Tag: satelit

  • Pesawat #MH370 Terbang Lebih Laju Dari Andaian Awal Sebelum Terjunam Ke Laut

    Pesawat #MH370 Terbang Lebih Laju Dari Andaian Awal Sebelum Terjunam Ke Laut

    Sebuah skrin navigasi yang digunakan oleh juruterbang yang menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)r Force AP-3C Orion menunjukkan lokasi semasa yang diwakili bulatan putih semasa misi pencarian mereka untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.
    Sebuah skrin navigasi yang digunakan oleh juruterbang yang menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)r Force AP-3C Orion menunjukkan lokasi semasa yang diwakili bulatan putih semasa misi pencarian mereka untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

    Beberapa pesawat dan kapal bergegas ke kawasan pencarian baru pada Jumaat selepas mendapat “petunjuk boleh dipercayai” bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 terbang lebih laju dari andaian awal sebelum ia terjunam ke Lautan Hindi.

    Sepuluh pesawat dari enam negara iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), mengalihkan lokasi pencarian mereka ke satu kawasan baru 1,100 kilometer (685 baru) timur laut dari kawasan operasi mencari yang dilakukan sebelum ini selama seminggu, di barat Australia.

    Lima kapal China dan sebuah kapal tentera laut turut berlayar ke zon baharu selepas cuaca kembali pulih apabila pencarian pada Khamis ditangguhkan berikutan ribut petir dan angin kuat, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

    “Maklumat baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan,” kata Amsa.

    “Ia menunjukkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju dari yang dianggarkan sebelum ini, yang menandakan terdapat peningkatan dalam penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat itu terbang ke selatan sehingga ke Lautan Hindi.”

    Ia diikuti Thailand pada Khamis melaporkan satu imej satelit menunjukkan ratusan objek terapung.

    Jepun turut mengumumkan analisis satelitnya menunjukkan kira-kira 10 objek terapung walaupun tidak dipastikan sekiranya kesemua objek itu berada dalam tumpuan zon kawasan pencarian baharu.

    Imej satelit Thailand dan Jepun diperoleh selepas data satelit dari Australia, China dan Perancis yang turut menunjukkan objek terapung berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, tetapi tiada pengesahan menerusi pencarian besar-besaran itu.

    Misteri kehilangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777 itu ketika dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu, yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal.

    “Ini merupakan petunjuk baharu boleh dipercayai, dan ia akan disiasat secara terperinci pada hari ini (Jumaat),” kata Perdana Menteri Australia, Tony Abott.

    “Seperti mana yang saya katakan dari awal, kita akan mengikut setiap petunjuk boleh dipercayai dan terus memaklumkan kepada umum setiap perkembangan baharu yang penting. Itulah yang kita sedang lakukan,” tambahnya.

    Nasihat terbaharu itu daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menetapkan “bahawa ia merupakan petunjuk paling boleh dipercayai terhadap lokasi berkemungkinan serpihan pesawat akan ditemui”.

    Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 ke barat Perth.

  • #MH370 Hilang: Rupanya Terdapat Terlalu Banyak Satelit Di Ruang Udara

    #MH370 Hilang: Rupanya Terdapat Terlalu Banyak Satelit Di Ruang Udara

    MH370-imej-satelit-27-03-14

    Imej satelit dipungut dari Perancis , China, dan Thailand telah menjadi berita utama sekarang ini yang berpotensi menunjukkan dikawasan mana serpihan pesawat MH370 yang hilang.

    Pencarian pesawat telah mendedahkan hakikat bahawa berpuluh-puluh negara-negara, kecil dan besar mempunyai satelit di orbit yang mempunyai keupayaan untuk mengambil gambar-gambar bumi.

    Selain itu, banyak syarikat-syarikat swasta mengendalikan satelit yang mengambil gambar dan mereka kemudiannya menjual kepada kerajaan asing, termasuk kerajaan Amerika Syarikat.

