa-besok-berhubung-rasuah-projek-terowong-pulau-pinang/