    “Dari segi kiraan kasar, terdapat lebih daripada 100 satelit ‘Kaji Bumi’ dan ‘Remote Sensing’ di orbit pada masa ini, yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat atau agensi-agensi kerajaan (awam dan tentera) dan lebih daripada 30 buah negara , termasuk negara-negara membangun seperti Algeria, Nigeria, Venezuela, dan Vietnam, ” kata Micah Walter-Range, Pengarah Penyelidikan dan Analisis Yayasan Angkasa.

    Tidak semua daripada satelit kini mengorbit bumi mengambil imej tetapi kebanyakan bertjuan demikian. Ada juga yang digunakan untuk tujuan peranti GPS dan dan alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit .

    Negara-negara yang ingin memulakan program angkasa mereka dengan yang berskala rendah (low-end) untuk kegunaan pengimejan satelit, boleh mempunyai melaksanakannya dengan kos bawah 100 juta.

    Negara-negara yang telah menghasilkan imej-imej dalam operasi mencari pesawat telah mengambil gambar kerana satelit mereka telah melewati Lautan Hindi antara Australia dan Antartika, yang paling terpencil di bumi dan sukar untuk operasi mencari melalui udara atau laut.

    Gambar-gambar yang telah membolehkan penganalisis atas untuk menunjukkan dimana pesawat MH370 ang dicari dan bot boleh menuju ke arah lokasi tertentu berdasarkan di mana objek dilihat dalam imej dan sejauh mana mereka telah hanyut oleh angin dan arus.

    Walaupun banyak negara telah menghasilkan imej-imej baru-baru ini, pasukan pencari masih tidak berjaya untuk mendapatkan mana-mana objek untuk menentukan sama ada ianya dari serpihan pesawat MH370. Antara masalah itu adalah kerana jarak masa, apabila satelit mencerap sesuatu objek ianya perlu di analisa oleh penganalisis data sebelum dikongsikan dengan pasukan mencari.

    Kapalterbang pencari yang boleh mengambil imej tatkala melaluinya diatasnya dan perlu menghantar imej yang diambil ke pusat mencari. Ia mengambil imej secara berterusan, jadi ianya pasti akan mengambil masa yang lama untuk penghantaran dan analisa.

    Syarikat-syarikat kini menyelidik cara-cara untuk membuat cerapan video secara langsung imej satelit ke bumi, jadi penganalisis boleh melihat apabila satelit melewati kawasan yang disyaki terdapat serpihan pesawat dan melaporkan kepada krew mencari dalam masa sebenar, tetapi teknologi tidak boleh didapati secara komersial sekarang ini. Tidak diketahui sama ada mana-mana satelit kerajaan mempunyai keupayaan yang sedemikian.

  • Selepas Lebih 100 Objek Dikesan, Pasukan Carian #MH370 Diancam Ribut

    Selepas Lebih 100 Objek Dikesan, Pasukan Carian #MH370 Diancam Ribut

    MH370-airbus-satelit-image

    Ribut petir dan angin kencang pada Khamis mengancam usaha pasukan carian antarabangsa MH370 selepas lebih dari 100 objek terapung berjaya dirakam satelit dan menimbulkan harapan baru.

    Malaysia berkata imej yang berjaya dirakam baru-baru ini oleh satelit Perancis menunjukkan ‘122 objek yang berpotensi’ yang terdapat di kawasan carian terpencil selatan Lautan Hindi, walaupun masih belum ada satu pun objek yang telah diambil dari laut.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengingatkan bahawa adalah mustahil untuk menentukan dengan segera sama ada objek tersebut berkaitan Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac dan yang dipercayai terhempas dengan 239 orang di dalam pesawat.

    Tetapi Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaraskan carian di 2,500 kilometer (1,550 batu) barat daya Perth berkata mereka telah pun berada di satu kawasan di mana pihak berkuasa menyasarkan ia sebagai zon tepat yang berpotensi berlakunya kemalangan.

    “Kedudukan dalam maklumat satelit yang dikeluarkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia berada dalam kawasan carian pada Rabu,” katanya, ketika satu kumpulan pesawat bersedia untuk meninggalkan kawasan tersebut sebelum cuaca menjadi lebih buruk.

    Enam pesawat tentera dari Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat akan terbang melakukan carian sepanjang hari, bersama-sama dengan lima pesawat awam di dua kawasan meliputi kumulatif 78,000 kilometer persegi.

    Lima buah kapal juga berada dalam zon carian, termasuk HMAS Success Australia dan kapal China Xue Long, Kunlunshan, Haikou dan Qiandaohu.

    Tetapi mereka melakukan operasi di lautan luas dengan ombak kuat seperti yang diterangkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

    AMSA dan Biro Meteorologi Australia  memberi amaran cuaca dijangka buruk lewat hari ini.

    Aset yang terlibat:

    • Australian P3 Orion
    • 3 Australian civilian aircraft
    • 1 Chinese IL-76
    • 1 New Zealand P3 Orion
    • Chinese icebreaker Xue LongDi sektor Barat
    • 1 US P8 Poseidon
    • 1 Korean P3 Orion
    • 1 Japanese P3 Orion
    • 2 Australian P3 Orions, and one civilian aircraft.
    • The Australian ship HMAS Success, which left the area Monday because of bad weather, returned to search today.
    • A Japanese Coast Guard Gulfstream aircraft headed for Austrlia to join the search.

    Untuk maklumat lajut boleh layari Facebook AMSA

    MH370-airbus-satelit-image-2

  • Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung Di Selatan Lautan Hindi Kemungkinan Ada Kaitan #MH370

    Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung Di Selatan Lautan Hindi Kemungkinan Ada Kaitan #MH370

    MH370-airbus-satelit-image

    Imej satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi.

    Agensi maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter.

    Objek dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth.

    Imej diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand Isnin lalu, tetapi ia memerlukan beberapa hari untuk diproses.

    Objek terbabit dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan MH 370.

    Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh dan tidak akan mengesahkan ia adalah serpihan pesawat berkenaan.

    Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia.

    Youtube:

     

  • Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Dari PerancisTunjuk 122 Objek Mungkin Berkaitan MH370

    Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Dari PerancisTunjuk 122 Objek Mungkin Berkaitan MH370

    Imej Satelite dari Firma Pertahanan Airbus Perancis
    Imej Satelite dari Firma Pertahanan Airbus Perancis

    Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac.

    “MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370).

    “Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.

    “Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia),” katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.

    Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa.

    “Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370.

    “Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari,” kata Hishammuddin.

    Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat.

    “Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat,” katanya.

  • Operasi Pencarian #MH370 Diperhebat Susulan Objek Besar Dikesan satelit China

    Operasi Pencarian #MH370 Diperhebat Susulan Objek Besar Dikesan satelit China

    MH370-debris-china-stelite-2
    Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di koridor selatan Lautan Hindi.

    Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China “Gaofen-1” kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing telah disampaikan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang dekat sini Sabtu.

    Maklumat daripada Duta China ke Malaysia Huang Huikang disampaikan kepada Hishammuddin dalam nota bertulis.

    Agensi berita nasional China Xinhua dalam laman webnya www.xinhuanet.com berkata jurucakap Kementerian Luar negara itu Hong Lei berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan, berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar, di selatan Lautan Hindi.

    在南印度洋搜寻马航失联客机的纽西兰皇家空军P-3K2“猎户座”飞机, 星期六发现固体物质漂浮在海面。
    在南印度洋搜寻马航失联客机的纽西兰皇家空军P-3K2“猎户座”飞机, 星期六发现固体物质漂浮在海面。

    Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi.

    Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini.

    Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenayataan berkata China menyalurkan imej satelit kepada Australia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan pada Sabtu.

    AMSA berkata ia akan mengambil kira maklumat itu dalam pelan pencariannya pada Ahad.

    Ia telah menentukan kedudukan dan ia terletak dalam kawasan pencarian pada Sabtu.

    AMSA menambah kapal tentera laut Diraja Australia HMAS Success telah tiba di kawasan pencarian dan begitu juga dua buah kapal dagang juga berada di kawasan itu.

    Hishammuddin pada sidang media itu berkata kapal-kapal China telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk mengenal pasti penemuan objek itu.

    Penemuan objek itu oleh China di koridor selatan, kira-kira 2,500 km ke baratdaya Perth, Australia, telah memberi harapan bahawa ia akan menghasilkan penemuan pesawat yang hilang itu.

    Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian di kawasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi untuk menjejaki pesawat itu.
    Hishammuddin berkata pada umumnya, keadaan di kawasan pencarian koridor selatan amat mencabar kerana kedalaman lautannya antara 1,150 meter dan 7,000 meter.

    “Di kawasan yang kemungkinan objek-objek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, keadaan ombak pula kuat dan laut bergelora,” kata beliau dan menambah bahawa amaran taufan “Gillian” telah dikeluarkan di koridor selatan hari ini.

    Mengenai pencarian di koridor utara, Hishammuddin berkata China, Pakistan, India, Myanmar, Laos, Kyrgyztan dan Kazakhstan telah memaklumkan secara lisan kepada operasi SAR bahawa berdasarkan analisis awal, radar mereka tidak mengesan pesawat tersebut.

    Ketika pencarian MH370 tetap menjadi keutamaan Malaysia, Hishammuddin berjanji bahawa pihak berkuasa Malaysia akan melakukan apa saja yang termampu untuk memaklumkan keluarga penumpang MH370 mengenai perkembangan terkini.

    Dalam perkembangan lain, pusat media bagi petugas yang membuat liputan tentang pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur mulai esok.

    Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini, pemindahan itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 Jumaat ini.

    Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

    MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

  • #MH370: Pasukan Mencari & Menyelamat Australia Pulang Hampa

    #MH370: Pasukan Mencari & Menyelamat Australia Pulang Hampa

    MH-370-objek-kemungkinan-mh370-australia

    PERTH: Pasukan mencari dan menyelamat Australia yang meninjau kawasan sekitar 2,500km dari Perth di mana dua objek besar dikesan terapung oleh sebuah satelit Amerika telah menamatkan operasi mereka pada malam Khamis tanpa menemui sebarang petunjuk atau cebisan pesawat MH370 yang masih hilang.

    Awan tebal dan hujan telah menjejaskan penglihatan dan usaha mencari.

    Portal berita BBC melaporkan yang pasukan tersebut akan kembali menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada pagi Jumaat.

    Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) memgumumkan sejurus sebelum tengah malam Khamis yang empat buah pesawat peninjau dari Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand telah meninjau kawasan seluas 23,000 kilometer persegi dan mereka masih gagal menemui apa jua bukti atau cebisan yang boleh dikaitkan dengan MH370.

    Menurut kenyataan Amsa lagi, objek sepertimana yang dirakamkan oleh satelit itu dan menjadi tumpuan ramai sejak ia disiarkan di seluruh dunia mungkin telah hanyut beribu kilometer dari tempat ia dirakamkan.

    Dua objek yang dirakamkan oleh satelit itu sebesar 24 meter panjang dan satu lagi lima meter panjang.

    Ketika dirakam dua objek tersebut terapung kurang lebih 2,500 kilometer dari Perth, Australia.

  • #MH370: Penerbangan ke destinasi yang tidak diketahui?  – Penyiasat mendapati pesawat telah ‘mendarat’ semasa ‘ping’ terakhir dihantar ke satelit.

    #MH370: Penerbangan ke destinasi yang tidak diketahui? – Penyiasat mendapati pesawat telah ‘mendarat’ semasa ‘ping’ terakhir dihantar ke satelit.

    Rakaman CCTV Kapten Zaharie ketika pemerksaan keselamatan sebelum penerbangan MH370 ke Beijing
    Rakaman CCTV Kapten Zaharie ketika pemerksaan keselamatan sebelum penerbangan MH370 ke Beijing

    Siasatan FBI mendapati kehilangan MH370 mungkin melibatkan ‘an act of piracy’ dan disengajakan. Tidak boleh dinafikan beratus-ratus penumpang yang menaiki pesawat masih dalam kawalan mereka di lokasi yang tidak diketahui.

    Penyiasat juga mendapati ada kemungkinan pesawat telah mendarat dan menghantar isyarat ‘ping’ selepas itu.

    Jika pesawat tidak mengalami masalah dan mempunyai kuasa elektrik yang mencukupi, ianya boleh menghantar satu isyarat ‘ping’ kepada radar.

    Mesej terakhir daripada kokpit pesawat jet Malaysia yang hilang memberikan petunjuk tiada berlaku masalah pada sistem pesawat sebelum sistem komunikasi pesawat dimatikan, Penyiasat mengesyaki salah seorang atau kedua-dua juruterbang terlibat dalam kehilangan MH370.

    Polis telah merampas simulator penerbangan yang dari rumah salah seorang juruterbang dan mendapatkan maklumat terperinci latar belakang semua 239 penumpang dan anak-anak kapal bagi memgenalpasti dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan untuk memudahkan lagi kerja-kerja mencari pesawat.

    Boeing 777 Penerbangan Malaysia berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira 12:40 pada 8 Mac, menuju ke Beijing.

    Pada hari Sabtu, kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu dengan sengaja dialihkan haluannya dan telah terbang ke koridor utara seperti Asia Tengah, atau koridor selatan merentasi Lautan Hindi.

    Sesorang yang mengendalikan pesawat tersebut telah mematikan salah satu sistem komunikasi pesawat – ‘Aircraft and Communications Addressing and Reporting System  (ACARS) – pada 1:07 .

    MH370-acars
    ‘Aircraft and Communications Addressing and Reporting System’ (ACARS)

    Sekitar 14 minit kemudian, transponder, alat yang digunakan bagi mengenal pasti pesawat pada sistem radar komersil juga telah dimatikan.

    Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat.
    Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat.

    Peralatan tersebut yang dimatikan secara satu persatu adalah bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat adalah disengajan atau dirancang.

    Mesej terakhir dari kokpit kepada pengawal trafik udara (ATC) – ‘All right, good night‘ – dibuat selepas sistem ‘ACARS’ dimatikan. Seolah-olah untuk mengelirukan pengawal trafik udara.

    Mejar Jeneral Affendi Buang dari TUDM memberitahu pemberita, beliau tidak pasti sama ada juruterbang atau pembantu juruterbang yang bercakap kepada pengawal trafik udara ketika itu.

    Memandangkan keluasan kawasan pencarian dan kedalaman laut yang dilalui pesawat, mungkin mengambil masa sebulan atau lebih untuk mencari bangkai pesawat atau mungkin tidak ditemui seandainya pesawat tersebut telah terhempas.

    Untuk mendapatkan gambaran sebenar maklumat dari rakaman suara di kokpit dan rakaman data penerbangan adalah diperlukan.

     

    Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

     

  • Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan #MH370 ? #PrayForMH370

    Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan #MH370 ? #PrayForMH370

    USS Kidkapal tercanggih mlik amerika berada di Lautan Hindi
    USS Kid kapal tercanggih mlik amerika berada di Lautan Hindi

     

    Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.

    Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.   Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.

    Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.

    Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja.   Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.

    Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.   Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.  Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.  Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil.

    Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada.

    Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika.  Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.   Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’,  ia pastilah pihak Amerika juga.  Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.

    Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut.

    Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi  mahupun letupan di udara.  Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.  Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.

    Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.   Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.

    Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini.  Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai.  Namun, ia masih lagi tidak ditemui.

    Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.   Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.

    Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?

    Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?  Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?

    Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.  Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?

    Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.

    Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan.  Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.   Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.

    Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.

    Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi.

    Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah:  Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?

  • Malaysia Hantar Pesawat Ke kawasan ‘Imej Terapung’ Dikesan Satelit China #MH370Hilang #PrayForMH370

    Malaysia Hantar Pesawat Ke kawasan ‘Imej Terapung’ Dikesan Satelit China #MH370Hilang #PrayForMH370

    MH370-serpihan-satelit-cina.jpg136902520

    Malaysia, pada Khamis menghantar pesawat untuk menyiasat kawasan yang menunjukkan gambar tiga “objek terapung” yang dirakamkan satelit China.

    “Krew Bombardier APMM telah dihantar untuk menyiasat dakwaan imej serpihan yang ditemui oleh satelit Cina,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter beliau.

    Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang masuk hari keenam dengan 239 orang berada di atas kapal.

    Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.
    Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.
    Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.

    mh370-imej-satelit-china